Euforia Bola 2026
Sihat By: Ad Ops October 3, 2018 @ 1:00pm

Wanita Ini Maut Setelah Minum Jus Buah Buatan Malaysia Yang Mengandungi Steroid Selama 6 Bulan

Di pasaran dah ada macam-macam jenama jus buah yang kononnya menyihatkan tapi kandungannya bukan buah semata-mata. Memang suspicious!

Malangnya, baru-baru ini seorang wanita telah meninggal dunia selepas meminum sejenis produk jus buah berwarna ungu setiap hari selama 6 bulan.

Insiden ini telah berlaku di Singapura tapi jus itu datang dari Malaysia! Jeng jeng jeng!

Menurut laporan Sin Chew, mangsa yang bernama Titinlismawati ini telah menghidapi sakit gout. Jus ini dikatakan telah mengurangkan rasa sakit.

Ayahnya pun minum juga dan terkejut dengan keberkesanannya. “Kerana ia terlalu mujarab, saya risau jika ia mengandungi bahan asing.”

Dia telah berhenti minum tapi Titinlismawati tidak. Pada 20 September lalu, dia telah merungut kerana sakit belakang dan berjumpa dengan doktornya pada keesokan harinya.

“Doktor kata ia hanyalah Gastroenteritis (stomach flu). Dia pun makanlah ubat yang diberi dengan segera tapi setelah pulang ke rumah, dia tiba-tiba mengalami kesukaran untuk bernafas,” kata ayahnya.

Bila kakak Titinlismawati menjumpainya dalam bilik, dia sedang berpeluh dan hampir tak bernafas. Ayahnya segera melakukan CPR sementara abangnya menghubungi ambulans.

Nadinya lemah dan selepas tempoh setengah jam di ruang kecemasan, dia sudah nyawa-nyawa ikan.

“Doktor bertanya jika kami ingin teruskan untuk menyelamatkannya. Kalau berjaya pun, dia mungkin mati otak.

“Kami berkeras juga tapi Titinlismawati akhirnya meninggal dunia pada 9 malam.”

Foto: Sinchew

Mengesyaki yang kematian wanita itu ada kena-mengena dengan jus buah yang kerap diminum, keluarganya menyerahkan minuman itu kepada penyiasat untuk menjalankan ujikaji.

Ia difahamkan yang produk tersebut dibeli di Geylang tapi dikilang di Malaysia. Rupa-rupanya jus ini telah diharamkan dan ditarik balik sejak tahun lepas!

Brunei juga telah melarang penjualannya Jun lalu kerana ia mengandungi Dexamethasone, sejenis corticosteroid kuat yang boleh menyebabkan kenaikan tahap gula dalam darah.

Ia akhirnya boleh mengakibatkan:

  • Kencing manis
  • Darah tinggi
  • Katarak
  • Gangguan otot dan tulang

Menurut notis yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Brunei, produk terlarang ini adalah:

  • Jus Sunnah Gold 1001 Khasiat Jus Alternatif (Malaysia)
  • Jus Al Sunnah 1001 Khasiat Jus Alternatif (Malaysia)
  • Jus Penawar 1001 Khasiat Jus Alternatif Resdung (Malaysia)
  • Herba Saraf Pil
  • Proven Capsule 350mg (France)
  • Royal Café Drink (Malaysia)

Foto: moh.gov.bn

Buat masa ini, belum dapat dipastikan lagi nama jenama jus buah yang diminum oleh Titinlismawati kerana ia belum diumumkan.

Tapi hati-hati ya, semua! Nampaknya Jus Sunnah Gold 1001 masih dijual di Shopee dan Carousel. Jangan percaya pada produk sebarangan!

Sumber: World Of Buzz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Wed, 30 May 2018

Tiada Lagi Kebimbangan, Ada Solusi Untuk Pengidap Diabetes Jalani Ibadah Puasa Sempurna

Diabetes sering dianggap sebagai penyakit yang mendatangkan masalah kepada pesakit ketika Ramadan kerana mereka tidak boleh mengambil makanan dalam tempoh masa yang lama melebihi 12 jam setiap hari.

Featured Wed, 26 Jun 2019
Sihat Thu, 19 Jul 2018
Sihat Tue, 15 Oct 2019

Anda mempunyai gastrik? Ketahui puncanya

Ramai yang tidak perasan akan punca berlakunya gastrik

Featured Wed, 19 Dec 2018
Featured Sun, 6 May 2018

Jangan Biarkan Panau Bermaharajalela. Amalkan Cara Semula Jadi Ini

Tak tahu cara nak hilangkan panau? Ikuti cara semula jadi ini.

Featured Mon, 4 Mar 2019
Sihat Thu, 27 Dec 2018

Menurut Pakar, Racun Perosak Pada Sayuran & Buah-Buahan Boleh Ganggu Sistem Saraf Manusia

Simptom racun perosak berlebihan dalam badan manusia adalah merasai keresahan, hilang selera makan dan kemurungan.

Sihat Wed, 18 Sep 2019
Featured Wed, 18 Mar 2020
error: Content is protected !!