Euforia Bola 2026
Eat Travel By: tex_admin October 3, 2018 @ 7:00pm

5 Lokasi Pulau Cantik Di Johor Yang Wajib Anda Pergi

Anda mencari lokasi percutian di pulau? Apa kata anda nikmati keindahan pulau-pulau yang terletak di negeri Johor. Orang kata pulau kat sana cantik-cantik belaka!

Nah! Penulis senaraikan 5 lokasi pulau paling cantik di Johor untuk percutian anda. Kalau nak berbulan madu juga sesuai!

1. Pulau Rawa

Foto: Rawaislandresort

Pulau Rawa antara pulau di Johor yang memiliki keindahan yang luar biasa. Pantai berpasir yang bersih dan dasar laut yang mempersonakan, pasti menjadi pilihan bagi si pencinta pulau. 

Foto: Rawaislandresort

Kalau anda berkunjung ke pulau ini, anda dapat menikmati panorama indah hidupan marin yang terdapat di dasar laut. Bukan itu saja, pantai yang jernih kebiruan serta batu karang yang cantik pasti menceriakan hari anda.

2. Pulau Harimau

Foto: Tourism.johor.my

Macam seram je pulau ini kan? Kalau anda nak tahu, pulau ini diberikan nama Pulau Harimau kerana bentuknya yang kelihatan seperti harimau jika dilihat dari sudut pandangan atas.

Pulau ini hanya boleh diakses dari Jeti Mersing ini adalah ‘syurga’ bagi para penyelam kerana airnya yang jernih bak kristal. Ini kerana, kejernihan air di pulau ini anda akan dapat melihat panorama dalam laut dengan hanya berdiri di tepian pantai saja!

Tourism.johor.my

Anda juga berpeluang melihat ikan-ikan comel berenang-renang di celah batu karang. Tapi, untuk pengetahuan anda tidak ada sebarang penginapan di pulau ini kerana ianya merupakan salah satu pulau persendirian. Penginapan terdekat dengan pulau ini adalah Pulau Rawa.

3. Pulau Aur

Foto: Tourism Johor

Pulau Aur juga tidak kurang hebatnya daripada pulau-pulau yang lainnya. Pulau ini juga memiliki keindahannya yang tersendiri. Kaya dengan pelbagai spesis hidupan laut dan batu karang yang berwarna-warni, Pulau Aur antara lokasi terbaik bagi anda yang suka bersnorkeling.

Foto: Tourism Johor

Foto: Tourism Johor

Pulau ini juga menjadi tempat persinggahan nelayan oleh kerana kekayaan hasil lautnya. Bagi anda yang merancang untuk skuba di dalam lautan indah sekitar Pulau Aur ini, anda dicadangkan untuk datang antara bulan April hingga Oktober kerana kejernihan air pada waktu tersebut cukup baik.

4. Pulau Dayang

Foto: Tourism Johor

Jangan tak tahu, Pulau Dayang ada juga di Johor ya! Pulau ini juga memiliki kawasan pantai yang cantik dan agak tenang. Ini kerana, pulau ini kurang dikunjungi para pelancong kerana kedudukannya yang agak jauh dari jeti dan mengambil masa sekitar 5 jam untuk sampai ke pulau ini.

Foto: Tourism Johor

Pulau yang penuh privasi ini juga cukup sesuai bagi anda yang baru ingin berjinak dalam dunia menyelam, kerana di pulau ini ada berkesempatan untuk mendapatkan kursus menyelam daripada mereka yang berpengalaman.

Dah pandai menyelam barulah ‘syok’ nak melawat banyak lagi pulau yang lain. Betul tak? Pada waktu malam pula, anda boleh berbaring di pasir pantai sambil menikmati pemandangan bintang berkelipan yang cukup jelas.

5. Pulau Tinggi

Foto: Booking.com

Untuk pengetahuan anda, pulau ini menempatkan gunung yang tertinggi jika dibandingkan dengan gunung yang terdapat di pulau-pulau di sekitarnya. 

Foto: Booking.com

Paling menarik, gunung tinggi tersebut kelihatan seperti topi bila sekali dipandang, sehingga ia pernah diberi gelaran sebagai Pulau Topi Jeneral oleh pelajar China ratusan tahun yang lalu. Gunung tersebut adalah Gunung Semadu yang berketinggian sekitar 2000 kaki dari paras laut.

Jadi, anda nak ke pulau yang mana satu? Selamat berholiday ya!

Sumber: MaiSinggah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 13 Jul 2018

Sebelum Nak Beli, Ketahui Tip Memilih Durian Yang Terbaik Ini

Kalau nak beli durian yang isinya padat, ikuti tip ini ya!

Eat Travel Sun, 30 Sep 2018

Nak Cuba Buat Roti Gandum Sendiri? Ini Resipinya

Tak perlu pakai mesin breadmaker pun.

Eat Travel Sat, 14 Mar 2020
Eat Travel Wed, 20 Jun 2018

Resipi Mudah Mac & Cheese Ini Gunakan 3 Bahan Saja Tapi Hasilnya Gerenti Menyelerakan!

Cuba bayangkan anda makan mac & cheese panas-panas… fuuuh!

Eat Travel Tue, 28 Aug 2018

30 Foto Keajaiban Semulajadi Di Dunia Yang Menakjubkan, No. 8 Paling Wow!

Memang syok kalau dapat pergi cuci mata in person.

Eat Travel Thu, 1 Nov 2018

Ikan Berenang-Renang Di Kaki Anda Bila Lepak Minum Di Kafe Ini

Jangan risau, ikan-ikan ini tak akan gigit kaki anda!

Eat Travel Wed, 17 Jul 2019

Nak kurus? Ini resipi sarapan sihat untuk mereka yang sibuk

Paling penting sihat, cepat & mudah disediakan!

Eat Travel Wed, 27 Mar 2019
Eat Travel Sat, 22 Sep 2018
error: Content is protected !!