Eat Travel By: Ad Ops November 16, 2018 @ 8:09pm

Malaysia Airports Teruskan Misi Untuk Menawarkan Sajian Makanan & Minuman Yang Terbaik Bagi Pengunjung

Supaya tak terlepas penerbangan, anda disarankan untuk berada di lapangan terbang sekurang-kurangnya 2 jam sebelum ia berlepas.

Tapi kalau anda dah sampai awal dan tak tahu nak buat apa untuk habiskan masa, Hijab & Heels ada satu cadangan hebat: Makan!

Khususnya di kedua-dua terminal lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur iaitu KLIA dan klia2, ada macam-macam restoran yang pastinya menepati citarasa semua pengunjung. Bukan itu saja! Ia juga turut menjanjikan kualiti makanan dan pengalaman makan yang cemerlang.

Dan untuk meraikan 20 restoran terbaik yang ada di sini, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah melancarkan kempen tahunannya, KULinary, dengan anugerah KULinary Top Food Outlet Award 2018.

Untuk tahun ketiganya bagi kempen ini, MAHB telah berkolaborasi dengan FriedChillies, sebuah syarikat media online yang berkongsi resipi dan tempat-tempat makan yang menarik.

Mereka telah membuat review secara anonymous bagi lebih daripada 100 restoran di KLIA dan klia2 dan menilai bukan saja makanan yang dihidangkan tetapi juga pengalaman pelanggan secara keseluruhan, termasuklah dari segi suasana restoran serta servis yang diberikan.

Pemenang Top 20 Food Outlet Award 2018

Restoran-restoran yang berjaya terpilih sebagai Top 20 adalah:

KLIA

  • Coffee Sandwich Revival, KLIA
  • Flight Club
  • Fukuya @ KLIA
  • Grandmama’s
  • Mamak Nasi Kandaq, KLIA
  • Nooodles
  • Old Town White Coffee
  • Pantai Timur
  • Sama-Sama Express

klia2

  • Bibik Heritage
  • Bumbu Desa
  • Dim Sum
  • Little Café
  • Popeyes
  • Sama- Sama Express
  • Tampopo
  • The Bar
  • The Green Market
  • The Living Room
  • Wincaa

Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Komersial MAHB, Nazli Aziz berkata, “Kami berasa bangga untuk membawakan edisi terbaru bagi kempen KULinary yang menunjukkan komitmen kami dalam menawarkan pengalaman menjamu selera yang menyeronokkan di lapangan terbang serta menjadikan lokasi ini sebagai destinasi pilihan semua peminat makanan di luar sana.”

Kempen KULinary ini akan berlangsung hingga 8 Disember 2018. Para pengunjung diajak untuk menyertai Weekend Bites, sebuah sesi merasai food sample yang melibatkan sajian award-winning daripada restoran Top 20 KULinary di KLIA dan klia2 setiap hujung minggu daripada 10.30 pagi hingga 6 petang.

Selain itu, Malaysia Airports juga akan mengadakan sebuah pertandingan melalui Facebook untuk pengunjung menangi hadiah wang tunai sebanyak RM200 seorang.

Apa-apa pun, para pengunjung patut dapatkan Food Passport mereka di terminal untuk menikmati diskaun dan tawaran menarik daripada restoran-restoran Top 20 ini. Rugi kalau tak gunakan!

Rotisserie Chicken dari Flight Club. Foto: malaysiamostwanted.com

Judges’ Choice

Daripada 20 buah restoran yang berjaya tersenarai dalam KULinary Top 20 Food Outlet Award, kategori khas Pilihan Pengadil telah diperkenalkan pada tahun ini.

Pemenang-pemenangnya adalah:

  • Sama-sama Express klia2 – menawarkan suasana yang menenangkan; Meat Lovers Pizza dan Satay Pizza adalah antara menunya yang terbaik.
  • Flight Club – lokasi strategiknya membolehkan pelanggan menikmati pemandangan kapal terbang berlepas sambil menikmati masakan terkenalnya, Rotisserie Chicken.
  • Grandmama’s – menawarkan rasa tradisional Malaysia; antara menu paling laris adalah Kuey Teow Daging.
  • The Green Market – menyajikan masakan Korea dan Jepun; Garlic Fried Rice boleh dinikmati untuk makan tengahari, malam ataupun supper.
  • Bumbu Desa – menghidangkan sajian Indonesia dengan portion besar tapi harganya berpatutan; pengunjung mesti cuba set Nasi Rabeg Kambing dan Bakso.

Bakso dari Bumbu Desa

Perancangan untuk masa depan

Menurut Nazli, kempen KULinary ini adalah selari dengan misi MAHB dalam memperkayakan pengalaman keseluruhan bagi pengunjung di lapangan terbang untuk masa depan.

Ia dilakukan dengan meningkatkan lagi kualiti pengalaman menjamu selera di mana pengunjung dapat menikmati sajian daripada pelbagai budaya dan pengaruh.

Selain itu, MAHB juga mengumumkan yang ia akan menaiktaraf medan seleranya dengan rupa dan konsep yang baru di KLIA dan Langkawi International Airport (LIA). Ia dijangka siap dalam masa 3 tahun.

“Kami ingin mengubah persepsi orang sekarang tentang lapangan terbang,” kata Nazli. “Kami ingin mempromosikannya bukan hanya sebagai hab pengangkutan tetapi juga sebagai sebuah destinasi untuk semua orang nikmati.

“Peningkatan kualiti food & beverage (F&B) di lapangan terbang juga adalah selari dengan trend utama masa kini, iaitu ‘eating is the new shopping’.”

Foto: Bumbu Desa

Untuk maklumat lanjut, layari www.malaysiaairports.com.my and ikuti Malaysia Airports di laman sosial iaitu Twitter @MY_Airports, Facebook @IndulgeMalaysiaAirports & Instagram @indulgemalaysiaairports.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 18 Mar 2019
Eat Travel Tue, 29 May 2018

Pengat Labu Manis Ini Menu Wajib Yang Perlu Ada Untuk Berbuka Puasa

Pengat labu manis ini sangat enak untuk dimakan!

Acara Tue, 19 Nov 2019

Dekorasi kreatif serikan sajian perayaan Hari Natal Hilton PJ

Aneka hidangan tradisi menanti pengunjung

Eat Travel Fri, 3 Aug 2018
Eat Travel Sun, 30 Sep 2018
Eat Travel Tue, 5 Jun 2018

7 Sebab Pulau Bali Adalah Destinasi Honeymoon Yang Perfect Untuk Anda

Bukan saja cantik pemandangannya, ia juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk pasangan.

Eat Travel Wed, 18 Jul 2018

Pasrah Beratur Panjang Gara-Gara Roti Canai Tsunami Pak Ali

Roti Tsunami yang tular adalah roti banjir yang ditambah dengan 2 biji telur separuh masak.

Eat Travel Thu, 16 Aug 2018

14 Lokasi Makan-Makan Terbaik Di Taiping, Perak

Memang berbaloi untuk anda kunjungi.

Eat Travel Fri, 29 May 2020
Eat Travel Tue, 7 May 2019