Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops October 10, 2018 @ 4:00pm

Serikan Bilik Air Anda Dengan Tanaman Yang Boleh Perbaiki Kualiti Udara, Ini Cara Menjaganya

Tumbuhan atau pokok menghasilkan oksigen yang diperlukan oleh manusia dan haiwan untuk hidup, tapi mereka tak semestinya kena ditanam di luar rumah saja, ya.

Di dalam ruang rumah pun kita boleh letakkan tanaman iaitu dalam pasu. Walau bagaimanapun, trend terbaru adalah perletakan tanaman dalam bilik air.

Hasilnya bukan saja rupa ruang yang indah tapi ia juga memberi manfaat dari segi kesihatan pengguna bilik air tersebut.

1. Ia membersihkan udara

Kajian oleh NASA melaporkan bahawa beberapa jenis tanaman rumah boleh menghapuskan bahan-bahan tercemar dari dalam udara. Antara pokok yang disyorkan adalah Mother-in-Law’s Tongue, English Ivy dan Peace Lily (yang juga boleh menambah oksigen).

Jika anda mempunyai alahan, tanaman ini boleh dikira sebagai rawatan tambahan selain teknik rawatan tradisional dan terapi.

2. Ia menambahkan tenaga

Perlukan boost sebaik saja anda bangun? Walaupun mandi boleh menyegarkan badan, tanaman dalam bilik air anda pun boleh menolong. Kajian mendapati tumbuhan rumah boleh meningkatkan kadar kecergasan anda dan berikan lebih banyak tenaga.

Foto: TreeHugger

3. Ia memperbaiki kesihatan mental

Selain manfaat dari segi kesihatan fizikal, hidup dengan tanaman datang juga dengan kebaikan lain. Kajian menunjukkan yang tanaman ada kesan positif terhadap kesihatan mental anda, boleh bantu perbaiki hubungan dan komunikasi anda serta memberikan anda persepsi kualiti hidup yang lebih tinggi.

Anda mesti bingung, macam mana pokok boleh hidup dalam bilik air yang tak semestinya ada cahaya matahari yang banyak?

Untuk pengetahuan anda, ada beberapa jenis pokok yang boleh tumbuh dengan meriah tanpa bergantung kepada banyak cahaya matahari pun.

Tambahan pula, keadaan panas lembap dalam sesuatu bilik air itu, yang boleh mencecah 80%, memang bagus untuk tumbuhan tersebut.

Berminat?

Jadi bila anda dah faham dan inginkan tumbuhan untuk bilik air anda, yang mana satu anda nak pilih? Jenis tanaman yang boleh bersihkan udara seperti yang disebut di atas adalah bagus.

Satu lagi jenis adalah staghorn fern yang boleh tumbuh meriah di dalam kelembapan. Jenis Bromeliad juga adalah bagus untuk bilik air dan senang untuk dijaga.

Untuk pilihan lain, rujuk kepada gambar di bawah. Ikut berdasarkan pencahayaan bilik air anda, okay?

Bagaimana nak jaga?

Pertama sekali, anda perlu pastikan ada pencahayaan semula jadi yang secukupnya dari tingkap bilik air itu. Jika tiada, anda perlu sediakan “sistem lampu tiruan” ataupun adakan sistem rotation.

Maknanya letakkan tanaman itu di tempat yang ada cahaya matahari untuk beberapa hari dan kemudian pindahkannya ke dalam bilik air. Selepas beberapa hari, pindah balik ke luar.

Kelembapan juga perlu dijaga supaya tanaman itu kekal hidup. Tip: Jika anda nak letakkan tanaman di dalam air, pastikan ia takkan terkena sabun.

Jangan lupa taburkan baja supaya ia tumbuh dengan lebih baik. Tiga elemen penting bagi tumbesaran pokok yang sihat adalah nitrogen, fosforus dan potasium. Apa-apa pun, anda boleh dapatkannya di kedai-kedai yang menjual pokok tanaman.

Sumber: Today, Reader’s Digest

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sat, 6 Oct 2018

Anda Tahukah Apa Maksud Di Sebalik Nama Jenama H&M? Ini Jawapannya!

Selama ini kita beli saja bajunya tanpa mengetahui sejarah kedai ini.

Featured Wed, 14 Dec 2022

Peruntukan RM29,000 Beli Van Jenazah, Penampilan Sopan Hannah Yeoh Dipuji Ramai

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjadi topik hangat dalam kalangan netizen setelah menyumbang van jenazah berjumlah RM 29,000 di Masjid Al-Imam Al-Ghazali. @bernamatvofficial Hannah Yeoh Dipuji Kerana Peruntukan Dibuat Untuk Van Jenazah #bernamatv #beritaditiktok #malaysiatiktok […]

Events Mon, 24 Feb 2025

“Dia Tak Kosong, Bersahaja & Tenang” – Sherry Alhadad Puji Sissy Imann Kendali Pentas AJL39

“ Sissy kelihatan sangat bersahaja dan tenang. Ini menunjukkan dia sudah tahu kelebihannya. Go girl!”- Sherry Alhadad

Gaya Hidup Sat, 11 Jan 2020
Featured Fri, 12 Jun 2020
Gaya Hidup Fri, 15 Jun 2018

Dah Guna Deodoran, Tapi Ketiak Masih Basah? Amalkan 4 Cara Ini

Jangan biarkan diri anda malu dengan keadaan ketiak yang sentiasa basah!

Gaya Hidup Sat, 10 Mar 2018

Tip Agar Peti Ais Sentiasa Berbau Segar & Tak Lagi Busuk

Bila buka peti sejuk mesti stres kan terhidu bau busuk!

Gaya Hidup Sun, 11 Nov 2018

6 Perkara Anda Patut Tahu Tentang Pas Unlimited Untuk Perkhidmatan Bas & Keretapi Malaysia

Pas bulanan bernilai RM100 ini adalah sebahagian daripada peruntukan dari Bajet 2019.

Featured Tue, 28 Apr 2020

MKN kaji SOP beri kelonggaran penduduk zon hijau keluar rumah

Keputusan akan dibentangkan minggu hadapan

error: Content is protected !!