Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida March 23, 2018 @ 10:49am

Gajet ‘Jemput’ Masalah Mental Pada Anak Kecil, Hati-Hati!

Kanak-kanak zaman sekarang, bila ‘buat hal’ di waktu kemuncak (memandu atau enggan masuk tidur), si ibu pula dah pening kepala tak nak buat apa, dihulur handphone lah jawabnya…

Tahukah korang, tabiat membiasakan kanak-kanak seawal satu hingga enam tahun bermain gajet tanpa kawalan boleh menyebabkan masalah mental dan ‘pseudo autism’.

Hal ini disahkan oleh Pakar pendidikan awal Kanak-kanak Dr Putri Afzan Maria Zulkifli.

“ Pseudo autism menyerupai autisme iaitu golongan kanak-kanak tidak mempunyai kemampuan atau kemahiran bersosial dan hidup dalam dunia sendiri yang boleh berlaku sekiranya mereka menghabiskan terlalu banyak masa secara rutin bermain gajet atau menonton televisyen.

“Usia satu hingga enam tahun adalah waktu kritikal dalam pembinaan neuron kanak-kanak, namun apabila kurangnya aktiviti fizikal dan interaksi, ia menggangu pertumbuhan otak mereka yang sepatutnya berkembang sehingga 90 peratus dalam tempoh berkenaan,” katanya.

 

Beliau berkata neuron yang tidak dikembangkan atau digunakan sepenuhnya ini akan mati, sekali gus mewujudkan pelbagai konflik pada kanak kanak terbabit.

Dr Putri Afzan Maria berkata konflik lain yang boleh berlaku ialah kegagalan kanak-kanak berfikir dengan waras, tiada daya pemikiran kreatif, tidak mampu berinteraksi dan bertutur dengan baik selain  perkembangan emosi serta intelek terbantut.

“Paling teruk ia akan menjerumuskan golongan kanak-kanak ini dalam satu situasi iaitu mereka tidak mampu mengawal perasaan atau tekanan yang dialami sehingga menyebakan kemurungan,” katanya.

Justeru itu, beliau menyarankan golongan ibu bapa supaya mengawal penggunaan gajet anak-anak mereka selain menjalankan aktiviti lain yang dirasakan bersesuaian dengan tahap umur bagi merangsang pembinaan neuron termasuk perkembangan emosi dan intelek.

“Ibu bapa masih boleh memberi anak-anak bermain gajet, namun cukup sekadar satu jam sehari bagi kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun, manakala maksimum dua jam sehari bagi yang berumur empat hingga tujuh tahun dengan syarat di bawah pengawasan penjaga,” katanya.

Jadi, bukan tak boleh beri gajet, tetapi biarlah dikawal dan dipantau. Jangan terlalu asyik sampai tak mahu bercampur dengan kawan-kawan sebaya…

 

Sumber: Bernama

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 30 Jan 2023

“Best Ke Mabuk-Mabuk? Bukan Dah Ikut Tabligh?” – Tular Video Berhibur Di Kelab Malam, Netizen Persoal MK K-Clique

Alamakkk, betul ke ni? Ada yang dakwa MK pergi kelab malam setiap hari?? 🥵

Featured Wed, 28 Dec 2022
Featured Mon, 22 May 2023

Kongsi Foto Berkemban, Individu Titip Komen Lucah Melampau? Ini Respons Padu Sharifah Sakinah!

Style masing-masing, kita doakan yang baik-baik je okay! ☘️

Trending Sat, 26 Jun 2021

Bunga Kembali Dengan Mereng

Penyanyi rap Bunga kini mengorak langkah dengan melancarkan solo terbarunya yang berjudul Mereng. Mereng merupakan hasil karya dari Bunga sendiri bersama John Jeevasingham, Karim Karam, Romal Melvyn dan Ezra Kong. Lagu yang membawa genre Hip […]

Featured Thu, 10 Nov 2022

[VIDEO] Kreatif! Netizen Terhibur Amyra Rosli Kembangkan Saiz Kasut Anak

Boleh cuba lah ek kalau beli kasut terkecil size

error: Content is protected !!