Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin May 6, 2018 @ 9:00am

Jangan Biarkan Panau Bermaharajalela. Amalkan Cara Semula Jadi Ini

Pernah tak masa zaman kanak-kanak dahulu, ibu anda pesan supaya jangan cuci muka apabila badan berpeluh, bimbang nanti panau akan naik? Mesti ada kan?

Kadang-kadang kita tidak sedar ada panau yang datang menyinggah dekat muka kita. Kalau panau tersebut naik dekat bahagian belakang badan mungkin kita rasa tidak malu, tapi kalau dekat muka pasti akan malu kan?

Begitu juga dengan anak-anak anda, panau mungkin mudah diperoleh oleh mereka, lebih-lebih lagi pada anak yang aktif. Untuk pengetahuan anda, panau adalah jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh kulat jenis Malassezia. Kulat ini biasanya ditemui pada bahagian kulit di mana terdapat banyak penghasilan sebum (minyak) seperti di bahagian dada, belakang badan, muka dan kulit kepala.

Foto: Tips

Kulat jenis Malassezia furfur ini adalah sebahagian daripada flora kulit yang normal dan menyebabkan jangkitan dalam keadaan-keadaan yang tertentu. Jangan risau, penulis akan kongsikan cara yang sangat mudah untuk anda merawat panau yang tumbuh di muka atau mana-mana anggota badan anak-anak anda. 

1. Buah pinang

Foto: Nawor Lano Site

Anda boleh ambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu sehingga kesan panau itu menghilang.

2. Daun kesum dan minyak tanah

Foto: Women Online Magazine

Anda boleh campurkan segenggam daum kesum dengan minyak tanah. Gosokkan pada bahagian kulit yang berpanau. Kemudian, cuci dengan air bersih.

3. Halia

Foto: Keluarga

Anda boleh mengambil halia dan tumbuk hingga lumat. Tepekkan halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Kemudian, basuh dengan air bersih.

4. Bawang putih dan halia

Foto: Liputan 6

Tumbuk dua ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering. Kemudian, cuci dengan air bersih.

5. Lengkuas

Foto: Poskota News

Anda boleh ambil beberapa ketul lengkuas dan tumbuk lengkuas tersebut dan ambil air perahannya. Kemudian, sapukan air tersebut pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering dan cuci dengan air bersih.

Selepas ini anda bolehlah lakukan tip yang penulis senaraikan dengan kerap untuk menghilangkan panau dengan lebih cepat. Selamat mencuba. 

Sumber: Myhealth , Mingguan Wanita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 26 Jan 2018

Apa Patut Pakai Untuk Temuduga?

Percaya atau tidak, pakaian yang anda pakai ketika menghadiri sesi temuduga adalah lebih penting daripada apa yang anda fikir. Mungkin ramai yang tidak menyedari perkara ini, malah ada juga yang langsung tidak memperdulikan soal pemakaian ketika menghadiri temuduga.

Featured Wed, 19 Jun 2024
Featured Mon, 15 Jul 2024
Featured Tue, 19 Aug 2025

Diana Danielle Mengaku Pernah Jadi Mangsa S*ksual – “Tiba-Tiba Dia Pegang Peha Saya’..”

Diana Danielle berkongsi peristiwa hitam apabila pernah menjadi mangsa gangguan seksual dikalangan orang terdekat.

Featured Tue, 6 Mar 2018

Tahap Seksi Wanita Mengikut Zodiak! Libra Paling Power

Tidak dapat dinafikan zodiak atau bintang kelahiran, serba-sedikit related dengan karakter anda.

Ini kerana para ahli astronomi membuat kajian kepada puluhan ribu manusia yang bernaung di bawah bulan kelahiran yang sama dan akhirnya menghimpunkan kesamaan sifat menerusi  zodiak mereka.

Namun begitu bukanlah soal karakter yang ingin dikupas, sebaliknya pesona dan keseksian melalui zodiak masing-masing.

Featured Thu, 16 Oct 2025
error: Content is protected !!