Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom November 13, 2018 @ 4:00pm

Darah Haid Berkurangan Dan Sikit Bukan Bererti Menopause, 8 Perkara Ini Mungkin Puncanya!

Tuhan menjadikan wanita dengan satu kemampuan fizikal yang cukup istimewa bersesuaian dengan fitrahnya, boleh mengandung, melahirkan zuriat dan datang haid.

Setiap wanita juga melalui proses ini dengan tahap yang berbeza-beza.

Bercakap mengenai menstruasi yang juga dikenali sebagai haid atau datang bulan, ia adalah perubahan fisiologi dalam tubuh seorang wanita yang terjadi secara berkala dan dipengaruhi oleh hormon.

Menstruasi yang berlaku setiap bulan juga memberikan pengalaman yang berbeza-beza kepada wanita. Sesetengahnya mengalami heavy period (haid yang banyak) dan segelintir pula berdepan dengan datang bulan yang tidak konsisten.

Darah haid berkurang salah satu permasalahan yang biasa dialami wanita. Mungkin keadaan ini buat anda berasa lebih selesa, akan tetapi ia juga tanda-tanda ada sesuatu yang tidak kena berlaku pada hormon anda.

Foto: Woman Stomach Ache

8 sebab kenapa darah haid sedikit

Untuk pengetahuan anda, terma saintifik untuk pendarahan kurang adalah hypomenorrhea. Kebanyakan orang akan menghasilkan antara 30ml ke 50ml darah haid.

Tapi wanita dengan hypomenorrhea akan menghasilkan darah kurang daripada 30ml.

Lina Akopians, pakar endokrinologi reproduktif berkata, darah haid yang tiba-tiba menjadi sedikit boleh disebabkan oleh isu hormon atau sesuatu berlaku pada organ dalam badan anda.

Di bawah ini, 8 sebab yang boleh menjelaskan situasi kenapa darah haid sedikit.

1. Mengandung

Walaupun ramai wanita berhenti haid apabila mereka mengandung, ada beberapa wanita yang terus mengalami pendarahan.

Darah haid sedikit atau tompokan darah (spotting) mungkin menunjukkan anda mengalami kehamilan ektopik (kehamilan luar rahim) yang boleh menjadi bahaya.

Jika anda ragu-ragu, buat ujian kehamilan.

2. Berat badan bertambah atau berkurang

Kimia tubuh badan sangat halus, jadi bila berat badan anda bertambah atau berkurang, ia akan bertindak balas. Salah satu caranya adalah anda mungkin tak datang haid atau darah anda akan menjadi sikit.

Walaupun ini mungkin kelihatan seperti sesuatu yang positif, badan anda memerlukan keseimbangan antara protein, karbohidrat, lemak dan vitamin untuk terus berfungsi secara normal.

3. Stres

Jika anda mengalami tekanan yang lebih dari sekadar bergaduh dengan pasangan seperti kematian ahli keluarga, ia boleh menyebabkan kecelaruan hormon.

Ini juga boleh terjadi bila anda terlebih bersenam dan meletakkan tekanan yang berlebihan pada tubuh anda.

4. Tiroid terlalu aktif

Kelenjar tiroid terletak di hadapan leher anda, bawah kotak suara dan ia melepaskan hormon yang mengawal pelbagai fungsi badan seperti suhu badan dan pencernaan.

Tiroid terlalu aktif juga dikenali sebagai hipertiroidisme, mengeluarkan terlalu banyak hormon yang boleh menyebabkan masalah jantung, tekanan darah, otot dan banyak lagi.

Darah haid yang sedikit adalah salah satu tanda hipertiroidisme atau tak datang haid langsung. Jika anda mempunyai tanda-tanda tiroid terlalu aktif, segera rujuk dengan doktor anda.

5. Perancang kehamilan

Salah satu sebab biasa darah haid sedikit adalah anda sedang mengambil pil perancang kehamilan. Jika anda baru saja mula makan pil perancang dan darah haid anda berkurang, nikmatinya saja.

6. Sindrom ovarium polikistik

Sindrom ovarium polikistik (PCOS) adalah keadaan di mana ovari menghasilkan jumlah androgens yang lebih banyak dari biasa.

Beberapa wanita yang menghidap PCOS biasanya akan mempunyai kantung berisi cecair atau sista di dalam ovari.

Perubahan hormon ini boleh menghalang wanita dari ovulasi secara normal dan menyebabkan tanda-tanda yang kurang menyenangkan seperti jerawat, kulit berminyak, berat badan naik atau bulu badan berlebihan.

Tanda biasa PCOS yang lain adalah darah haid menjadi lebih sedikit dari biasa, haid tak menentu atau tak datang haid. Jika anda mengalami tanda begini, beritahu doktor anda untuk mendapatkan rawatan sepatutnya.

7. Berumur

Jangan risau, ini tak bermakna anda tua. Apabila pesakit mengatakan tentang perubahan haid, perkara pertama yang doktor akan periksa adalah umur.

Mungkin ini kerana anda bakal menopause tapi selalunya jika anda semakin berumur, kitaran haid anda akan berubah.

8. Hilang banyak darah semasa bersalin

Ini adalah keadaan yang jarang berlaku. Kehilangan banyak darah menyebabkan badan anda kurang oksigen dan akan merosakkan kelenjar pituitari yang dipanggil sindrom Sheehan.

Ini akan membuatkan kelenjar penghasilan hormon anda berkurang secara drastik. Jika ini berlaku, anda mungkin perlukan terapi penggantian hormon.

Mempunyai darah haid sedikit dari biasa tak semestinya sesuatu yang buruk telah berlaku pada anda. Kira kitaran haid anda untuk dua bulan dan jika ia tak kembali normal, buat temujanji dengan doktor ginekologi anda.

Sumber: The Asian Parent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 3 Feb 2023
Featured Thu, 5 Jan 2023
Featured Tue, 20 Sep 2022

[VIDEO] Ustazah Asma’ Beri Tips ‘Dating’ Halal – “Ajak Ibu Ayah Atau…”

Agak agak kita boleh try tak tips dating secara halal ni? 🥶🥶

familuv Wed, 15 Apr 2020

Lapan kewajipan anak perempuan kepada ibu bapa setelah berkahwin

Patuh pada suami, ibu bapa jangan dilupakan

Featured Fri, 9 Sep 2022

Netizen Dakwa Video Tular Dedah Wajah Bilal, Ini Respons Neelofa

Pelanduk dua serupa kot ni? Hihi ☺️ Ramai tak sabar nak tengok muka comel Bilal kannn 🤪

Featured Thu, 25 Sep 2025

Duet Lagu ‘Ruang Baru’ Bersama Barsena Bestandhi, Netizen Puji Vokal Aina Abdul Mendamaikan

Rata-rata warganet memuji vokal Aina yang tenang dan mendamaikan.

Featured Wed, 24 Dec 2025

Nadia Annuar Beri Nasihat Pilih Pasangan Berkemampuan, Tegur Lelaki ‘Kuat Mimpi’ Tapi Tak Ada Kerja Tetap

Kata Nadia, isu kewangan tidak wajar dipandang remeh, terutama apabila melibatkan lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap namun,  ghairah mengejar impian bergelar ‘bos’.

Featured Wed, 27 Aug 2025

“Kadang Kita Pun Singgah Dalam Hidup Orang Lain Tak Selamanya”- Zara Zya

Zara Zya mencuri perhatian apabila menitipkan pesanan penuh makna mengenai kehadiran seseorang dalam kehidupan.

Featured Mon, 25 Apr 2022
error: Content is protected !!