Euforia Bola 2026
Acara By: Padin September 6, 2023 @ 3:16pm

Jadi Rakan Jenama Aiskrim Yogurt… Sharnaaz Ahmad Lebarkan Sayap, Kini Aktif Kembangkan Bisnes

Bergelar seorang pelakon tidak menghalang Sharnaaz Ahmad untuk menceburkan diri dalam bidang bisnes.

Aktor yang mula dikenali menerusi siri Juvana yang bersiaran di TV3 itu kini mengembangkan sayap dalam perniagaan dengan menjadi rakan jenama untuk aiskrim yogurt Hello.

“Sebenarnya, perancangan untuk saya menceburi semula bidang perniagaan tercetus sekitar beberapa bulan yang lalu. Saya mahu buka cawangan minuman Chatime.

“Jadi, saya berjumpa dengan Ketua Pegawai Eksekutif jenama tersebut, Aliza Ali. Namun, selepas bertemu, dia mencadangkan supaya saya bekerjasama dengannya untuk mengusahakan jenama aiskrim yogurt baharu yang dia sedang bangunkan.

“Saya pun bersetuju dan turut serta dalam proses pembangunan jenama aiskrim ini, termasuk proses R&D.

“Alhamdulillah, kini jenama ini baru sahaja membuka cawangan kelima di Mahkota Parade, Melaka. Sebelum ini, kami mempunyai cawangan di 1 Utama, Menara Mustapha Kamal, Jakel Mall dan KTCC Mall,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon ini bersyukur dengan sambutan positif yang diberikan oleh peminat terhadap jenama itu.

“Sejak ia dibuka, sambutan mesra yang diterima sangat baik. Saya turut terlibat dalam pemilihan perasa sos dan topping untuk aiskrim yogurt yang dipasarkan.

“Maklumlah, semua orang ada citarasa berbeza, ada yang suka buah, ada yang suka sos manis dan lemak, jadi kami sediakan semuanya,” kata lagi.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hello, Aliza Ali turut merancang untuk membawa jenama Hello ke pasaran antarabangsa.

“Perancangan kami adalah untuk membuka sebanyak 75 cawangan lagi di seluruh Malaysia, dengan outlet akan datang di Kedah.

“Dalam masa sama, kami juga bakal membuka cawangan di Central Park Jakarta, Indonesia pada akhir tahun ini. Kemudian, perancangan akan diteruskan untuk menembusi pasaran Singapura dan juga Brunei,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 16 Dec 2019

AEON pasar himpunan Walt Disney Year of Mouse & Mickey Love

Tawar pelbagai barangan khusus untuk dewasa

Acara Thu, 5 Dec 2019
#tilljannah Thu, 29 Sep 2022
Acara Fri, 25 Oct 2019

Parti Halloween Day of The Dead di Lost World of Tambun mengujakan!

Festival Seni Tengkorak meriahkan parti Halloween LWOT

Fab Foodies! Thu, 26 Jul 2018

Would You Spend RM1,000 for an Ice Cream Cake?

It looks extremely gorgeous!

Fab Foodies! Tue, 12 Mar 2019
Acara Mon, 8 Jan 2018

Guna Ais Kiub Je Untuk Kulit Wajah Cantik? Biar Betul? Kami Kongsi Caranya

Selalu kita dengar bila berkenaan ais, mesti hanya pandangan negatif sahaja. Ais menggemukkan, ais akan menyebabkan masalah kesihatan dan macam-macam lagi. Tetapi, ais juga mempunyai kebaikkan dan faedahnya yang tersendiri. Yang menariknya, ais iaitu ais […]

error: Content is protected !!