Euforia Bola 2026
Sihat By: Yanie Baharom November 10, 2018 @ 5:00pm

Kenali Sentuhan Baik Dan Tidak Baik Bagi Memastikan Kesihatan Mental Bebas Trauma!

Jika seorang kanak-kanak-kanak berasa gembira, selamat, disayangi dan dilindungi saat disentuh mahupun dipeluk, itu bererti individu yang menyentuh dan mendakap mereka telah melakukan sentuhan yang baik.

Namun sekiranya kanak-kanak berasa tidak selesa, terancam dan mengalami perasaan buruk di dalam hati seperti sedih, malu dan takut, kemurungan sehingga menjejaskan kesihatan mental mereka, itu bermakna anak anda berkemungkinan mangsa sentuhan tidak baik juga dikenali sebagi sentuhan tidak selamat.

Perhatian kepada ibu bapa, anda perlu perhalusi soal sentuhan baik dan tidak baik ini. Barangkali ia berlaku dalam rumah anda sendiri atau saat anak anda ditinggalkan bersama pengasuh, di taska mahupun bersama ahli keluarga yang lain.

Foto: myhealth.gov

Fahami bahagian mana yang boleh disentuh dan siapa yang boleh menyentuhnya?

Seorang kanak-kanak seawal usia 2 tahun boleh menamakan bahagian-bahagian tertentu badan mereka.

Pada umur 4 atau 5 tahun kanak-kanak boleh menamakan bahagian badan mereka dan sedar akan badan mereka serta fungsinya. Pada umur ini juga mereka akan belajar bahawa bahagian-bahagian tertentu badan mereka adalah sulit atau rahsia.

Oleh itu, mereka harus diajar bahawa badan mereka adalah hak mereka sendiri dan dimiliki oleh mereka. Kanak-kanak harus tahu bahawa tiada siapa yang boleh menyentuh badan mereka tanpa kebenaran mereka dan mereka boleh menolak untuk disentuh.

Terdapat bahagian–bahagian badan anda yang sulit dan peribadi kepada anda. Seorang kanak-kanak mesti diajar tentang bahagian-bahagian ini.

Terdapat 4 zon dianggap sulit dan peribadi iaitu mulut, dada, kawasan di antara paha (kemaluan) dan punggung. Kawasan sulit ini hanya boleh disentuh oleh diri sendiri atau oleh ibu bapa anda. Ibu atau bapa anda akan menyentuh anda apabila mereka mandikan anda. Doktor anda akan menyentuh anda semasa pemeriksaan fizikal di hadapan ibu bapa anda.

Kaedah lain ialah mengajar kanak-kanak peraturan seluar dalam: Seorang kanak-kanak tidak boleh disentuh oleh orang lain pada bahagian badan yang ditutup oleh pakaian dalam mereka. Mereka juga tidak boleh menyentuh orang lain di bahagian badan ini juga.

Foto: myhealth.gov

Jika seseorang menyentuh anda, apa yang perlu dilakukan?

1. Jerit “JANGAN” atau teriak sekuat hati untuk pertolongan

2. Lari secepat mungkin ke tempat selamat atau tempat yang ada orang

3. Beritahu seseorang yang anda percayai seperti ibu, bapa, nenek, datuk, cikgu dan sebagainya. Teruskan memberitahu mereka sehingga mereka mempercayai anda dan mengambil tindakan sewajarnya

Situasi-situasi yang anda perlu beritahu ibu bapa atau seseorang yang anda percayai:

1. Apabila seseorang menyentuh atau melihat bahagian sulit atau peribadi anda.

2. Apabila seseorang menunjukkan bahagian sulit atau peribadi mereka kepada anda.

3. Apabila seseorang meminta anda menanggalkan pakaian anda.

4. Apabila seseorang mengambil gambar anda tidak berpakaian.

5. Apabila seseorang menunjukkan gambar atau video orang tidak berpakaian kepada anda.

6. Apabila seseorang menyentuh atau mencium bahagian sulit anda.

Ibu bapa boleh membantu memperkasakan anak-anak mereka dengan:

1. Berbincang dengan anak-anak mengenai sentuhan baik dan sentuhan tidak baik. Jika anak anda ingin berbual mengenai sentuhan, jangan abaikan atau tidak hiraukan mereka. Ambil peluang ini untuk mengajar mereka tentang badan mereka dan gunakan bahasa dan istilah yang sesuai apabila mengajar mereka tentang bahagian badan mereka.

