Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin October 24, 2018 @ 2:00pm

Saluran Paip Mungkin Lama Dan Berkarat, Menteri Kata Lebih Baik Air Paip Dimasak Dahulu Sebelum Diminum!

Pada minggu lalu, penulis ada menulis tentang kenyataan menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jeyakumar yang memberi jaminan bahawa semua air paip seluruh Malaysia boleh terus diminum. 

Namun, baru-baru ini Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata adalah lebih baik jika air paip dimasak terlebih dahulu sebelum diminum. Hal ini kerana, saluran air yang dilalui kemungkinan mempunyai risiko paip yang sudah lama ataupun berkarat.

“Saya tidak boleh memastikan air paip selamat untuk terus diminum, jadi perlu dimasak terlebih dulu. Saya boleh katakan di sini air yang keluar dari loji rawatan memang memenuhi syarat untuk boleh diminum tetapi dari loji rawatan sehingga ke rumah pula melalui rangkaian pengedaran (saluran paip air) dan perlu dipastikan paip yang ada tidak mempunyai masalah.

“Ini kerana, masih ada paip lama dan berkarat, jadi saya rasa lebih baik kita jangan minum secara terus dan dimasak terlebih dulu,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Datuk Mohd Ridhuan Ismal, mengesahkan sistem bekalan air di negara ini bukan saja bersih dan selamat diminum secara terus, malah bebas bakteria e-Coli.

Kesimpulannya, masaklah air terlebih dahulu ya! 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 2 Jul 2018
Gaya Hidup Thu, 1 Feb 2018

Nak Basuh Hijab Pun Ada Caranya. Ini 12 Tip Penjagaan Hijab Yang Perlu Anda Tahu

Pelaburan membeli hijab berjenama kegemaran pasti diharapkan berbaloi yang mana item itu boleh disuai padan dengan pelbagai gaya.

Gaya Hidup Mon, 18 Nov 2019

Harta melayang, maruah tergadai. Awas, lelaki si pisau cukur!

Mulut manis dan kedekut antara ciri khas mereka

Featured Thu, 26 Jul 2018

Sedut Asap Kayu Manis Bakar Boleh Rawat Masalah Resdung Yang Kronik. Mujarab!

Apabila anda sedut asap kayu manis ini, hidung akan rasa pedih sedikit tetapi selepas itu anda akan merasakan kelegaan pada sistem pernafasan. 

Featured Mon, 17 Dec 2018

Ini Cara Menabung Paling Kreatif, Bermula Dari RM1 & Hasil Sebulannya Dapat RM465!

Jika dilakukan secara berterusan selama 12 bulan, jumlah tabungan adalah RM5,580!

Featured Mon, 20 Aug 2018

5 Mitos Tentang Nyamuk & Fakta Sebenar Yang Anda Perlu Tahu

Jom belajar tentang nyamuk sempena World Mosquito Day yang disambut pada hari ini!

Gaya Hidup Fri, 23 Nov 2018

Singkap Personaliti Anda Melalui Gaya Posisi Tidur

Agaknya yang mana satukah anda?

Featured Sun, 22 Mar 2020
Gaya Hidup Mon, 28 May 2018

Selalu Pakai Minyak Wangi? Ini 4 Tanggapan Salah Yang Anda Mungkin Ada Tentangnya

Untuk anda yang selalu pakai minyak wangi, take note ya!

error: Content is protected !!