Euforia Bola 2026
Sihat By: tex_admin September 25, 2018 @ 12:08pm

Atlet Bola Jaring, An Najwa Kongsi Tip Nak Kurangkan Berat Badan 16 Kg Untuk 5 Minggu

Siapa yang tak kenal dengan atlet bola jaring yang tinggi lampai, An Najwa Azizan. Lebih mesra dikenali sebagai An Najwa yang mula dikenali apabila dia antara yang menyumbang jaringan terbanyak dalam sukan bola jaring nasional. Kiranya, ramailah wanita-wanita adore dengan An Najwa ini!

Jika dilihat, sebelum ini An Najwa dilihat memiliki tubuh badan yang tinggi dan sedikit berisi dan keadaan ini telah menimbulkan pelbagai respon netizen yang mempersoalkan kenapa dia ‘tak slim enough‘!

Namun, kini An Najwa berjaya menurunkan berat badannya daripada 90kg turun kepada 74kg dalam masa 5 minggu! Hebat tak?

Baru-baru ini, An Najwa telah berkongsikan tip bagaimana dia berjaya menurunkan berat badannya dengan cara yang cukup mudah dan berkesan. Jom kita semak!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by An Najwa (@anazizan12) on

1. Workout

Lakukan workout setiap hari sekurang-kurangnya selama 1 jam. Tak kiralah apa saja jenis senaman, asalkan 1 jam berterusan.

2. Diet

Anda juga boleh amalkan diet, tapi janganlah sampai tak makan nasi! Ini kerana, tak semua orang boleh bertahan tanpa makan nasi, malah ia boleh memudaratkan kesihatan.  

Amalkanlah diet yang seimbang dan kurangkan pengambilan gula terutamanya air manis. Sekiranya, anda memang tak boleh kalau tak minum air manis, anda boleh kurangkan pengambilannya.  Sebaiknya anda tidak perlu ‘cut’ pengambilan gula secara mendadak, risau anda akan pengsan kerana badan tak terbiasa dengan keadaan tersebut.

3. Detoks

Untuk pengetahuan anda, detoks adalah perkara yang paling penting untuk buang lemak berlebihan dalam badan kita. Biasanya lemak-lemak yang tepu memang sukar untuk disingkirkan, tapi dengan mengamalkan detoks dapat membantu membuang lemak tepu dan toksin yang berlebihan. Pilihlah jenis minuman detoks yang sesuai dengan anda.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by An Najwa (@anazizan12) on

Kesimpulannya, kepada anda yang nak kurus, abaikan kecaman-kecaman orang di sekeliling anda! Jom start turunkan berat badan dengan cara An Najwa ini! Penulis percaya anda boleh!

Sumber: Instagram 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 31 Jul 2022
Sihat Wed, 27 Feb 2019

Ikuti 4 langkah urutan refleksologi bagi anda yang sukar tidur

Tiada apa yang lebih menggembirakan daripada tidur yang nyenyak selepas penat bekerja sepanjang hari.

Featured Mon, 5 Nov 2018

Ini Penjelasan Saintifik Mengapa Menguap Boleh Berjangkit!

Cuba menguap sekarang sebelah rakan anda, boleh berjangkit atau tidak?

Sihat Sat, 10 Nov 2018

Kenali Sentuhan Baik Dan Tidak Baik Bagi Memastikan Kesihatan Mental Bebas Trauma!

Sentuhan tidak baik boleh memberi kesan kemurungan dan menjejaskan kesihatan mental kanak-kanak.

Featured Thu, 23 Apr 2020

Pesakit kencing manis boleh atur pengambilan ubat sepanjang Ramadan

Minta nasihat doktor agar penyakit dapat dikawal

Featured Mon, 27 Aug 2018

Anak Alami Keracunan Makanan? Ini Yang Perlu Ibu Bapa Lakukan

Keracunan makanan masih boleh berlaku walaupun anda sendiri yang memasak makanan tersebut.

Featured Mon, 13 Apr 2020
Sihat Fri, 27 Apr 2018

Perhatian Buat Peminat Telur Separuh Masak. Hati-Hati Dengan Kuman Ini!

Awas! Bagi anda yang suka makan telur separuh masak!

Featured Wed, 8 Apr 2020

88 peratus pesakit positif COVID-19 tidak tunjuk gejala

Pesakit tidak bergejala umpama bom jangka

Featured Mon, 18 Jun 2018

Jangan Guna Putik Kapas Kalau Bersihkan Tahi Telinga. Bahaya!

Putik kapas akan menolak sisa-sisa tahi telinga yang terkumpul ditolak lebih dalam sehingga ke kawasan rongga paling dalam.

error: Content is protected !!