Trending By: tex_admin October 30, 2018 @ 3:00pm

5 Tragedi Mengerikan Pesawat Lion Air Yang Mengorbankan Banyak Nyawa

Pagi semalam kita semua digemparkan dengan satu berita mengenai satu pesawat Lion Air yang disahkan telah terhempas di utara laut Karawang, Jawa Barat.

Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu dilaporkan terputus hubungan sebelum terhempas selepas berlepas 6.20 pagi semalam dari Lapangan Terbang Soerkarno-Hatta. Pesawat malang ini sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Depati Amir Pangkal Pinang, Kepulauan Bangka Belitung, Sumatera pada jam 7.10 pagi waktu Indonesia Barat.

Kesemua 189 penumpang termasuk anak kapal disahkan meninggal dunia dalam nahas ini. Sehingga hari ini, misi mencari masih dijalankan. 

Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah kali pertama pesawat Lion Air terhempas. Sebenarnya, terdapat sejarah hitam mengenai kecelakaan pesawat jenis ini. Difahamkan, sekurang-kurangnya 19 insiden telah berlaku sejak pesawat Lion Air beroperasi pada Jun tahun 2000.

Disebabkan selalu mengalami kecelakaan, Lion Air pernah disenarai sebagai pesawat yang dilarang di negara Eropah pada Febuari 2012. Jadi, penulis senaraikan 5 kecelakaan paling tragis yang telah mengorbankan banyak nyawa.

1. Lion Air JT 610

Foto: Instagram Lion Group

Masih menjadi bualan mulut ramai orang kejadian ini yang berlaku semalam. Kecelakaan ini melibatkan pesawat Air JT 610 dari Jakarta – Pangkal Pinang yang terputus hubungan pada Isnin pagi (29/10/2018). Pesawat tersebut bertolak dari Bandara Soekarno – Hatta pada pukul 6.20 pagi dan seharusnya tiba di Bandara Pangkal Pinang pada pukul 7.20 pagi.

Pesawat ini terhempas di Perairan Tanjung Karawang, Jawa Barat dan dilaporkan mengorbankan 189 orang termasuk kru pesawat.

Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Negara berkata, pesawat ini baru mempunyai 800 jam penerbangan dan ketika hilang dari radar, cuaca berada dalam keadaan baik. Bagaimanapun, punca kecelakaan ini masih disiasat.

2. Lion Air JT 538

Foto: Instagram Lion Group

Pesawat ini pula telah tergelincir pada 14 tahun yang lalu iaitu pada 30 November 2004. Pesawat ini tergelincir apabila hendak mendarat di Bandar Udara (Bandara) Adisumarmi, Solo, Jawa Tengah. Akibat daripada itu, seramai 26 penumpang dilaporkan meninggal dunia, 55 orang parah dan 63 yang lainnya mengalami kecederaan ringan. 

3. Lion Air 386 PK-LID

Foto: Instagram Lion Group

Pesawat jenis Boeing 737-200 dari Jakarta-Pekanbaru-Batam ini pula gagal untuk terbang setelah meninggalkan landasan Bandara Sultan Syarif Kasim II, Pekanbaru, Riau. Pesawat ini tergelincir lebih dari 5 meter. Kes ini menyebabkan 7 orang penumpang dilaporkan mengalami luka yang parah kerana patah tulang.

4. Lion Air JT 904

Foto: Instagram Lion Group

Pesawat ini pula telah gagal mendarat di landasan Bandara Ngurah Rai, Denpasar, Bali pada 13 April 2013. Pesawat Lion Air dari Bandung-Denpasar telah terbelah dua di laut selepas gagal mendarat. Ketika itu, pesawat ini sedang membawa 101 penumpang dan seramai 45 orang mengalami kecederaan. Tiada kematian dicatatkan.

5. Lion Air JT 891

Foto: Instagram Lion Group

Pesawat Lion Air Boeing 737-800 telah tergelincir di Bandara Jalaludin, Gorontalo ketika mendarat. Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.55. Punca pesawat ini tergelincir akibat keadaan jalur landasan di Bandara tidak berada dalam keadaan yang baik. Tiada kematian dicatatkan.

Penulis turut bersimpati kepada keluarga mangsa pesawat Lion Air JT 610. Takziah diucapkan dan semoga pencarian mayat mangsa akan dipermudahkan. 

Sumber: IDN Times

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 29 Feb 2024
Featured Wed, 12 Apr 2023
Hiburan Wed, 18 Oct 2023
Featured Wed, 23 Jun 2021

Kerajaan Boleh Tambah Caruman KWSP, Bantu Rakyat Keluarkan i-Sinar, i-Lestari

Kerajaan boleh menambah semula caruman wang KWSP yang telah dikeluarkan rakyat menerusi i-Sinar dan i-Lestari apabila ekonomi negara pulih kelak. Pengurus Pembangunan Perniagaan, Putra Business School PBS, Universiti Putra Malaysia (UPM) Professor Madya Dr Ahmed […]

Hiburan Mon, 5 Sep 2022

Al Ghazali Putus Cinta Selepas Solat Istikharah

Dah takde jodoh kan.. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Trending Wed, 8 Aug 2018

Foto-Foto Anak Kim Kardashian Ini Akan Buat Anda Kata ‘Awww!’

Comel betul anak-anak wanita yang penuh glamour ini!

Featured Tue, 22 Nov 2022

Comelnya! Gelagat Tya Ariffin & Anak Buat Trend TikTok Curi Tumpuan Netizen

Umum mengetahui, anak-anak kepada selebriti Tya Ariffin sering mencuri tumpuan netizen dengan kecomelan mereka. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Tya di laman TikToknya sehingga berjaya meraih perhatian ramai. Menerusi hantaran itu, […]