Gaya Hidup By: Yanie Baharom October 30, 2018 @ 1:00pm

Tahap Keseraman Rumah Hantu Night Of Fright 6 Sunway Lagoon, Menggigil Weh!

Siapa di antara anda yang pernah merasai pengalaman seram dan panik memasuki rumah hantu, Night of Fright (NOF)? Jika pernah, anda pasti berfikir dua kali untuk kembali ke NOF!

Sejak diperkenalkan enam tahun lalu, NOF menjadi acara tahunan taman tema Sunway Lagoon. Penganjurannya begitu dinanti-nantikan orang ramai. Menjelang bulan Oktober, bersempena sambutan Halloween pada 31 Oktober, Sunway Lagoon dibanjiri ribuan orang pada waktu malam.

Bagi edisi keenam NOF, ia dibuka kepada umum bermula 28 September lalu. Selama sebulan ia menjadi bualan ramai yang sukakan hiburan seram.

Kepada yang belum berkesempatan ke NOF6, peluang anda masih terbuka. Masih berbaki satu hari lagi untuk mencabar keberanian anda di mana persembahan ini akan berakhir esok (31 Oktober). Kemungkinan ia akan menjadi hari paling seram NOF6 memandangkan jatuh pada hari Halloween.

So, jangan lepaskan peluang menjengah kesemua 8 rumah hantu yang terdapat di NOF6, pasti membuatkan anda menjerit sehingga hilang suara.

1) Ghostbuster Halloween in New York

Menjadi rumah hantu signatur sejak tiga tahun lalu. Dikhabarkan NOF6 merupakan edisi terakhir Ghostbuster. Jadi jangan terlepas peluang untuk memasuki rumah hantu ini. Di sini akan merentasi dua jambatan berlatarbelakangkan visual yang akan membuatkan anda pening sehingga terasa seperti hendak terjatuh.

Sejujurnya Ghostbuster kurang elemen seram dari segi kejutan hantu. Solekan dan pakaian hantu-hantu yang berkeliaran di dalamnya juga agak moden. Mudah dirangkumkan ia adalah representasi jembalang orang kulit putih (berbangsa Inggeris).

Namun ia masih menghiburkan kerana terdiri daripada hantu pelbagai jenis. Anda akan dihampiri hantu pengemis yang lesap tiba-tiba. Hati-hati, dia akan muncul di sudut lain tanpa anda sedari.

Foto: Pepatung

2) Horrorwood Studios

Siapa yang pernah ke NOF edisi sebelum ini semestinya dapat meneka apa yang terdapat di dalam rumah hantu ini. Tidak banyak berubah daripada tahun-tahun sebelumnya. Anda akan menelusuri lorong panjang dengan patung-patung lilin karakter filem seram ternama Hollywood.

Freddy Krueger, Michael Myers, Chucky dan Jason antara yang akan menyambut kunjungan anda ke sini. Dalam suram cahaya merah malap, perjalanan di sini singkat tetapi mencemaskan. Terutamanya jika anda pernah menonton kesemua francais filem seram karakter-karakter tersebut.

Patung-patung di situ bagaikan bernyawa. Dan memang ada yang bernyawa dan mengekori anda secara senyap.

Foto: Pepatung

3) Zombie Zoo

Di penghujung Horrorwood Studios, anda akan tiba di sebuah pintu masuk menuju ke Zombie Zoo. Ini adalah tarikan signatur NOF setiap tahun. Untuk mereka yang takut kepada zombi, jangan cuba untuk lari!

Zombi-zombi berlegar-legar di dalam pagar yang menjadi pemisah laluan. Begitupun, tangan-tangan mereka akan melambai-lambai di luar pagar cuba untuk menggapai anda (kesemua hantu di NOF6 tidak dibenarkan memegang pengunjung).

Elemen seram di sini adalah mainan lampu strob putih yang berkelip-kelip. Kelibat zombi menjadi lebih dramatik dengan adanya efek tersebut. Zombi yang tadinya jauh di depan, sekelip mata berada di sebelah anda.

Walaupun zombi-zombi berada di dalam pagar, anda masih berasa tidak selamat dan seolah-olah ada zombi yang mengejar di belakang. Rumah hantu ini akan membuatkan anda paranoid!

Foto: Pepatung

4) Ghost Face – The Face To Make You Scream! Alive! In UV3D

Satu lagi rumah hantu yang diadaptasi daripada francais filem seram Hollywood. Karakter Ghostface daripada filem Scream merupakan kostum klise setiap kali menjelang Halloween. Ia dihidupkan di NOF6 dengan cara berbeza.

Ghostface terkenal sebagai pembunuh bersiri bertopeng dan berjubah hitam yang mengejar mangsanya dengan pisau. Boleh hilang tiba-tiba dan muncul juga secara tiba-tiba.

NOF6 tidak bermain dengan identiti ikonik sebegitu. Sebaliknya menampilkan ribuan wajah Ghostface dalam bentuk visual yang memerlukan pengunjung memakai kaca mata UV3D. Di sepanjang perjalanan, pengunjung akan dikelilingi Ghostface yang tidak diketahui sama ada kesemuanya hidup atau sekadar patung. Beberapa kali pengunjung akan dikejutkan dengan Ghostface sebenar yang berada betul-betul di depan muka.

