Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar May 18, 2020 @ 8:45pm

Kerajaan mungkin kuat kuasa larangan keluar bagi kanak-kanak

Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mempertimbangkan cadangan untuk menguatkuasakan undang-undang bagi larangan keluar ke tempat awam membabitkan golongan berisiko khususnya kanak-kanak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) esok berikutan tindakan segelintir ibu bapa yang masih membawa anak keluar ke pusat beli-belah meskipun KKM sudah memberikan nasihat.

Katanya, tindakan masyarakat yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) termasuk tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu boleh menjejaskan usaha Kerajaan khususnya KKM, sejak 18 Mac lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah selepas sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. (Gambar NSTP/MOHD FADLI HAMZAH)

“Sebelum ini Kerajaan menggunakan kaedah nasihat, tetapi sekarang ini kita akan berbincang bagaimana dapat menguatkuasakan untuk ambil tindakan kepada ibu bapa yang membawa anak-anak ke tempat awam atau ke hospital tanpa ada janji temu di hospital.

“Selain itu, KKM juga menasihatkan orang ramai yang hendak berhari raya untuk patuh kepada SOP kerana jika tidak KKM bimbang kes jangkitan COVID-19 akan meningkat. Oleh itu kita akan bincang dalam mesyuarat MKN esok untuk melihat tindakan penguatkuasaan,” katanya pada pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Pihak pengurusan Kompleks Pekan Rabu mengarahkan ibu bapa meninggalkan anak-anak berusia 12 tahun ke bawah untuk tidak memasuki premis berkenaan bagi mengelak jangkitan COVID-19 di kompleks berkenaan hari ini. (Gambar hiasan/BERNAMA)

Pelaksanaan PKP fasa pertama sehingga keempat dan disusuli PKPB  menyaksikan jumlah kes aktif COVID-19 semakin menurun. Pencapaian itu adalah hasil kepatuhan orang ramai kepada SOP yang ditetapkan di bawah pelaksanaan PKP dan PKPB.

Bagaimanapun, usaha selama dua bulan itu boleh terjejas berikutan tindakan orang ramai yang menipu dalam operasi gerak Malaysia dengan merentas negeri semata-mata untuk menyambut perayaan. Selain itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan sebanyak 2,931 kenderaan yang cuba merentas negeri dalam masa tiga hari untuk pulang ke kampung sudah diarahkan berpatah kembali.

Dr Noor Hisham yang berulang kali melahirkan kebimbangan terhadap ketidakpatuhan masyarakat itu berkata, jumlah pergerakan berkenaan boleh mencetuskan penularan baharu COVID-19 dan juga menjejaskan golongan berisiko.

“Jumlah individu yang pulang ke kampung sememangnya merisaukan, terutama jika dicampur pula dengan 49,019 pelajar IPT yang pulang ke keluarga masing-masing kerana ahli keluarga mereka mungkin terdiri daripada kumpulan berisiko misalnya warga emas, kanak-kanak dan golongan rendah imuniti disebabkan pelbagai penyakit kronik atau komorbiditi lain.

Kelihatan aliran trafik di Plaza Tol Gombak menghala Karak sesak ekoran sekatan jalan raya ketika tinjauan hari ini. (Gambar BERNAMA)

“Sehingga 18 Mei 2020, daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Malaysia iaitu 6,941 kes, sebanyak 961 orang adalah warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas (13.8 peratus), manakala kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan ke bawah pula merangkumi 318 orang (4.6 peratus).

“Jika dilihat dari segi faktor komorbiditi, setakat 17 Mei 2020 didapati 10.8 peratus (744 kes) daripada keseluruhan kes positif COVID-19 menghidap penyakit kronik misalnya penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit buah pinggang, penyakit jantung dan lain-lain penyakit,” katanya.

Sementara itu, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan terdapat 44 kes yang pulih dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah yang pulih sepenuhnya daripada COOVID-19 sebanyak 5,615 kes  (80.9 peratus).

Sehingga 18 Mei 2020 jam 12.00 tengah hari, terdapat 47 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif di Malaysia adalah sebanyak 6,941 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,213 kes.

Daripada 47 kes baharu yang dilaporkan, 21 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala 26 kes adalah penularan tempatan di mana 17 kes adalah bukan warganegara Malaysia.

Selain itu, terdapat 13 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, enam kes memerlukan bantuan pernafasan. Begitupun, tiada kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kes kematian kekal 113 kes (1.63 peratus).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Dec 2022
Featured Fri, 27 May 2022

Dipanggil Perempuan Sundal, Sarah Hilderbrand Nekad Bawa Diri

Betul kata Sarah tu… mentaliti manusia sekarang ni hmmmm…

Featured Wed, 25 Mar 2020

Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April

Kerjasama rakyat mampu bendung penularan COVID-19

Featured Fri, 16 Jul 2021

Tular Gambar Ustaz Don Didakwa Lakukan ‘Sembah Hormat’, Menteri Agama Beri Penjelasan Sebenar

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan pendakwah terkenal Ustaz Don bersiaran secara langsung menerusi sebuah program bual bicara yang membincangkan isu norma baru dalam ibadat […]

Featured Fri, 3 Oct 2025

Nadir Al Nuri Dedah Isr**l Sebar Video Propaganda, Dakwa Peserta GSF Pengganas… Kelibat The Helmi’s Curi Perhatian

Nadir memaklumkan bahawa sukarelawan terbabit kini sudah mula dibawa tiba di pelabuhan Ashdod.

Featured Thu, 27 Feb 2025

Tampil Elemen Retro, ‘Nostalgia’ Tonjol Vokal Luar Biasa Ernie Zakri

Ernie menyifatkan rakaman lagu Nostalgia sangat menyeronokkan.

Gaya Hidup Tue, 16 Jan 2018

Timun Bukan Sahaja Manfaat Untuk Cantik, Malah Untuk Kesihatan Badan

Segelas air timun mampu memenuhi hingga 20% vitamin K yang diperlukan setiap hari.

Featured Thu, 5 May 2022

“Saya Pernah Sayangkan Seseorang…” – Syafie Naswip Kini Lebih Bahagia

Syafie kini lebih bahagia selepas meninggalkan hubungan toksik dengan bekas tunang.

error: Content is protected !!