Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom October 24, 2018 @ 12:00pm

Succi Sushi, Lokasi Makan Sushi Yang Bukan Saja Sedap Tetapi Dijamin Halal!

Sushi…sejenis makanan sinonim dengan negara Jepun ini bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia. Semakin hari penerimaannya semakin baik apatah lagi dengan pengenalan menu bercitarasakan lokal.

Kalau anda pernah berkunjung ke restoran sushi, anda boleh melihat senario wajah-wajah majmuk Malaysia di dalam sebuah restoran.

Namun bagi yang beragama Islam, adakah anda pasti restoran yang mengusahakan makanan ini telah mengikut Standard Operating Prosedure (SOP) halal dengan betul?

Jika ada di antara anda yang meraguinya dan mencari restoran sushi yang dijamin halal, anda tidak perlu risau kerana CITRAIDA BUTIK & KAFE yang beralamatkan B-7-G Paragon Point, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, menyediakan hidangan sushi yang boleh dimakan tanpa was-was!

Menjenamakan hidangan mereka sebagai Succi Sushi, kafe ini dimiliki oleh personaliti TV juga usahawan berjaya,
Khairul Noormaaidah Zali atau Aida.

Foto: Succi Sushi

Pernah menjuarai pertandingan realiti Gadis Melayu terbitan TV9 pada 2009, Aida yang juga isteri kepada pengacara Saiful Nizam Ismail, sememangnya pencinta sushi.

“Saya memang seorang penggemar sushi dan status sama ada hidangan ini halal ataupun tidak, sering mendapat perhatian masyarakat khususnya yang beragama Islam. Selain itu, sushi juga dikaitkan sebagai makanan ‘raw’ atau mentah, malah susah nak diterima tekak terutamanya bagi orang Melayu.

“Jadi timbul idea untuk mengolah hidangan ini menjadikan ia ‘fusion food’ agar kena dengan selera orang kita. Pendek kata, menu yang terdapat di CITRAIDA BUTIK & KAFE ini, menawarkan seleksi sushi yang boleh ‘ditelan’ sekalipun mereka itu tidak menggemari sushi.

“Rata-rata mereka yang pertama kali berkunjung ke sini, mengakui kelainan hidangan yang ditawarkan kami,” katanya juga mengusahakan butik pakaian muslimah dan tudung.

Keistimewaan Succi Sushi bukan saja pada rasanya yang bercitarasakan lokal, malah pembuatan aneka sos misalnya 
teriyaki dan sos pedas yang dibuat secara homemade.

Difahamkan kesemua resipi Succi Suchi adalah hasil gabungan idea bersama daripada Aida dan cef Khairuddin Zali yang turut dibantu seorang lagi cef Nor Amira Roslan.

Hidangan yang paling mendapat perhatian penggemar sushi adalah Beef Sambal Hitam Sushi, Chicken Sambal Maki, Sambal Maki, Salmon Mentai dan Aneka Bento.

Foto: Succi Sushi

Foto: Succi Sushi

Foto: Succi Sushi

Foto: Succi Sushi

Foto: Succi Sushi

Foto: Succi Sushi

Foto: Succi Sushi

Foto: Succi Sushi

Manakala menu lain adalah Keli Bento, Chicken Teriyaki Bento, Salmon Bento yang dihidangkan bersama tempura dan buah-buahan. Harga bagi setiap set bento bermula dari RM19.90 hingga RM36.90.

“Bagi mereka yang tidak makan belut (unagi), di Succi Sushi kami menggantikannya dengan ikan keli yang digabungkan dengan sos homemade teriyaki yang rasanya bukan saja lazat tetapi lain daripada lain. Setiap bahan yang digunakan dijamin 100% halal,” kata Aida lagi.

Bagi anda yang mungkin kesuntukan masa untuk mengunjungi CITRAIDA BUTIK & KAFE untuk menikmati Succi Sushi, boleh membuat tempahan secara penghantaran terus ke rumah dengan menghubungi talian 018-3111694 (Isnin-Jumaat) dan 018-2924694 (Sabtu-Ahad).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 22 Apr 2025

Bekas Kekasih Ammar Alfian Dedah Bukti Dibelasah -“Berapa Kali Kau C*kik Aku, Sampai Pengsan! Lepastu Tamp*r Aku”

Wanita berkenaan sering menjadi mangsa serangan fizikal dan mental yang dilakukan oleh Ammar

Featured Tue, 27 Apr 2021

“Kami Rayu Budi Bicara KKM” – Bukan Lagi RM 50,000 Nilai Kompaun Peniaga Burger Diteliti Semula

Berikutan tular isu peniaga burger yang dikompaun 50,000, pihak polis meneliti semula kompaun yang dikenakan terhadap seorang peniaga burger di Pengkalan Chepa, Kelantan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana beroperasi melebihi masa yang […]

Featured Tue, 31 Jan 2023
Featured Sun, 4 Sep 2022

Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya, Ikmal Amry Sekeluarga Syukur Terselamat

Ikmal Amry dan keluarga terlibat dalam kemalangan

Featured Sat, 31 May 2025
Featured Thu, 2 Jan 2025
Eat Travel Thu, 10 Jan 2019

Resipi tart telur ala Hong Kong

Makan satu saja memang takkan cukup!

error: Content is protected !!