Euforia Bola 2026
Acara By: Yanie Baharom October 8, 2018 @ 3:00pm

Corat-Coret ABPBH31: Sindiran Manja RM50 Rita Rudaini Bikin Dewan Gamat!

Ketidak sempurnaan dalam sesebuah acara anugerah itu adalah perkara biasa apalagi membabitkan siaran secara langsung. Begitulah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) diibaratkan.

Di sebalik kemeriahan acara yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan disensasikan oleh penaja Alha Alfa Cosmetics itu, Hijab & Heels sempat merakam momen menarik, lucu dan kesilapan yang tak sepatutnya berlaku sepanjang anugerah berprestij itu berlangsung.

1. Ucapan Spontan

Bintang baru, Fendy Bakry antara artis terawal yang menerima anugerah pada malam itu. Dia yang dinobat sebagai Artis Baru Lelaki Popular bagaimanapun telah merakamkan ucapan terima kasih kepada Astro sedangkan ABPBH31 dibawakan secara langsung oleh TV3. Sensitif tu bro!

Foto: Instagram ABPBH31

 2. Sindaran Manja Rita Rudaini Buat Janna Nick!

Pelakon Rita Rudaini berganding bahu bersama idolanya, Fauziah Latiff (Jee) ketika menggalas tugasan sebagai penyampai anugerah kategori Penyanyi Lelaki dan Wanita Popular, mengundang tawa penonton apabila membuat sindiran manja apabila meminta bayaran RM50 daripada Jee ketika diminta menyanyi.

Rita sempat menyebut nama Janna Nick, yang baru-baru ini tular kerana tindakannya meminta bayaran RM50 untuk setiap ucapan ulang tahun yang dipesan oleh peminat.

3. Masya Masyitah Over Shadow Sufian Suhaimi

Penyanyi baru Masya Masyitah yang diberi mandat untuk berduet dengan Sufian Suhaimi sekaligus melagukan Di Matamu, nampaknya telah over shadow Sufian selaku penyanyi sebenar. Masyitah dilihat menghayati lagu itu dengan baik, sebaliknya Sufian seakan berdepan masalah teknikal sehingga suaranya tenggelam-timbul.

 4. Bukan Berdua Tapi Bertiga

Menerusi iklan promo ABPBH31 yang dimainkan di TV3 membabitkan Ajak Shiro dan Zara Zya,  seolah hanya mereka berdua saja pengacara yang terlibat mengendalikan anugerah berprestij itu.  Justeru ketiadaan Janna Nick menerusi iklan promo berkenaan apakah sekadar sebuah gimik atau pembabitan Janna di Dalam ABPBH31 hanya diputuskan saat-saat akhir?

Foto: Instagram ABPBH31

5. Ramainya Tolong Usung Baju Zara Zya!

Entah berapalah berat gaun kembang yang dipakai oleh Zara Zya sehingga terpaksa diusung oleh enam pembantu semasa Zara berjalan. Baju berona emas yang merupakan persalinan kedua Zara Zya itu direka khas oleh Syafieq Ayman.

6. Sut Datuk Alha Alfa Macam Aiskrim Paddle Pop?

Beberapa individu telah memberikan komentar bahawa baju yang dipakai oleh Datuk Alha Alfa sewaktu menyampaikan anugerah Pelakon TV Lelaki dan Wanita Popular yang dimenangi pasangan suami isteri, Fattah dan Fazura, seperti aiskrim pelangi Paddle Pop!

Padanan sedondon kemeja dan seluar warna-warni itu barangkali kelihatan lebih sempurna sekiranya Datuk Alha Alfa memilih kot atau blazer putih.

Foto: Instagram ABPBH31

7. Zizan Razak & Mira Filzah Sedondon!

Meski jarak kedudukan mereka selang beberapa kerusi saja, sut dan gaun berona sedondon yang dipakai oleh Zizan Razak dan Mira Filzah, seolah membicarakan hubungan istimewa yang terjalin antara mereka. Apapun mereka tampak sepadan!

Foto: Instagram ABPBH31

8. Noor Kumalasari Dirai Keluarga!

Artis veteran Noor Kumalasari terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat sambil disaksikan keluarga tercinta.

Foto: Berita Harian

9. Momen Klasik Kugiran Masdo & Datuk Jefrydin 

Paduan di antara band Kugiran Masdo dan Datuk Jefrydin memang menjadi. Kugiran Masdo menyampaikan lagu Bunga sebelum kemudiannya mengiringi Datuk Jefrydin untuk beberapa seleksi lagu beliau seperti Mas Mona dan Kenanganku.

10. Logo Replika Gigantic Alha Alfa Setinggi 20 kaki

‘Seriau’ sewaktu melihat kru yang mengendalikan props membawa keluar logo replika gigantic Alha Alfa Cosmetics yang setinggi 20 kaki. Terbayang kalaulah pasangan logo itu tidak kemas dan tidak kuat lalu terjatuh, apalah nasib penyanyi Amy Mastura dan penari-penarinya. Yang pasti logo itu memang meletop dan harapnya ia tidak dibuang begitu saja!

Foto: Berita Harian

11. Momen Membanggakan Hijab & Heels

Mendapat rekomendasi menerusi anugerah berprestij seperti ABPBH31 sudah tentunya satu hal yang membanggakan Hijab & Heels. Thank you so much sudi promote web portal kami!

Itu saja coret-coret ABPBH31 dari Hijab & Heels. Tahniah kepada semua pemenang dan Berita Harian di atas kejayaan penganjuran acara berprestij ini. Jumpa lagi next year!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 19 Sep 2018

2 Jenama Produk Kecantikan & Kesihatan Ratusan Ribu Yang Menjadi Pilihan Golongan Elit

Pasti anda tertanya-tanya, agaknya apakah jenis produk yang mahal ‘gila’ itu kan?

Featured Wed, 18 Mar 2020

Telekung bertangan mudahkan wanita jalani pelbagai aktiviti

Hijabista pasti perlukan persalinan sebegini

Featured Tue, 2 Jun 2020
Featured Thu, 14 Feb 2019
Oh Lawa Wed, 11 Apr 2018

Ini Rahsia Air Kelapa Yang Anda Tidak Tahu, Baik Untuk Kesihatan Dan Kecantikan!

Kalau anda nak tahu, air kelapa boleh dijadikan penawar bagi tubuh yang beracun kerana ia mampu melarutkan racun dalam perut buat sementara waktu.

Oh Lawa Wed, 21 Nov 2018

Aksesori Hidung Ini Memang Cantik & Unik. Sesuai Untuk Anda Yang Berhidung Pesek!

Rekaan aksesori ini diinspirasikan melalui keindahan pelbagai suku kaum. 

Featured Fri, 10 Jan 2020
Oh Lawa Fri, 6 Jul 2018

Kasut Dessert Ini Memang Bikin Terliur. Rasa Macam Nak Makan!

Rasa nak makan sahaja heels dessert ini!

Featured Wed, 25 Mar 2020
error: Content is protected !!