Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom May 16, 2020 @ 1:01pm

Kalau tonton video ini, pasti ramai kecut perut berkumpul dan ingkar PKP

Saban hari, laporan mengenai jumlah kumulatif kes jangkitan, kesembuhan dan kematian COVID-19, dilaporkan secara komprehensif oleh figura kesayangan ramai, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beratus kali juga pesanan dititipkan kepada seluruh rakyat Malaysia agar kekal di rumah, amalkan penjarakan sosial termasuk menjaga kebersihan.

Yang mana faham bahasa, mereka memandang serius setiap informasi yang diberikan. Sementara yang kurang sensitif, seperti biasa selamba sahaja ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekali gus membenarkan wabak koronavirus ini terus bermaharajalela.

Memandangkan virus ini bersifat mikroorganisma yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, ramai orang endah tak endah, walhal penularan wabak bukan sahaja mengancam nyawa mereka bahkan mungkin ramai lagi yang akan terkesan.

Justeru itu, satu eksperimen yang dijalankan di Jepun menyaksikan betapa cepatnya COVID-19 boleh merebak di dalam restoran dan ruang komunal lain. Eksperimen ‘black light’ itu menggunakan cat pendarfluor sebagai virus tiruan untuk ‘menjangkiti’ pengunjung.

Eksperimen yang dijalankan oleh saluran TV NHK itu menggunakan cat untuk mewakili virus bagi memaparkan betapa mudahnya jangkitan boleh merebak melalui kemudahan yang digunakan oleh ramai orang.

Seorang daripada 10 pengunjung dipilih untuk ‘dijangkiti’ dan disapu cat pendarfluor pada telapak tangannya.

Rakaman video dari NHK juga menunjukkan semua pengunjung menikmati buffet sebelum lampu biru dihidupkan dan mendedahkan sejauh mana ‘virus’ tersebut telah tersebar.

Cat di telapak tangan tadi tersebar pada tangan orang lain dan pinggan mangkuk di seluruh ruangan. Ia membuktikan seberapa cepat dan mudah virus berpindah kepada setiap orang, walhal lelaki yang ‘dijangkiti’ itu hanya berada setempat dan tidak bergerak kemana-mana.

Individu lain yang berada di dalam restoran itu juga kelihatan terkejut apabila lampu biru berkenaan mula dinyalakan dan menyedari bahawa cat telah merebak ke tangan dan pinggan mereka tanpa disedari.

Lelaki yang ‘dijangkiti’ mempunyai cat pada baju dan sekitar mulutnya. Ini menunjukkan kepentingan membasuh tangan ketika wabak COVID-19.

‘Virus’ berkenaan juga merebak melalui alatan komunal termasuk penutup bekas yang menyimpan makanan, tong yang memisahkan makanan dan pemegang bekas minuman.

Ini baru cat, belum lagi koronavirus. Oleh itu, bayangkan betapa berisikonya anda dijangkiti COVID-19 jika berada di luar dan tidak mengamalkan penjarakan sosial!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 5 Jan 2023

Nyanyi Di Pusat Karaoke, Netizen Terkejut Kelunakan Suara Lufya – “Tak Sangka Boleh Nyanyi Ingat Pandai Berlakon Je”

Mungkin ramai dalam kalangan peminat generasi kini lebih mengenali Lufya Omar sebagai seorang pelakon. Mereka yang mengikuti perkembangan karier wanita ini sejak awal kemunculan pula pastinya mengetahui bakat seni Lufya mula dicungkil menerusi program realiti […]

Featured Fri, 19 Aug 2022
Featured Mon, 11 Aug 2025
Eat Travel Mon, 3 Jun 2019
Featured Fri, 13 Apr 2018

Intip Telefon Suami Boleh Kena Denda Setengah Juta. Biar Betul?

Mungkin ada segelintir dalam kalangan anda yang ‘mengintip’ telefon bimbit pasangan. Yela, mana tahu ada menyimpan kekasih gelap dalam diam ke?

Featured Thu, 11 Feb 2021
Featured Sat, 28 Feb 2026

“Hidup Untuk Curang!” – Tom Tampil Sinis, Luah Rasa Dipandang Serong

Penyanyi Tom meluahkan rasa kesal terhadap persepsi segelintir masyarakat yang terus menerus melabel dirinya dengan imej negatif.

error: Content is protected !!