Euforia Bola 2026
Eat Travel By: tex_admin November 6, 2018 @ 9:30am

8 Jenis Makanan Kaum India Sempena Perayaan Deepavali

Setiap perayaan di Malaysia mempunyai keunikan yang tersendiri kerana negara kita mempunyai pelbagai resam dan kepercayaan dalam sesebuah perayaan. Deepavali adalah antara perayaan kaum India yang diraikan setiap tahun.

Kalau anda nak tahu, mengikut kepercayaan penganut Hindu, Deepavali dirayakan sebagai tanda kemenangan kaum tersebut atas kematian seorang raja yang disifatkan seorang yang jahat dan sering menindas rakyat pada suatu ketika dahulu. 

Tak meriahlah sesebuah perayaan kalau tidak dihidangkan dengan aneka hidangan yang enak-enak bukan? Setiap hidangan tersebut juga memiliki identiti kaum itu sendiri. Begitu juga dengan perayaan Deepavali memang banyak juadah yang ‘wajib’ dihidangkan dan dinikmati bersama keluarga mahupun jiran tetangga.

Penulis senaraikan 5 jenis makanan wajib yang perlu ada ketika sambutan perayaan Deepavali. Jom, semak!

1. Thosai

Foto: Carnival Munchies

Anda pernah makan thosai? Menu ini antara menu utama yang perlu ada ketika perayaan Deepavali pada setiap rumah kaum India. Ianya sedap dimakan bersama kuah yang digelar ‘sandhini’.

2. Idhili

Foto: Marketstreat.com

Idhili juga merupakan makanan sampingan dalam menu hidangan kaum India ketika perayaan Deepavali. Biasannya, hidangan idhili dimakan bersama kuah ‘sandhini’ atau kari ayam, kari dal dan sebagainya.

3. Muruku

Foto: Smasanews.com

Muruku bukan saja menjadi makanan kegemaran kaum India, malah kaum-kaum lain di Malaysia juga turut menggemarinya. Rasanya yang lemak dan sangat rangup memang sedap dimakan bersama seisi keluarga.

4. Kuih Rawa Urundai

Foto: Kamala’s Corner

Kaum India sememangnya sangat terkenal dengan hidangan jenis ‘manisan’. Kiranya, kalau tak ada manisan tak meriah sambut perayaan Deepavali! Tapi, bagi kuih rawa urundai ini, ia merupakan manisan yang agak kurang manis. Ramuan kuih ini menggunakan tepung sugi, gula, garam, buah kismis, buah pelaga dan minyak sapi.

5. Kuih Nei Urundai

Foto: Prema’s Culinary

Kuih nei urundai ini merupakan kuih yang manis. Rupanya sama seperti kuih rawa urundai. Tetapi, kuih ini lebih manis, sangat lembut dan mudah rapuh bila dipegang. Ramuan kuih ini adalah menggunakan tepung kacang hijau, gula, garam, buah pelaga, kismis dan minyak sapi.

6. Kuih Jalebi

Foto: Recipes.timesofindia.com

Rupa kuih ini seperti muruku dan ia merupakan jenis kuih yang sangat manis.

7. Kuih Ladhu

Foto: Resep dan Masakan

Kuih jenis ini juga rasanya manis. Ramuan untuk kuih ini adalah tepung kuda, buah ceri, buah gajus, kismis, pewarna, gula, garam dan minyak sapi. 

8. Kuih Athirasam

Foto: Sandhiya’s Cookbook

Bentuk kuih ini sama seperti donat. Ramuan untuk kuih ini adalah tepung beras, gula merah, buah pelaga, garam, kelapa parut dan minyak masak. 

Sedap-sedap kan makanan kaum India ini? Penulis dah pernah rasa semua jenis makanan ini, anda pula bagaimana?

Di kesempatan ini, Hijab & Heels ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua yang menyambutnya. Inilah masanya anda boleh menziarahi rumah terbuka yang diadakan dan merasai segala makanan kaum India yang penulis senaraikan di atas. Happy Diwali!

Sumber: Blogspot

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Anugerah Mon, 24 Jul 2023

Isu Usap ‘Baby Bump’ Isteri Di ABPBH 35, Ini Respons Beto Kusyairy

Takpe Beto, belum rezeki. Moga Allah perkenankan doa-doa ini nanti🥰🥰🥰

Featured Tue, 13 Feb 2024

Naim Daniel Nafi Anti Golongan Agamawan, Perjelas Ciapan Tular Hanya Sekadar Luahan Perasaan

“Bukan semua khilaf boleh ditutup dengan berpenampilan suci” – Naim Daniel

Featured Wed, 18 Mar 2020

COVID-19: Tangguh dulu kenduri kahwin, patuhi arahan jika mahu selamat

JAIS sedia tatacara pelaksanaan majlis nikah

Featured Tue, 19 Jul 2022

“Saya Tak Perlukan Harta Benda, Cukup Bagi Perhatian” – Nadya Syahera Akui Rumah Tangga Bergolak Gara-Gara…

Luahan hati seorang isteri 🥲 Apapun, min doakan semoga hubuangan Nadya dan suami akan bertambah baik ❤️

Featured Wed, 8 Jan 2025
Featured Mon, 20 Mar 2023
Featured Thu, 21 Aug 2025

“Moga Pembuli Buka Mulut, Haunt Them Zara!”- Azhar Sulaiman

Azhar Sulaiman, 54, meluahkan rasa penat untuk mengulas isu buli yang sedang tular.

error: Content is protected !!