Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin January 26, 2025 @ 9:52pm

Semua Selebriti Gred A! Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Fattah Amin, Nora Danish & Sophia Albarakbah Bergandingan Demi…

Enam selebriti gred A iaitu Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Fattah Amin, Nora Danish dan Sophia Albarakbah bergandingan sebagai wajah rasmi jenama gaya hidup Amber di bawah naungan Usanita Sdn Bhd.

Strategi ini dijangka membawa jenama ini ke tahap lebih tinggi, menjadikannya ia sebagai pilihan utama dalam industri fesyen, kecantikan dan gaya hidup tempatan.

Pemilihan keenam-enam selebriti ini bukan hanya mencerminkan kejayaan mereka dalam bidang masing-masing tetapi juga kepercayaan jenama ini terhadap impak besar yang mereka mampu bawa.

Dengan latar belakang sebagai ikon fesyen, penyanyi terkenal, dan pelakon hebat, mereka diyakini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap jenama ini.

“Kehadiran mereka sebagai wajah rasmi Amber bukan sekadar kerjasama komersial tetapi juga simbol gaya hidup moden dan premium,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Hasan.

Dalam majlis yang sama, jenama ini merasmikan butik flagship pertamanya yang bertempat di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.

Direka sebagai destinasi eksklusif, butik ini menggabungkan elemen fesyen, kecantikan, dan kemewahan dalam satu ruang. Dengan rekaan dalaman elegan dan pengalaman membeli-belah premium, butik ini mensasarkan pelanggan tempatan dan antarabangsa.

Selain koleksi pakaian sedia pakai (RTW), jenama ini juga memperkenalkan perkhidmatan Amber Bespoke yang menawarkan pakaian tempahan khas. Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan memilih rekaan, fabrik, dan kemasan mengikut keinginan mereka, mencipta busana dengan sentuhan peribadi.

“Kami faham setiap individu adalah unik. Amber Bespoke direka untuk memenuhi keperluan peribadi pelanggan, memberikan mereka pengalaman eksklusif,” tambah Adzliana.

Amber turut memperkenalkan tiga sub-jenama utama sempena pelancaran ini iaitu Amber RTW yang merupakan koleksi pakaian sedia pakai yang menggabungkan elemen kasual dan elegan, sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat.

Seterusnya, Amber Beauty yang menawarkan rangkaian kosmetik dan wangian eksklusif yang direka untuk meningkatkan keyakinan diri serta Amber Home yang merangkumkan koleksi wangian rumah seperti lilin aromaterapi dan semburan wangian untuk ruang kediaman.

Kolaborasi ini mencerminkan usaha jenama ini untuk mewakili pelbagai peringkat usia dan golongan. Contohnya, Awal Ashaari dan Scha Alyahya, sebagai pasangan selebriti ikonik, memberikan inspirasi kepada golongan muda dan ibu bapa moden.

Aina Abdul membawa elemen keberanian dan kreativiti yang sesuai dengan generasi muda yang gemar berekspresi, sementara Fattah Amin dan Nora Danish melambangkan keseimbangan antara gaya hidup profesional dan keluarga.

Sophia Albarakbah, sebagai bintang generasi baharu, mewakili semangat inovasi dan keanggunan moden, memastikan Amber memenuhi citarasa pelanggan dari pelbagai latar belakang.

Jenama juga menegaskan komitmennya untuk menawarkan produk berkualiti pada harga yang mampu milik.

“Kami mahu jenama diakses oleh semua golongan, tanpa mengira usia atau latar belakang. Dengan harga kompetitif, pelanggan dapat menikmati produk premium yang sesuai dengan gaya hidup mereka,” ujar Adzliana lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 22 May 2018

3 Selebriti Wanita Ini Kongsi Tip Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan

Ikuti cara pemakanan selebriti ini untuk kekal bertenanga di bulan puasa.

Gaya Hidup Sun, 24 Jun 2018

Jenis Makanan Baik Untuk Perkembangan Otak Dan Paling Penting Tak Membosankan

Makanan memenuhi keperluan fizikal manusia agar tubuh badan dapat berfungsi dengan baik.

Gaya Hidup Fri, 20 Dec 2019

Hari Keganasan Terhadap Wanita Sedunia: Apa wanita Malaysia perlu tahu?

Ketahui juga masalah keganasan terhadap wanita di negara lain

Gaya Hidup Mon, 29 Jul 2019

Jom ‘mandrem’ tikus dengan uncang teh!

Deria bau tikus akan terganggu sebaik menghidu uncang teh!

Gaya Hidup Mon, 27 Aug 2018

8 Cara Untuk Ubah Gaya Hidup Anda Supaya Ia Lebih Minimalis

Ia dikatakan boleh membuat hidup anda lebih produktif dan harmoni.

Acara Sun, 21 Dec 2025

Wayang Kulit, Permainan & Seni Interaktif… ‘Bayangkanlah KL’ Tarikan Terbaharu Kanak-Kanak di Muzium Sains, Seni & Inovasi Kanak-Kanak!

Program berteraskan imaginasi, warisan dan kreativiti ini memberi peluang kanak-kanak mengenali Kuala Lumpur melalui pengalaman interaktif yang menyeronokkan.

Gaya Hidup Mon, 23 Apr 2018

Anda Kerap Sakit Belakang? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

Kalau anda nak tahu, 5 perkara ini penyebab anda kerap sakit belakang.

error: Content is protected !!