Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom October 23, 2018 @ 3:00pm

Jika Mahu Jadi Model Kerana Mengejar Populariti, Lupakan Saja – Supermodel Tinie

Di usianya yang sudah mencecah 40-an, wanita ini masih lagi queen di pentas peragaan selain wajahnya menjadi muse untuk kebanyakan jenama pereka fesyen terkenal tempatan mahupun antarabangsa.

Figura yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan adalah Hartini Yasin atau Tinie, seorang supermodel senior dengan pelbagai kejayaan membanggakan dan masih lagi punya ‘demand’ di pentas peragaan.

Malah kemunculannya melakukan catwalk, acapkali mendapat sorakan dan dinanti-nantikan peminat industri fesyen negara.

Tinie berkata, jika ada menganggap kerjaya modelling sebuah pekerjaan yang glamor, itu salah sama sekali. Bahkan sehingga hari ini, masyarakat masih tidak tahu kepayahan kerjaya seorang model.

Foto: Tinie Instagram

“Tak mudah untuk menjadi seorang model. Tak semudah seperti yang anda sangkakan,” jawabnya dengan senyuman.

Berketinggian 180 sentimeter (sm) dan berusia hampir empat dekad, Tinie masih aktif dalam bidang peragaan sehingga sekarang.

“Jika anda mahu jadi model kerana populariti, lupakan saja. Cari bidang lain seperti menyanyi atau berlakon.

“Kerjaya ini adalah satu seni dan bintangnya bukan anda tetapi busana yang digayakan itu,” jelasnya.

Tinie juga bimbang kerana ramai anak muda ketika ini sangat mudah mendapat gelaran model, hanya sekadar menggayakan beberapa produk atas talian.

“Macam Maggi-lah. Mudahnya mendapat gelaran model. Bagi saya, kualiti seorang model itu perlu dijaga. Seorang model mestilah (sekurang-kurangnya) berketinggian 175sm bagi perempuan dan lelaki adalah 180sm untuk berada di pentas peragaan.

Foto: Tinie Instagram

“Manakala potongan badan seseorang model perlu 32” 25” 35”, tak boleh lebih daripada itu. Jika tidak anda tidak muat sesuatu dress yang dihasilkan pereka. Itu kualiti seorang model yang perlu ada,” jelasnya yang turut menjadi mentor kepada model untuk pertunjukan fesyen di KLFW.

Tambah Tinie, tak kurang juga ada persepsi yang mempersoalkan mengapa ‘wajah tidak cantik’ diambil menjadi model.

“Ya, itu masalahnya bagi yang tidak tahu mengenai kerjaya ini. Menjadi peragawati bukan memerlukan wajah yang sangat cantik atau kulit yang sangat putih tetapi lebih kepada ‘edgy look’ yang boleh membawa sesuatu busana itu ke satu tahap mewah dan couture,” katanya.

Tinie turut ditanya mengenai rahsia catwalknya, lima barangan yang wajib dibawa di dalam tas tangannya dan nasihatnya kepada model-model baharu.

Tinie, menceburi bidang peragaan sejak usianya 22 tahun. Sepanjang kariernya beliau telah menerima gelaran Model of the Year di Malaysian International Fashion Awards (MIFA) untuk tahun 2006, 2007 dan 2009.

Foto: Rizman Ruzaini Instagram

Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 13 Jun 2018

Ikon Stail Fyza Kadir Kongsi Tip Tampil Stailish Di Hari Raya

Kehebatan wanita jelita persis patung Barbie dalam bergaya memang tidak dapat disangkal. Dia adalah Fyza Kadir.

Oh Lawa Mon, 31 Dec 2018

Seni Mesir Purba Diangkat Sebagai Tema Dalam Siri Pertunjukan Fesyen Metiers d’Art By Chanel

Himpunan seleksi rona emas menjadi warna utama dalam koleksi terbaru Chanel ini.

Oh Lawa Wed, 3 Oct 2018

Wanita Bertubuh Gempal Juga Berhak Untuk Cantik. Ini 10 Tips Untuk Anda Tampil Meletop!

Sedarilah wahai wanita, tubuh berisi ada kecantikan yang tersendiri.

Featured Mon, 30 Mar 2020

3 cara untuk menjadikan bibir mungil dan seksi

Tidak perlu buat suntikan bibir!

Oh Lawa Mon, 25 Feb 2019
Featured Wed, 20 May 2020
Featured Sun, 9 Sep 2018

5 Gaya Potongan Rambut Yang Nampak Menawan Pada Wanita Bermuka Bulat

Ia boleh membantu membuatkan muka anda nampak lebih panjang.

Featured Thu, 7 Nov 2019

Ratu Malaysia Universe 2019 imbas pengalaman berbadan gempal

Shweta Sekhon promosi kempen #yourbodyyoursay

Oh Lawa Tue, 3 Jul 2018

Manfaat Buah Betik Untuk Kecantikan Muka. Jimat, Tak Perlu Kos Tinggi

Kaya dengan vitamin A, C, E dan K, betik juga mempunyai ciri-ciri antioksida.

Featured Mon, 19 Aug 2019

Himpunan Merdeka Habib 2019 tampil motif antik

Sambutan istimewa bersempena nostalgia 61 tahun

error: Content is protected !!