Euforia Bola 2026
Sihat By: tex_admin July 12, 2018 @ 3:00pm

Anda Lambat Hamil? 4 Faktor Ini Adalah Penyebabnya

“Eh, dah kawin 3 tahun masih tak dapat anak lagi?”

“Bila awak nak mengandung ni?”

“Orang lain semua dah beranak-pinak, awak tu sorang anak pun takde lagi!”

Fuh! Memang itulah antara soalan-soalan yang menusuk ke kalbu ditujukan pada mereka yang masih belum mempunyai rezeki untuk hamil. Lagi-lagi bila pulang ke kampung, pasti ada sahaja soalan-soalan daripada saudara mara kita kan? Kadang-kadang rasa nak marah pun ada juga!

Tapi, pernahkah anda terfikir kenapa anda lambat hamil? Adakah anda tidak subur? Ataupun pasangan anda? Jom kita ketahui antara faktor-faktor yang menyebabkan lambat hamil.

Foto: Medium

1. Mementingkan perancangan keluarga

Mungkin ada dalam kalangan anda yang menangguhkan untuk hamil kerana memikirkan soal kerjaya. Ya, kerjaya lebih penting berbanding keluarga! Tapi, tahukah anda bahawa, apabila umur dah jejak 30-40 tahun ia akan menyukarkan anda untuk mengandung.

Menurut Mousa Shamonki, Pengarah Pakar Kesuburan di University of California, semakin tua usia seseorang wanita, maka jumlah sel telurnya juga akan berkurangan dan terjadi penurunan seks. Tubuh wanita juga tidak mudah untuk hamil seperti mereka berada pada usia 20-an.

2. Jumlah sperma yang sedikit

Untuk pengetahuan anda, kesuburan tidak bergantung pada wanita saja, tetapi juga pada sperma lelaki. Jumlah sperma yang rendah atau kurang daripada 20 juta sperma per mililiter air mani sangat kurang untuk menyuburkan sel telur. Sekurang-krangnya sebanyak 39 juta sperma untuk ejakulasi normal. Rujuklah kepada pihak yang lebih pakar untuk mengetahui tahap kesuburan anda dan suami.

3. Telur tidak matang

Gangguan pada telur akan menyebabkan telur menjadi tidak matang. Sebenarnya, keseimbangan hormon amat penting untuk memudahkan anda untuk hamil. 

Hormon yang tidak seimbang akan menyebabkan seseorang wanita menghadapi masalah telur tidak matang, gangguan dalam proses ovulasi dan gangguan proses luteinisation (proses folikel membentuk corpus luteum). 

4. Tiub Fallopian yang tersumbat

Tiup fallopian yang separuh tersumbat atau sepenuhnya tersumbat juga antara salah satu faktor anda lambat hamil. Kebiasaannya tiup fallopian ini telah rosak kerana dijangkiti kuman.

Sebaiknya, anda dapatkan nasihat doktor berkaitan masalah ini ataupun melakukan ujian HSG (Hysterosalpingogram) untuk mengenal pasti puncanya. Lakukanlah ujian hormon untuk mengenalpasti masalah ini.

Apa pun, keraplah berjumpa dengan doktor yang lebih pakar untuk mendapatkan nasihat serta mengenalpasti punca-punca utama anda lambat hamil. Janganlah mudah berputus asa, sentiasalah berusaha untuk mendapatkan zuriat. 

Semoga bermanfaat!

Sumber: WOM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Fri, 1 Feb 2019

Cara terbaik untuk mengelakkan parut terbentuk pada kulit anda

Sebelum terbentuk, amalkan teknik penjagaan kulit yang betul.

Featured Wed, 20 May 2020

Kes baharu COVID-19 kembali dikesan di Kelantan, Terengganu dan Kedah

Negeri Zon Hijau terkesan akibat rentas negeri

Featured Fri, 28 Sep 2018

Tidur Pakai Stokin Tabiat Terbaik Untuk Menjaga Kesihatan!

Pemakaian stokin boleh membantu untuk tidur lebih cepat.

Sihat Fri, 28 Sep 2018

5 Petanda Period Anda Tak Normal & Kenapa Anda Perlu Rujuk Doktor

Kena ambil tahu; ia mungkin petanda untuk penyakit yang lebih serius.

Featured Tue, 4 Feb 2020
Acara Wed, 16 Oct 2019

Ayam Brand perkenal santan Super Light, 75 peratus kurang lemak!

Kerja memasak jadi lebih mudah dan sihat!

Featured Sat, 16 May 2020
Featured Tue, 19 Jun 2018

Awas Pencinta Kucing, Bulu Kucing Boleh Menjejaskan Kesihatan Anda!

Jaga-jaga dengan bulu kucing, ia bahaya untuk kesihatan anda!

Sihat Wed, 24 Jul 2019

Darah nifas tidak normal, apakah simptomnya?

Jika kritikal, wanita mungkin terpaksa membuang rahim!

error: Content is protected !!