Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops January 3, 2019 @ 9:00am

6 Petanda Anda Keguguran Kandungan Ketika Hamil

Keguguran didefinisikan sebagai kehilangan kandungan sebelum ia mencapai usia 20 minggu.

Jika anda mengalami simptom yang merisaukan, agak normal bagi anda untuk merujuk Internet dan membuat andaian yang bukan-bukan.

Walau bagaimanapun, anda perlu ingat yang kebanyakan tanda-tanda keguguran boleh menjadi sesuatu yang tak perlu dirisaukan pun.

Jadi sebelum anda rasa gelisah dan bergegas ke bilik kecemasan, catatkan sebarang persoalan yang timbul dan hubungi doktor anda untuk menjadualkan ujian pelvis atau ultrasound. Hanya seorang doktor saja yang boleh confirm jika anda keguguran atau tak.

Di bawah ini, Dr Mark Perloe, pengarah perubatan di Georgia Reproductive Specialists di Atlanta ada menyatakan simptom keguguran yang paling biasa dialami. Teruskan baca untuk ketahui jika anda berisiko dan bila anda perlu hubungi doktor.

1. Pendarahan

Salah sebuah petanda awal keguguran adalah pendarahan, iaitu dari tompok kecil ke pengeluaran darah yang lebih lebat dan merah.

Namun begitu, ramai wanita yang mengalami pendarahan pada awal kehamilan akhirnya boleh meneruskan kehamilannya dengan sihat. Tapi hubungi doktor anda untuk periksa, just in case.

2. Cramp

Foto: Getty

Rasa kejang di bahagian abdomen mungkin disebabkan oleh keregangan ligamen, tapi ia juga boleh menjadi petanda keguguran.

Rujuk kepada doktor anda untuk pastikan, terutamanya jika cramp tersebut rasa lebih kuat daripada senggugut biasa ketika anda datang haid; jika ia tertumpu ke sebuah bahagian saja; ataupun jika ia datang sekali dengan pendarahan.

3. Sakit belakang

Kekejangan tadi juga boleh datang dalam bentuk rasa sakit pada bahagian bawah belakang anda, sama ada sikit atau sederhana. Jika anda alami pendarahan juga, hubungi doktor.

4. Cecair keluar dari faraj

Jika anda perasan ada discaj yang luar biasa termasuklah darah pekat, itu boleh jadi satu tanda yang anda kehilangan kandungan anda. Selain itu, discaj yang berbau atau menyebabkan iritasi pada faraj juga patut dikhuatiri.

Jika tisu janin (yang berwarna kelabu dan mengandungi darah pekat) terkeluar sekali, cuba menyimpannya di dalam bekas yang bersih untuk doktor anda periksa.

5. Kehilangan simptom kehamilan

Foto: Parents Magazine

Kalau anda tiba-tiba rasa okay setelah rasa loya selama berminggu-minggu, selalunya itu bermakna kadar hormon anda dah seimbang. Tapi ia juga boleh menandakan keguguran, terutamanya jika anda juga mengalami simptom-simptom keguguran lain.

Jika anda tak lagi rasa loya, jangan risau tapi jika anda juga alami simptom lain, cepat-cepat rujuk nasihat doktor.

6. Ujian kehamilan negatif padahal pada mulanya positif

Kerisauan keguguran menyebabkan ramai wanita mengambil ujian kehamilan sekali lagi untuk menyedapkan hati, walaupun mereka sudah pun mendapat keputusan positif pada awalnya.

Jika anda mendapati keputusan negatif pada kali kedua, silalah berjumpa dengan doktor.

Jadi secara kesimpulannya, jika tak pasti, jangan buat andaian sendiri. Jika risau, tanya yang pakar.

Sumber: Parenting.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 30 Jun 2021

“Jangan Pendam Jika Ada Masalah, Luahkan…” – Nazim Othman

Berikutan tularnya pelbagai masalah dan tekanan yang hidup yang dihadapi oleh orang ramai, pelakon Nazim Othman menggalakkan agar individu yang mengalami tekanan agar tidak memendamnya seorang diri. Nazim menggalakkan mereka yang mengalami tekanan di saat […]

Featured Mon, 26 Aug 2024
Eat Travel Thu, 13 Dec 2018

Asyik Berangan Untuk Memiliki Kediaman Mewah Di Tepi Pantai? Ini Lokasi Ideal Untuk Anda!

Logde mewah ini dilengkapi sebuah bilik yang menghadap terus ke pantai.

Featured Thu, 2 Sep 2021
Featured Tue, 15 Mar 2022

‘Sumpahan Salju’ Inspirasi Kisah Snow White, Uniknya Melodi Lagu Baru Ara Johari… Siap Pegang 3 Watak Lagi!

Cantik MV Sumpahan Salju lagu baru Ara Johari! 😍 Inspirasi daripada kisah dongeng Snow White, fuh menarik ni!

Featured Wed, 8 Dec 2021
Featured Thu, 5 Jun 2025

“Bila Allah Hantar Ujian, Allah Hadirkan Sekali Kekuatan” – Abby Abadi

Abby Abadi meluahkan rasa syukur apabila ketiga-tiga anaknya semakin menginjak dewasa.

error: Content is protected !!