Eat Travel By: Yanie Baharom October 31, 2018 @ 3:00pm

Aiskrim Dalam Claypot? Wow Uniknya!

Aiskrim berasap dihidang dalam claypot? Terpegun seketika menyaksikan kepulan asal keluar dalam periuk tanah liat ini.

Itu antara menu paling popular dihidangkan di Bunnyster Cafe, iaitu kafe hipster yang pertama seumpamanya dibuka di Besut, Terengganu.

“Idea memperkenalkan aiskrim ini diperoleh sewaktu bercuti di Switzerland dan dijadikan pencuci mulut kepada pengunjung. Ia boleh dimakan untuk empat hingga lima orang,” kata pemilik kafe itu, Nurul Ain Shahirah Ramlan, 30.

Bukan itu sahaja, suasana santai begitu terasa ketika penulis melangkah masuk ke Bunnyster Cafe yang semuanya memperlihatkan daya kreativiti tersendiri dan berbeza dengan kafe lain.

Nurul Ain Shahirah berkata, pihaknya menghias kafe dua tingkat dengan susun atur perabot yang lapang, dihiasi dekorasi unik dan kreatif.

Kafe diberi nama sempena anak sulung Nurul Ain bersama suaminya, M Feses Mohamad, 31, iaitu Ahmad Dhani Ilham Rayqal yang dipanggil Bunny, ringkasan abang Dhani dan kini berusia empat tahun.

Lantas, mereka mencuba pelbagai jenis masakan ketika melancong di Eropah, menu ditawarkan kepada pelanggan untuk menarik pelanggan.

Nurul Ain Shahirah berkata, selain aiskrim berasap, pihaknya menawarkan pelbagai menu menarik.

Foto: Berita Harian

Killer cheese ialah menu killer kami yang dihidangkan dalam bekas seakan cangkul yang ideanya diperoleh sewaktu melawat Amsterdam dan diperkenalkan pada tahun lalu.

“Selain makanan barat kami juga menyediakan hidangan tempatan seperti nasi kerabu dalam kuali kecil menggunakan hiasan daun pudina menggantikan ulam biasa,” katanya.

Pengalaman pertama penulis mencuba Killer cheese begitu mengujakan dengan limpahan keju yang padat digabungkan bersama ubi kentang dan bebola ayam.

Katanya, kepelbagaian menu itu memberi pilihan untuk seisi keluarga sama ada golongan kanak-kanak dan dewasa menikmati juadah di situ.

“Lebih istimewa hidangan serendah RM3 turut dijual di sini seperti ‘wafer‘ dan sandwich.

“Kami juga menyediakan hidangan sampingan lain seperti ‘mille crepes‘, kek coklat dan mangga,” katanya.

Foto: Berita Harian

Nurul Ain Shahirah berkata, mereka turut menyediakan pakej makan malam dan sambutan hari lahir mengikut tema dengan harga berpatutan.

Katanya, beliau beruntung kerana minat terhadap bidang kulinari dikongsi bersama suami, walaupun mereka daripada latar belakang kemahiran berbeza. Beliau berkata, bakat terpendam mereka dalam bidang masakan sudah mula timbul sejak kecil.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini tidak menjadikan gelaran jurutera sebagai halangan untuknya berkecimpung dalam bidang masakan.

Setiap kali merasai menu baharu ketika melancong ke luar negara, beliau akan cuba mengolah semula resipi mengikut selera tempatan.

“Sekitar 2015 iaitu sebelum kafe dibuka saya dan suami berpeluang menjelajah ke beberapa negara Eropah antaranya London, Paris dan Switzerland, selain Jepun, Korea dan Istanbul, Turki.

“Setiap kali melancong saya mesti ambil peluang untuk cuba menu yang lain daripada kebiasaan tidak kira makanan dalam restoran atau kaki lima asalkan unik,” katanya.

Beliau berkata, disebabkan mahu memberi peluang orang tempatan terutama warga Besut menikmati makanan seperti tempat yang pernah dilawati itu, mereka membuat keputusan untuk membuka Bunnyster Cafe pada 14 Februari 2016.

Bunnyster Cafe

Kampung Khejing, Tok Has, Jertih Terengganu

Waktu operasi

Sabtu – Rabu : 12.30pm-10.30pm

Jumaat: 4.30pm-10.30pm

Khamis: Tutup

Sumber Video: Youtube 

Sumber Artikel: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 16 Aug 2018

Kari Laksa Malaysia Tersenarai Dalam Top 5 Makanan Terbaik Dunia, Cayalah!

Terdapat 10 makanan Malaysia lain yang turut tersenarai!

Eat Travel Tue, 1 Jan 2019

Garis Panduan Ketika Melancong & Menaiki Kapal Terbang Dengan Bayi

Ibu bapa dengan anak kecil perlu ambil tahu demi keselesaannya!

Eat Travel Fri, 11 Oct 2019
Eat Travel Sun, 19 Aug 2018

Pepero Chocolate Rice, Hidangan Kuih Raya Istimewa Di Aidiladha

Jadikan Pepero Colourful Chocolate Rice Biscuit sebagai salah satu hidangan pada Hari Raya Haji nanti, confirm ia akan membuatkan tetamu anda terliur!

Eat Travel Fri, 17 May 2019

Cita rasa Mesir di Tut’s Egyptian Eatery bangkitkan selera

Nikmati bufet Ramadan serendah RM29.90!

Eat Travel Wed, 28 Nov 2018

Laura Medina Cafe, Port Makan Buat Kamu Yang Berbeza Selera!

Restoran ini menyajikan world menu di mana hidangan merangkumi sajian Barat, Korea dan tempatan.

Eat Travel Tue, 17 Jul 2018
Eat Travel Tue, 20 Aug 2019
Eat Travel Sat, 8 Sep 2018
Eat Travel Wed, 19 Dec 2018

Mee Besen Original Melaka, Makan Sampai Kenyang!

Khabarnya hidangan di sini semuanya sedap-sedap belaka!