Euforia Bola 2026
Sihat By: Ad Ops July 29, 2019 @ 3:00pm

Cara moden dan tradisional merawat kayap

Kayap atau dalam istilah perubatannya herpes zoster merupakan penyakit kulit dan saraf yang berpunca daripada  jangkitan virus varicella zoster. Penyakit kayap lazimnya melibatkan dua bahagian iaitu dada dan muka.

Menurut portal kesihatan MyHealth, antara simptom awal penyakit kayap ialah demam, keletihan, sakit kepala serta rasa sakit, kebas dan panas pada bahagian urat saraf yang terlibat.

cara rawat kayap

Gelembung kecil muncul pada kulitantara gejala awal anda mungkin dijangkiti kayap. Foto: Health Central

Laman web rasmi KPJ Ampang Puteri pula melaporkan bintik merah kemudian akan muncul dan mula berubah menjadi gelembung kecil berisi cecair di atas permukaan kulit yang kemerahan. Gelembung-gelembung itu akan menjadi kering beberapa hari kemudian dan ditutupi dengan selaput kering berwarna hitam.

Tidak dinafikan suatu ketika dulu, penyakit ini amat digeruni masyarakat Melayu kerana wujud kepercayaan kononnya kayap boleh menyebabkan kematian jika ruam kayap meliliti sekeliling tubuh atau bertemu pada bahagian tengah badan.

cara rawat kayap

Gelembung kecil boleh pecah dan mengeluarkan cecair yang sedikit berbau. Foto: Diari Mama

Kepercayaan itu tidak lagi boleh diguna pakai pada zaman moden hari ini, kerana hasil kajian perubatan mendapati penyakit kayap boleh sembuh sepenuhnya dan proses penyembuhan akan menjadi lebih cepat jika anda mendapat rawatan awal yang betul.

Antara rawatan yang biasa digunakan adalah menggunakan ubat tahan sakit, krim sapu, ubat antivirus seperti acyclovir, valacyclovir dan famciclovir, serta antibiotik untuk merawat sebarang jangkitan bakteria yang terkena di sekitar kawasan luka kayap.

Selain rawatan moden, kaedah rawatan semula jadi juga turut diamalkan untuk membantu mengurangkan penyakit kayap. Berikut merupakan antara petua alami untuk merawat dan menghilangkan kayap yang dikongsi oleh laman web Semuanya JDT.

1. Daun delima + bedak sejuk (Kayap setompok)

cara rawat kayap

Foto: Bobpolomski.com

Daun delima ditumbuk lumat dan dicampur dengan bedak sejuk tanpa pewangi. Campuran itu kemudian diletakkan di atas kayap dan insya-Allah, kayap akan kering dalam masa tiga hari.

2. Daun cili + kapur makan

Tumbuk atau ramas daun lada serta campurkan dengan sedikit kapur makan. Sapukan pada bahagian yang terkena kayap sebanyak dua kali sehari. Insya-Allah, kayap akan pudar dan pulih dalam masa beberapa hari.

3. Garam bukit

cara rawat kayap

Foto: Green Valley Spices

Ambil sedikit garam bukit dan campurkan dengan sedikit air. Biar garam bukitseparuh larut dan sapukan pada kawasan kayap. Amalkan dua kali sehari pada sebelah pagi dan malam.

Anda juga boleh mengambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air. Kacau sehingga larut sambil berselawat dan kemudian minum.

4. Daun pokok duit-duit

cara rawat kayap

Foto: Anizyn

Tumbuk hancur daun pokok duit-duit. Kemudian ambil daun serta air perahannya dan tekap pada kayap. Biarkan dibengkung semalaman.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Thu, 13 Dec 2018
Sihat Tue, 19 Mar 2019

Anak anda tergaru-garu? Ketahui jika bayi anda mengalami jangkitan telinga

Simptomnya sukar dikenal pasti kerana menyamai demam biasa atau selesema.

Sihat Thu, 12 Jul 2018

Anda Lambat Hamil? 4 Faktor Ini Adalah Penyebabnya

Perlu tahu faktor ini yang menyebabkan anda lambat hamil!

Featured Tue, 18 Sep 2018

Doktor Ini Dedahkan Amalan Diet Rendah Karbohidrat Boleh Tingkatkan Risiko Kematian!

Risiko kadar kematian lebih tinggi ke atas penghidap sakit jantung koronari, angin ahmar dan kanser yang mengamalkan diet ini!

Sihat Mon, 30 Jul 2018

Ibu Ini Guna 100% Rawatan Tradisional Rawat Anak Hidap Penyakit HFMD. Memang Berkesan!

Guna daun mambu, besak sejuk dan serbuk kunyit untuk rawat ruam penyakit HFMD.

Sihat Thu, 30 Aug 2018

Adakah Ibu Bapa Anda Menunjukkan Kesukaran Untuk Menahan Kencing? Inilah Apa Yang Anda Perlu Tahu

TENA lancarkan kempen kesedaran supaya anak-anak warga tua lebih prihatin terhadap kesihatan ibu bapa mereka.

Sihat Tue, 24 Jul 2018

4 Punca Tahi Telinga Mengeras Yang Wajib Anda Tahu

Kalau nak membersihkan tahi telinga, tidak perlu mengoreknya menggunakan cotton bud!

Featured Sat, 28 Mar 2020

Kes penularan wabak COVID-19 di AS atasi China dan Itali

Jumlah jangkitan semakin membimbangkan

Featured Sat, 18 Apr 2020

Jangan berpuas hati meskipun jumlah jangkitan baharu menurun

Seorang pesakit mampu jadi punca ratusan jangkitan

Sihat Mon, 17 Sep 2018

Untut Bukan Penyakit Keturunan Akan Tetapi Berpunca Daripada Kerosakan Saluran Limpa

Kerosakan saluran limpa atau tidak mampu berfungsi secara normal boleh menyebabkan untut.

error: Content is protected !!