Euforia Bola 2026
Sihat By: tex_admin April 27, 2018 @ 4:00pm

Perhatian Buat Peminat Telur Separuh Masak. Hati-Hati Dengan Kuman Ini!

Pasti ramai dalam kalangan anda yang sukakan makanan yang berasaskan telur setiap kali sarapan kan? Kalau dekat Malaysia, sudah tentu roti telur goyang menjadi pilihan. Telur separuh masak juga pasti menjadi menu sarapan anda kan?

Tapi tahukah anda, telur mentah dan telur separuh masak sebenarnya tidak sesuai dimakan oleh kanak-kanak di bawah usia lima tahun, warga emas dan mereka yang mempunyai sistem imunisasi lemah terutamanya ibu hamil. Agaknya kenapa ya?

Foto: tamilditings

Pakar perunding Obstetrik & Ginekologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Dr. Imelda Balchin telah mendedahkan dua sebab telur separuh masak perlu dielakkan oleh golongan berkenaan. Dari segi khasiat, protein telur mentah tidak boleh dihadam sepenuhnya. Telur mentah juga merupakan pembawa kuman Salmonella. 

“Apabila kita makan telur masak, 90% protein boleh dihadam oleh usus manusia, tetapi apabila kita makan telur mentah hanya 50% daripada protein telur mentah boleh dihadam. Dari segi khasiat, telur mentah itu tak elok untuk kita.

“Bakteria Salmonella didapati dari usus dan tahi ayam. Ia boleh masuk ke dalam telur semasa ayam bertelur dan sebelum kulit telur menjadi keras,” kata Dr.Imelda dalam satu kenyataan di Facebook.

Foto: Batam.tribunews

Selain itu, Dr. Imelda juga menjelaskan bahawa telur mentah sepatutnya disimpan di dalam peti sejuk bagi menghalang pembiakan bakteria Salmonella. Kalau anda nak tahu, bakteria ini boleh menyebabkan penyakit serius seperti keracunan, keguguran atau kematian janin. Takutnya!

Pesanan penulis, bagi anda yang sedang hamil harus mengelakkan daripada makan telur separuh masak ini ya! Selain itu, para ibu jangan beri telur separuh masak kepada anak kecil anda, berilah makanan berkhasiat yang lain. Lebih baik mencegah daripada kita menyesal satu hari nanti!

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Tue, 28 Aug 2018
Featured Mon, 4 Nov 2019

Makan waktu malam punca berat badan naik sekadar mitos?

Jumlah kalori yang diambil adalah penyebabnya, bukan waktu makan

Sihat Fri, 28 Dec 2018

Tanda-Tanda Anak Anda Mengalami Alahan Berpunca Daripada Makanan

Sesetengah simptom alahan makanan seakan-akan sama dengan keracunan makanan.

Sihat Tue, 15 Jan 2019

Endometriosis, antara punca wanita sukar untuk hamil 

Senggugut atau sakit ketika haid antara gejala endometriosis

Featured Wed, 16 Oct 2019

Tidur sebentar pada waktu siang bagus untuk jantung, menurut kajian

Jika anda tidur siang, tidak semestinya anda malas!

Featured Mon, 1 Jun 2020

Janna Nick kongsi senaman mudah untuk kecilkan paha

Jika dia berjaya, anda juga boleh!

Featured Fri, 26 Oct 2018

Anak Yang Bertubuh Montel Terdedah Risiko Penyakit Kencing Manis

Sering buang air kecil terutama di waktu malam, tanda-tanda anak menghidap kencing manis.

Sihat Tue, 5 Nov 2019

Nak hidup lama? Kajian kata ‘jangan banyak berfikir’

Lebih aktif otak anda berfikir, lebih pendek jangka hayat anda.

Featured Wed, 11 Sep 2019

Ketahui manfaat coklat gelap yang ramai tidak tahu!

Anda suka makan coklat gelap? Ini manfaatnya

Sihat Thu, 4 Apr 2019

Tangani masalah obesiti kanak-kanak melalui pengambilan makanan

Masalah ini boleh akibatkan penyakit yang lebih serius apabila dia besar.

error: Content is protected !!