Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops October 11, 2018 @ 9:00am

Ketahui Risiko Bahaya Akibat Tidur Meniarap

Adakah anda tidur meniarap? Jika ya, adakah anda pernah perasan jika ada sesuatu yang berbeza pada keesokan harinya? Kemungkinan besar anda telah mengalami kesan berbahaya akibat tidur meniarap. 

Ia bermula dengan tulang belakang

Ramai orang yang terbiasa tidur meniarap mengalami beberapa jenis sakit sama ada di sendi, belakang badan, tulang belakang atau leher. Mengalami lebih banyak kesakitan bermakna anda lebih cenderung untuk bangun secara tiba-tiba pada pertengahan malam.

Akibatnya, kesakitan ini boleh menjejaskan pelbagai aspek kehidupan anda, daripada tahap tidur anda, produktiviti, hinggalah tingkah laku.

Foto: Mother Nature Network

Apabila anda tidur meniarap, tekanan pada tulang belakang anda bertambah, oleh itu, seluruh struktur tulang anda perlu menanggung tahap tekanan yang lebih tinggi. Selain itu, kerana tulang belakang ibarat saluran paip untuk saraf anda, seluruh badan anda akan mengalami kesakitan disebabkan oleh tekanan pada tulang belakang.

Dan kemudian leher

Melainkan anda tidak perlu bernafas atau anda mempunyai kekuatan super yang membolehkan anda bernafas melalui bantal anda apabila anda meniarap, kemungkinan besar anda perlu mengalihkan kepala ke sisi untuk mendapatkan oksigen.

Ini menjadikan kepala dan tulang belakang anda tidak selari, bermakna leher anda berpusing. Pada mulanya, kesan buruk kedudukan ini mungkin tidak ketara atau tidak disedari, bagaimanapun, dari masa ke masa, simptom akan menjadi lebih teruk dan serius.

Tambahan pula, apabila tidur dalam kedudukan ini, leher anda juga berisiko mengalami herniasi cakera (herniated disc). Ini adalah masalah kesihatan serius yang harus anda elakkan. Apabila vertebra tulang belakang anda telah mencapai had, atau dengan kata lain, atau telah beralih sepenuhnya, cakera gelatin di dalamnya boleh pecah. Apabila berlaku kebocoran gel tersebut, sistem saraf anda akan terjejas.

Peringatan khusus untuk bakal ibu

Foto: Babyment

Apabila anda hamil, semua yang anda lakukan, anda lakukannya untuk dua orang. Itulah sebabnya anda memerlukan rehat yang mencukupi untuk memastikan anda dan bayi sihat. Idea untuk tidur meniarap ketika hamil agak tidak masuk akal, kerana sangat tidak menyenangkan.

Walau bagaimanapun, untuk wanita yang terbiasa tidur dalam kedudukan itu, sebaiknya sebaik sahaja anda hamil, ubah kedudukan tidur anda menjadi lebih selamat dan selesa.

Adalah fakta bahawa tidur meniarap membawa kesan berbahaya kepada tubuh anda. Sekiranya anda mengalami kesukaran mengubah kedudukan tidur anda atau mengalami kesan tidur meniarap, dapatkan bantuan perubatan secepat mungkin untuk nasihat, bimbingan dan rawatan lanjut.

Sumber: Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 19 Aug 2019

Stesen mengecas telefon secara percuma sebenarnya merbahaya!

Kalau percuma tak semestinya selamat.

Featured Tue, 15 May 2018

Adoi! Umur Baru 25 Tahun Tapi Rambut Dah Beruban. Makan 7 Jenis Makanan Ini Untuk Atasinya

Kalau tak nak rambut beruban pada usia muda, anda boleh amalkan makan 7 jenis makanan ini.

Gaya Hidup Sun, 20 Jan 2019

Enam bahasa tubuh yang sering dipraktikkan dalam kehidupan seharian masyarakat Jepun. No 2 dianggap aneh! 

Bahasa tubuh, salah satu cara menterjemahkan sesuatu tanpa perlu bertutur.

Gaya Hidup Wed, 17 Jan 2018

Tabiat Yang Boleh Merosakkan Minda

Kita semua ingin bahagia. Tanpa sedar, meskipun selalu mahu sentiasa bahagia, kita mengulangi tabiat tidak sihat yang menghalang mencapai kebahagiaan. Ironi kan? Ini tabiat yang boleh merosakkan minda yang MESTI dihindari: 1) Berhenti mengeluh tentang […]

Acara Sat, 14 Dec 2019

Jurusolek, pintu gerbang untuk menjadi usahawan kosmetik

Langkah kecil yang boleh menguntunkan jika kena gayanya

Featured Thu, 8 Aug 2019
Featured Sun, 13 May 2018

Rawat Rambut Rosak Dengan Pati Minyak Semula Jadi Ini. Hasilnya, Sihat & Berkilau

Kandungan minyak semula jadi ini pasti membantu mengekalkan kesihatan mahkota rambut anda agar ia sentiasa sihat berkilau.

Featured Sat, 9 May 2020

Ketahui rahsia ‘air tangan’ Che Nom, semua tampak sedap!

Video langkah demi langkah jadi rujukan ramai

Featured Tue, 4 Jun 2019

Figura Lebaran 2019: Berhabis RM40,000 untuk Lebaran – Noryn Aziz

Pernah kumpul duit raya lebih RM1,000, wow!

error: Content is protected !!