Euforia Bola 2026
familuv By: Yanie Baharom October 10, 2018 @ 9:41am

Senarai Barangan Dapur Yang Boleh Memudaratkan Kesihatan Insan Tersayang

Hashtag atau tajuk segmen ‘dapur with love’, istilah yang menggambarkan sesi memasak dengan penuh kasih sayang untuk mereka yang tercinta.

Sememangnya dapur satu ruangan di mana kita dapat menyediakan makanan buat seisi keluarga. Namun begitu, selain memikirkan menu lazat setiap hari, ada perkara yang lebih utama perlu diberi perhatian misalnya kebersihan dapur termasuk barangan yang digunakan.

Tahukah anda, peralatan memasak yang biasa digunakan juga boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan jika tidak digunakan dengan baik?

Jom kita tinjau, kalau-kalau ada yang menggunakan tujuh barangan ini di rumah anda?

1. Peralatan aluminum

Aluminium adalah material yang murah dan pelbagai guna. Walaubagaimanapun, makanan berasid seperti sos tomato boleh menyebabkan aluminium terserap masuk ke dalam makanan.

Memang aluminium boleh disingkirkan dari badan melalui buah pinggang, namun ia masih salah satu toksin utama dalam senarai daftar bahan paling toksik oleh United States Agency.

Foto: lakuponofficial

2. Periuk kuprum

Kuprum terkenal mampu mengekalkan suhu dan menahan haba, malah periuk dan kuali kuprum (copper pot) menjadi kegemaran kebanyakkan cef.

Tetapi makanan berasid boleh menghakis lapisan kuprum dan menyebabkan ia masuk ke dalam makanan!

Foto: Girl Meets Dirt

3. Pengalas pemotong plastik

Plastik memang lebih tahan lama dari kayu, namun ia lebih cenderung mempunyai kesan terpotong yang boleh jadi tempat bakteria membiak.

Itulah sebabnya penting untuk membersihkan tempat pemotong dengan baik menggunakan air berklorin atau air panas.

Jika pengalas pemotong plastik (plastic chopping board) anda mempunyai banyak kesan terpotong, sudah tiba masanya untuk anda tukar baru.

Foto: thewirecutter

4. Peralatan memasak plastik

Jika dibiarkan pada suhu yang tinggi, peralatan plastik akan cair dan mengeluarkan bahan dan gas kimia yang bahaya ke dalam makanan.

Peralatan kayu dan besi adalah lebih selamat digunakan.

Foto: ceritakosongkita

5. Plastik mengandungi BPA

BPA (bisphenol A) adalah bahan kimia industri yang digunakan dalam pembuatan plastik.

Kajian menunjukkan kesan ketara antara plastik BPA terhadap janin dan bayi baru lahir.

Apabila membeli produk plastik, pastikan semak di bahagian bawah dan pilih plastik yang dilabel sebagai bebas BPA (BPA-free).

Foto: Live Science

6. Besi tahan karat bercalar

Besi tahan karat memang pelbagai guna dan tahan lasak, namun tidak semuanya tahan calar.

Apabila sudah tercalar, ia boleh membebaskan mineral seperti besi, kromium dan nikel ke dalam makanan.

Walaupun semua bahan ini bukanlah toksik jika dalam kuantiti yang sedikit, namun ia masih boleh memudaratkan kesihatan jika terkumpul di dalam badan.

Foto: Kickstarter

7. Kuali teflon

Teflon membuatkan memasak tanpa minyak lebih mudah, kerana bahan tidak lekat menyebabkan semua makanan seperti meluncur di atas permukaannya.

Tetapi menurut kajian oleh kumpulan Kesihatan Persekitaran, kuali bersadur Teflon boleh mencapai suhu konduktif dan membebaskan asap atau gas beracun selepas 2 hingga 5 minit di atas api!

Foto: legionathletics

Sumber: The Asian Parent Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 19 Jan 2023

[VIDEO] Kunci Tertinggal Dalam Rumah, Fizz Fairuz & Keluarga Tersadai! – “Bersila Dah, Tinggal Ada Cekodok…”

Pelakon Datuk Fizz dan isteri, Datin Almy Nadia bersama anak-anaknya ‘tersadai’ di luar akibat kunci pintu tertinggal di dalam rumah. Menerusi hantaran di Instagram, pelakon filem Munafik itu sedang merakam setiap ahli keluarganya yang duduk […]

familuv Fri, 19 Jul 2019

Ibu bapa jangan bersikap pilih kasih, elak emosi anak terganggu!

Jangan beri perhatian kepada seorang anak sahaja dan melupakan yang lain.

familuv Tue, 16 Jun 2020
familuv Thu, 1 Nov 2018
familuv Mon, 8 Oct 2018

7 Mitos Tentang Kehamilan Yang Anda Kena Berhenti Percaya

Ada “nasihat” yang boleh diterima pakai, dan ada yang tak logik.

familuv Mon, 30 Jul 2018

Adakah Campuran Bijirin Di Dalam Botol Susu Bayi Anda Selamat Untuknya?

Ada yang guna teknik ini supaya anak mereka cepat tidur.

familuv Tue, 31 Jul 2018

Anak Terpengaruh Dengan Iklan Makanan, Ibu Bapa Usah Terlalu Turut Kehendak Mereka

Iklan makanan boleh mendatangkan kesan yang buruk terhadap kanak-kanak, terutama yang berumur di bawah 12 tahun.

familuv Thu, 8 Dec 2022

Potret Arwah Ibu Jadi Hadiah Konvokesyen.. Video Pelajar & Bapa Buat Netizen Sebak

Hari Konvokesyen adalah saat yang dinantikan oleh semua graduan setelah berhempas pulas mencari ilmu. @apan0012 Al fatihah mak #tiktok #fyp #fypシ #2022 #CapCut ♬ bunyi asal – Apan Tular satu hantaran di laman TikTok seorang […]

familuv Thu, 3 Jan 2019

6 Petanda Anda Keguguran Kandungan Ketika Hamil

Ada tanda yang tak perlu dikhuatiri pun.

familuv Tue, 29 Jan 2019

Perlukan idea untuk menghias bilik anak anda? Ikuti contoh hiasan dalaman ini

Jika ia serasi dengan jiwanya, pasti dia akan suka.

error: Content is protected !!