Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom October 26, 2018 @ 10:00am

Lima Negara Dengan Status Penduduk Paling Gembira, Baru Lihat Gambar Dah Buat Kita Happy!

Biar setinggi Tun Razak Exchange pun duit kita tapi kehidupan yang dijalani kesepian dan tidak menggembirakan, apalah maknanya hidup?

At the end of the day we all just want to be happy, live stress free and have someone to comfort you and not worry about anything!

Kalau anda punya banyak wang tetapi tidak merasa tenang, mungkin anda boleh melancong ke lima buah negara ini yang didiami penduduk paling gembira. Tapi, itu tak bermakna penduduk di Malaysia tidak gembira!

Negara yang disenaraikan ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh National Geographic yang telah mengembara serata dunia.

Jom lihat negara manakah yang dipopulasi oleh penduduk yang positif dan terhindar daripada aura negatif berdasarkan kualiti kebersihan dan juga budaya yang unik.

1. Sweden

Foto; iExplore

Sweden adalah negara yang dipopulasi oleh penduduk yang setiap tahun menunjukkan tahap hidup yang memuaskan. Rahsianya, rakyat Sweden mengamalkan tradisi yang dipanggil ‘Fika’, tabiat berehat sebentar daripada bebanan kerja dan minum kopi bersama rakan-rakan sambil berbual dan membincangkan berita dan hal semasa. Sesi berbual ini hanya mengambil masa 15 minit dan ia tradisi yang membuatkan penduduk di sana menghadapi tahap tekanan hidup yang sangat rendah.

2. Australia

Foto: Wikipedia

Australia adalah negara yang sangat luas, namun mempunyai populasi penduduk yang sikit. Bagaimanapun penduduk di sana sangat mesra dan rapat dengan komuniti masing-masing. Budaya di sana gemar mengadakan majlis keraian dengan sesi barbeku di taman rekreasi. Kamu akan dapat saksikan rakyat Australia berkumpul dan menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan sehingga larut malam. That is how they have fun and get together!

3. New Zealand

Foto: NewZealand.com

Adakah anda setuju hidup ini akan lebih tenang apabila dikelilingi gunung-ganang yang indah, udara yang nyaman, kualiti air sungai yang sangat bersih dan hidupan flora dan fauna yang masih terpelihara! Populasi yang rendah dan hidupan alam yang paling terbaik di dunia menjadikan penduduk di New Zealand antara manusia paling gembira. 

4. Kanada

Foto: kanadavizerehber

Salah satu negara terbesar di dunia, Kanada adalah syurga buat pengembara seluruh dunia. Rakyat di sana sangat berbangga dengan keindahan alam semula jadi Kanada yang dikatakan antara terbaik di dunia. Penduduk di sana gemarkan aktiviti luar seperti meredah hutan dan berkhemah.

5. Switzerland

Foto: Lonely Planet

Negara yang terkenal dengan pelbagai jenis coklat, siapa yang tidak gembira jika dikelilingi coklat di merata tempat? Tetapi rakyat di sana terkenal dengan gaya hidup sihat kerana mereka gemar melakukan aktiviti luar. Negara ini juga mencatat kadar obesiti paling rendah di dunia.

Sumber: Cosmopolitan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 25 Nov 2025

Luahan Cik B Pada Video DSV Undang Sebak, Leona Tampil Titip Kata Semangat – “You Are Perfect As You Are…”

Cik B sentuh hati ramai selepas memuat naik kapsyen ringkas pada video tersebut.

Featured Fri, 10 Mar 2023

“Dia Dimaki & Dipijak Seperti Tiada Maruah!” – Berang Anak Ditindas, Ibu Shuib Dedah Perkara Sebenar 

Hmmm… pasti akan ada dua sisi cerita yang berbeza, apapun jangan terus menghukum ok guys 🫶🏻

Featured Mon, 15 Jun 2020
Featured Fri, 19 Jul 2024
Featured Mon, 16 Jan 2023
Featured Wed, 16 Apr 2025

“Apa Salahnya Kita Potong Usus” – Anim Ezati Tegur Pempengaruh Malu Mengaku Buat Pembedahan Bariatrik

Anim Ezati tampil mengulas mengenai bentuk badan seorang pempengaruh popular yang  kian hangat diperkatakan baru-baru ini susulan isu pembantu rumahnya.

Acara Mon, 8 Jan 2018

Guna Ais Kiub Je Untuk Kulit Wajah Cantik? Biar Betul? Kami Kongsi Caranya

Selalu kita dengar bila berkenaan ais, mesti hanya pandangan negatif sahaja. Ais menggemukkan, ais akan menyebabkan masalah kesihatan dan macam-macam lagi. Tetapi, ais juga mempunyai kebaikkan dan faedahnya yang tersendiri. Yang menariknya, ais iaitu ais […]

error: Content is protected !!