Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin November 19, 2018 @ 1:00pm

Berkhasiat Atau Tidak Makan Organ Dalaman Haiwan?

Anda suka makan menu berunsurkan organ dalaman haiwan seperti hati, paru, perut, usus, lidah dan sebagainya? Kalau anda suka makan, anda tahu tak khasiat dan keburukan makan organ dalaman ini?

Kalau anda masih tak tahu, penulis akan terangkan kepada anda! Sebenarnya, penulis sendiri gemar makan beberapa jenis organ dalaman seperti hati dan perut. Ada juga orang yang tak suka makan organ dalaman haiwan ini kerana bimbang boleh membahayakan kesihatan mereka.

Walaupun ianya mempunyai beberapa risiko, hidangan organ dalaman juga mempunyai khasiat yang tersendiri. Menurut satu laporan oleh Pakar Perunding Kanan Obstetrik dan Ginekologi, Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Mohd. Rushdan Md. Noor, organ dalaman haiwan mengandungi pelbagai nutrien termasuk mineral dan vitamin yang berkualiti seperti:

  • Vitamin B
  • Zat besi
  • Fosforus
  • Tembaga
  • Magnesium
  • Vitamin A,D, E dan K

Foto: Pinterest

Selain itu, bahagian hati adalah antara organ dalaman yang mengandungi paling banyak nutrisi. Ia mengandungi sumber protein dan vitamin A yang baik untuk kesihatan mata selain bersifat antikeradangan.

Manakala, organ lain seperti lidah dan buah pinggang, kaya dengan protein, asid lemak omega 3, vitamin B12, kolin dan asid folik yang penting untuk pembinaan darah terutama untuk mereka yang mengalami masalah kekurangan darah.

Risiko makan organ dalaman haiwan

Foto: Pinterest

Anda juga perlu tahu bahawa, organ dalaman yang tidak dibersihkan dan dimasak dengan sempurna boleh menjadi sumber toksin yang tak bagus untuk kesihatan kita.

Menurut Datuk Dr. Mohd. Rushdan lagi, kualiti organ dalaman haiwan juga dipengaruhi oleh cara ia dibesarkan, makanan serta persekitaran tempat haiwan itu membesar.

Sekiranya, kurang nutrisi ia akan menjadi toksin kepada manusia. Organ dalaman juga dipercayai mengandungi sejenis molekul yang boleh menyebabkan masalah kepada penghidap penyakit gout.

Jadi, sebaiknya kurangkanlah makan hidangan organ dalaman haiwan demi menjaga tahap kesihatan anda.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Wanista & Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Dec 2022
Featured Thu, 30 Mar 2023
Sihat Tue, 25 Sep 2018
Featured Tue, 15 Jul 2025
Featured Wed, 27 Oct 2021

Lee Chong Wei Kini Dilantik Duta Pelancongan Sabah

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kini dilantik sebagai duta pelancongan Sabah bermula Oktober ini hingga Disember tahun hadapan. Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin, pelantikan itu bersesuaian dengan […]

Featured Wed, 12 Oct 2022

[VIDEO] Individu Dakwa ‘Bandana’ Mirip Tanda Salib, Peminat Backup Anna Jobling

Ada bunga putih la gaisss, bukan tanda salib tu. Tapi comel ek Anna menari hee 🥰🥰

Featured Tue, 30 Aug 2022
Sihat Tue, 17 Sep 2019

Bagaimana nafas kita boleh berbau? Ini puncanya

Jangan memandang remeh hanya kerana mulut berbau!

Featured Fri, 28 Oct 2022
Featured Mon, 28 Aug 2023
error: Content is protected !!