2. Jangan memaksa atau menekan anak-anak untuk bermesra sewenang-wenangnya walaupun dengan sanak saudara. Ini adalah kerana terdapat kes penderaaan yang melibatkan ahli keluarga terdekat atau saudara mara.

3. Mengajar dan memberitahu anak-anak untuk meluahkan perasaan tidak selesa dengan menggunakan kata-kata. Sesetengah kanak-kanak mempunyai masalah untuk mengenalpasti atau menyatakan emosi mereka, sebaliknya mereka akan menangis, menjerit atau membaling barang untuk meluahkan emosi mereka.

4. Berlatih main peranan: Berlatih apa yang harus mereka katakan (Jangan! Saya tidak suka itu. Hentikan!) dan beritahu (orang dewasa yang mereka percayai) jika mereka pernah diminta untuk menunjukkan atau disentuh di bahagian sulit mereka.

5. Percayalah anak-anak anda.

6. Sentiasa beritahu anak anda yang anda sayang mereka dan jika berlaku apa-apa jangan salahkan anak anda. Sebaliknya, yakinkan anak anda yang mereka masih disayangi dan elakkan bercakap mengenai kejadian itu sepanjang masa.

Peraturan Sentuhan Untuk Diingati:

1. Tiada sesiapa yang patut menyentuh bahagian sulit atau rahsia anda tanpa kebenaran anda.

2. Jangan sesekali bersetuju untuk menyimpan rahsia sentuhan tidak baik.

3. Beritahu seseorang yang anda percayai dan teruskan memberitahu sehingga anda dapat bantuan dengan masalah tersebut.

Sumber: Myhealth

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Semarak Mon, 4 Jun 2018

Ini Makanan Yang Perlu Anda Elakkan Ketika Berbuka Puasa

Anda kena tahu makanan apa yang anda tak patut makan supaya kesihatan anda terjaga.

Featured Wed, 20 May 2020

Kes baharu COVID-19 kembali dikesan di Kelantan, Terengganu dan Kedah

Negeri Zon Hijau terkesan akibat rentas negeri

Sihat Mon, 16 Jul 2018

Suka Berselfie, Anda Mungkin Pengidap Sakit Mental. Hah Betul Ke?

Pakar psikiatri dari seluruh dunia mengklasifikasikan swafoto sebagai satu ‘mental disorder’ terutamanya yang mendatangkan kemudaratan.

Featured Tue, 17 Jul 2018

Tak Suka Makan Durian? Anda Mungkin Ubah Fikiran Selepas Ketahui Khasiat Raja Buah Ini

Anda boleh mula ‘jinak-jinakkan’ diri dengan meminati dan makan buah durian selepas membaca manfaatnya.

Featured Mon, 2 Dec 2019
Sihat Mon, 29 Jul 2019
Featured Mon, 4 May 2020
Sihat Fri, 15 Mar 2019
Sihat Wed, 14 Nov 2018

Anda Suka Korek Hidung? Ketahui Kenapa Tabiat Ini Boleh Membahayakan Kesihatan

Kalau tak berhati-hati, tabiat ini boleh membawa padah.

Sihat Thu, 27 Sep 2018

Doktor Ini Jelaskan Esen Vanila Bukan Penawar Sakit Gigi! Hati-Hati Dengan Petua Di Internet

Esen vanila hanya kebaskan saraf saja, tapi ia tetap memudaratkan!

error: Content is protected !!