Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin September 18, 2018 @ 2:00pm

Doktor Ini Dedahkan Amalan Diet Rendah Karbohidrat Boleh Tingkatkan Risiko Kematian!

Setiap wanita mengimpikan bentuk badan yang langsing dan menawan. Tapi, tidak semua daripada mereka dapat memilikinya, ada yang semula jadi bentuk badannya berisi, ada juga wanita yang mengalami berat badan yang berlebihan selepas melahirkan anak. 

Apabila wanita merasakan badannya chubby, maka bermulalah episod berdiet! Kalau cerita bab diet, kita semua sudah tahu memang banyak jenis diet yang boleh anda amalkan. Antara diet yang yang popular adalah jenis diet rendah karbohidrat seperti diet Atkins, diet Kategonik dan sebagainya.

Ya, kita semua tahu bahawa jenis diet rendah karbohidrat memang cepat menurunkan berat badan. Tapi, kalau anda nak tahu, diet jenis ini adalah tidak selamat sekaligus meningkatkan risiko kematian! 

Perkara ini telah didedahkan oleh Dato Dr. Rushdan Noor, Pakar Perunding Ginekologi Onkologi, menerusi kajian yang diperolehi daripada Medical University of Lodz.

Foto: Diet Doctor

Menurut kajian tersebut, individu yang mengamalkan diet rendah karbohidrat mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami kematian pramatang (premature death). Selain itu, risiko kadar kematian juga lebih tinggi ke atas penghidap sakit jantung koronari (51%), angin ahmar (50%) dan kanser (35%). Untuk pengetahuan anda, hasil kajian ini baru saja dibentangkan semasa Kongres ESC 2018 pada 28 Ogos yang lalu.

Selain itu, satu meta-analisis yang lebih besar ke atas 7 kajian prospektif cohort yang melibatkan hampir 45 ribu orang peserta mendapati berlakunya peningkatan risiko kadar kematian iaitu 15% bagi keseluruhan penyakit, 13% bagi penyakit jantung dan 8% bagi penyakit kanser oleh individu yang mengamalkan diet rendah karbohidrat.

Foto: Researched Supplements

Kesimpulannya, menurut pandangan oleh Ahli Sains Perubatan, diet rendah karbohidrat ini lebih baik dielakkan. Bagi pesakit kanser, dinasihati supaya tidak mengamalkan diet katogenik ataupun mengamalkan pengambilan gula atau karbohidrat yang terlalu rendah bersama diet tinggi lemak dan protein.

Ini kerana, tiada bukti saintifik yang mengesahkan ianya dapat membantu ianya dapat membantu pesakit kanser sama ada mencegah ataupun merawat penyakit mereka. 

Apa pun, sebelum mengamalkan sesuatu diet, berbincang dan dapatkan nasihat daripada pakar pemakanan serta doktor yang berkelayakan. 

Semoga bermanfaat!

Sumber: Mingguan Wanita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 16 Nov 2018
Featured Thu, 9 Jan 2025

Manis Berhijab, Fasha Sandha Mohon Doakan Yang Terbaik – “Saya Belum Cukup Bagus Untuk Cakap Bab Keagamaan”

“Pada saya, banyak lagi kelemahan yang harus saya perbaiki’ – Fasha Sandha

Featured Fri, 9 Feb 2024
Featured Thu, 9 Apr 2026

Kongsi Pantun ‘Deep’, Jefri Nichol Anggap Fedtri Yahya Kelakar – “Tak Nak Kerja Lah Esok”

Nichol menyifatkan pantun yang dihasilkan oleh pengacara program, Malaysia Hari Ini itu sebagai menghiburkan dan mencuit hati.

Featured Thu, 12 Jun 2025

Kes Saman Fitnah Babitkan Zarina Anjoulie & Fara Mendoza, Mahkamah Keluar Perintah Larangan Bersuara

Mahkamah memerintahkan gag order untuk kedua-dua selebriti berkenaan.

Featured Mon, 12 Jun 2023
Featured Fri, 30 Sep 2022

[VIDEO] “Dia Rajin Mandi Awal Pagi…” – Netizen Dedah Rahsia Awet Muda Nasha Aziz

Betul ke petua tu? Boleh cuba kalau nak cantik macam Nasha Aziz 😍

Featured Tue, 26 Apr 2022
error: Content is protected !!