Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops November 6, 2018 @ 5:00pm

7 Bandar Ideal Untuk Pengembara Solo

Yang menarik tentang solo travelling adalah anda boleh pilih dan tentukan sendiri tempat yang anda nak lawati atau aktiviti yang anda nak buat.

Tapi pada masa yang sama, mestilah anda nak rasa selamat sepanjang percutian anda itu, kan?

Di bawah ini adalah sebuah senarai beberapa buah negara paling selamat di dunia yang pasti akan menepati citarasa dan memenuhi keperluan pelancong solo.

1. Hoi An, Vietnam

Foto; Efired/Shutterst

Apabila mengembara berseorangan, seseorang itu biasanya akan buat kawan baru dengan senang, dan Hoi An adalah bandar menarik untuk berbuat demikian.

Bandar tersebut menawarkan yang terbaik – pantai, mercu tanda bersejarah, hotel mewah dan banyak lagi. Dengan banyak perkara menarik nak dibuat dan ramai orang baru untuk dikenali, anda takkan rasa bosan.

2. Auckland, New Zealand

Foto: Backpacker Guide NZ

Bandar terbesar di New Zealand ini dikenali sebagai salah sebuah negara yang paling “friendly” di dunia, menurut bancian oleh Condé Nast Traveler. Jadi pelancong solo yang datang takkan rasa homesick sangat. Dengan pelbagai tarikan untuk diterokai, Auckland adalah satu tempat syok untuk dilawati dengan sendiri.

3. Vienna, Austria

Foto: Hand Luggage Only

Salah sebuah bandar terbaik dan tercantik di Eropah, Vienna ada macam-macam untuk ditawarkan, anda takkan rasa bosan. Anda boleh pilih untuk mengikuti tour muzium, menerokai St. Stephen Cathedral yang bersejarah, menaiki kapal cruise di Danube ataupun melawati St. Anton, yang terkenal sebagai pekan ski di Eropah.

4. Napa, California

Foto: Trips To Discover

Walaupun ramai yang menganggap Napa adalah destinasi romantik untuk pasangan cinta, ia juga merupakan tempat menarik untuk solo traveller. Anda boleh lari daripada kesibukan kota dengan menikmati pemandangan di ladang-ladang anggurnya yang gorgeous.

5. Lahaina, Hawaii

Foto: TrekEarth

Negeri Amerika ini dianggap sebagai tempat selamat untuk dilawati, kerana ia bukan saja ada pantai-pantai yang cantik dan aman, tetapi ada juga resort yang hanya dibuka untuk orang dewasa supaya anda boleh relaks sepuas-puasnya. Pelancong solo juga boleh mengambil peluang ini untuk belajar surfing dan menaiki kayak.

6. Sydney, Australia

Foto: Culture Trip

Mercu tanda bersejarah, tempat-tempat dengan pemandangan indah, pantai-pantai, taman botani… ada pelbagai sebab anda perlu kunjungi Sydney. Satu sebab lagi adalah ia juga cukup selamat untuk dilawati secara berseorangan. Cuacanya sederhana, restorannya best-best belaka dan nightlife di sini juga seronok untuk pelancong solo.

7. Singapura

Foto: TheSmartLocal

Memandangkan Singapura adalah salah sebuah bandar paling selamat di dunia, ia juga perfect untuk trip solo. Orang tempatannya sangat ramah, jadi anda boleh jalan-jalan di Chinatown, habiskan masa di Taman Burung Jurong, shopping di Orchard Road atau lepak di Clarke Quay.

Sumber: Reader’s Digest

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Jun 2023
Featured Fri, 16 Mar 2018

Lexis Hibiscus Port Dickson, Hotel Mewah Yang Wajib Anda Kunjungi!

Bagi anda yang sedang merancang untuk bercuti bersama keluarga tetapi tidak tahu hendak pergi mana, Lexis Hibiscus Port Dickson antara salah satu destinasi yang boleh anda kunjungi!

Featured Mon, 31 May 2021

Orang Ramai Tidak Boleh Pilih Jenis Vaksin -Khairy Jamaluddin

Bagi mempercepatkan proses pemberian vaksin, Kerajaan memutuskan untuk tidak membenarkan orang ramai memilih jenis vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata sebelum ini kerajaan bercadang untuk memberikan kebebasakan kepada orang […]

Featured Wed, 12 Nov 2025

Kamal Adli Curi Perhatian, Kongsi Momen Bersama Uqasha Senrose & Anak 

Uqasha & Kamal kelihatan tenang dan bahagia ketika meluangkan masa bersama anak mereka.

Featured Sat, 16 Apr 2022
Featured Mon, 5 Aug 2024

Konsert Sulung Dolla Re:Birth The Experience Berjaya Pukau Ribuan Peminat

Memang satu konsert yang mantap dari Dolla! Fly high Dolla

Eat Travel Tue, 31 Mar 2020

Cara buat roti jala corak segi empat

Resipi mudah Mariana Zainal

error: Content is protected !!