Foto: Pepatung

5) Wendigo – The Legend in the Mist

Satu-satunya rumah hantu outdoor di NOF6. Kawasan gua mini yang terkenal di Sunway Lagoon menjadi kediaman Wendigo, sejenis makhluk mistik kanibal. Di sini anda akan berjalan sambil memegang tali. Kawasan ini dipenuhi dengan asap sehingga sukar untuk anda menjangkakan apa yang berada di kiri, kanan, depan dan belakang anda. Makhluk di sini berbeza dengan rumah hantu lain kerana ia tidak teragak-agak untuk mengejar anda.

Foto: Pepatung

6) Scary Tales Presented by Hellfest

Satu-satunya tarikan berbentuk teater di sini. Ia bukan rumah hantu biasa. Beberapa bangku disusun menghadap sebuah skrin. anda akan dipertontonkan dengan cerita seram pendek berkisar legenda seram tempatan; pontianak, toyol dan orang minyak. Hantu itu bukan sahaja di dalam skrin, tetapi berkeliaran di sekeliling anda.

Siapa yang duduk di tepi pintu bakal menerima kejutan daripada jembalang tidak diundang. Perhatikan juga tingkap di tingkat 2. Kelibat pocong akan kelihatan memandang tepat ke wajah anda. Sesekali ia melompat berubah jendela dan menundukkan kepala menjenguk anda yang duduk di bawah.

Orang minyak pula akan keluar belari-lari mengacau anda di tempat duduk. Hati-hati dengan kaki anda kerana ada yang merangkak di lantai.

Foto: Pepatung

7) Phobia – Coulrophobia The Fear of Clowns

Individu yang fobia kepada badut mungkin tidak mahu memasuki rumah hantu ini. Solekan wajah dan kostum berwarna-warni badut bagaikan mimpi ngeri untuk golongan coulrophobia.

Badut yang suka berjenaka dan menghiburkan kanak-kanak digambarkan sebagai psiko dan pembunuh. Meremang bulu roma saat pintu Phobia diketuk, dan dibuka oleh badut yang mengilai tawa bagaikan pesakit mental.

Badut-badut di sini memainkan peranan sebagai penggugat emosi manusia. Ada yang duduk berbuai di satu sudut sambil menyanyi. Ada pula yang berdiri tunduk memandang lantai dan memandang tepat ke wajah anda secara tiba-tiba.

Saat paling mendebarkan apabila terpaksa melalui sebuah bilik yang didiami beberapa badut. Ada juga yang mengekori anda dari belakang. Jadi kepada yang takutkan badut, jangan duduk belakang!

Foto: Pepatung

8) Slaughterhouse 13

Tidak keterlaluan untuk menamakan Slaughterhouse 13 sebagai rumah hantu terbaik NOF6. Bukan hantu yang menghidupkan keseraman. Sebaliknya cara ia dipersembahkan dalam bentuk yang begitu tragik. Di sini anda akan menyaksikan upacara ngeri pembunuhan. Mayat-mayat bergelimpangan dengan percikan darah memenuhi dinding dan lantai.

Peringatan kepada yang di depan sekali, melangkahlah dengan perlahan dan berhenti seketika apabila tiba di sebuah ruangan. Anda akan bertemu seorang lelaki dengan mayat di lantai berdiri di tengah berlumuran darah. Dia akan memandang tepat ke arah anda. Jangan patah balik!

Foto: Pepatung

Sumber: Pepatung

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 3 Apr 2020

Salsabila jual aneka kuih tradisional Melayu di Belanda

Anak jati Pontian sedia khidmat makanan halal

Gaya Hidup Tue, 27 Feb 2018

5 Benda Di Rumah Ini Anda Tak Pernah Terfikir Pun Nak Cuci Tapi Sebenarnya Patut!

Bila nak bersihkan rumah, bukan setakat sapu dan mop lantai, atau lap dan susun perabot je tau. Sebenarnya ada beberapa alat atau perkakas rumah yang anda selalu pakai tapi mungkin tak pernah terfikir nak cuci. 

Gaya Hidup Fri, 11 May 2018

Tip Miliki Rambut Kerinting Yang Menawan, Tanpa Perlu Bimbang Lagi Masalah Rambut Kejung

Anda perlu sentiasa membelainya agar tidak kusut dan kejung!

Acara Mon, 15 Jul 2019

ABPBH 32 sedia pelbagai acara untuk peminat seni

BH dekati pembaca yang setia menyokong ABPBH

Featured Mon, 29 Oct 2018

Gara-Gara Beri Anak Minum Coca-Cola, Bapa Dipenjara 3 Bulan!

Anaknya tak cukup makan sebab bapanya habiskan duit beli minuman keras!

Gaya Hidup Tue, 14 Aug 2018

Cuaca Panas Kembali Melanda Malaysia, Ini Tip Untuk Anda Bersiap Siaga!

Fenomena ini berlaku akibat fasa monsun Barat Daya yang mendominasi keadaan cuaca negara.

Gaya Hidup Thu, 1 Feb 2018

Nak Basuh Hijab Pun Ada Caranya. Ini 12 Tip Penjagaan Hijab Yang Perlu Anda Tahu

Pelaburan membeli hijab berjenama kegemaran pasti diharapkan berbaloi yang mana item itu boleh disuai padan dengan pelbagai gaya.

Gaya Hidup Sat, 1 Dec 2018

Pakai iPhone Di China, Anda Dianggap Miskin!

Golongan berpendapatan tinggi di China lebih menggemari jenama Huawei dan Xiaomi.

Gaya Hidup Mon, 27 Aug 2018

8 Cara Untuk Ubah Gaya Hidup Anda Supaya Ia Lebih Minimalis

Ia dikatakan boleh membuat hidup anda lebih produktif dan harmoni.

Gaya Hidup Mon, 2 Jul 2018