Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin November 5, 2018 @ 1:00pm

Ini Penjelasan Saintifik Mengapa Menguap Boleh Berjangkit!

Anda perasan tak tiap kali anda menguap, rakan yang bersama anda turut akan menguap? Sebenarnya, perbuatan menguap tidak boleh dikawal dan ianya akan berlaku secara refleksi. Tapi, bagaimana ia boleh berjangkit?

Menurut artikel yang ditulis oleh TIME, kajian oleh University of Vienna telah merungkai perbuatan menguap dan hasil kajian mendapati individu akan terdorong untuk menguap apabila berada dalam suhu tinggi.

Semakin panas otak, semakin tinggi keberangkalian seseorang untuk menguap. Suhu otak seseorang juga akan menurun sebaik selepas menguap.

Kenapa menguap boleh berjangkit?

Menurut teori oleh saintis, menguap boleh berjangkit disebabkan tindak balas psikologi yang dipanggil ‘Non-Concius Mimicry’. Ia berlaku apabila kita melihat orang menguap dan secara tidak langsung otak kita memproses maklumat untuk meniru perlakuan yang sama tanpa sedar. Keadaan ini berada di luar kawalan kita dan ia dikawal sepenuhnya oleh otak.

Manakala teori yang kedua pula, menguap yang berjangkit adalah disebabkan dorongan ‘Neuron Cermin’. Dalam otak manusia, terdapat bahagian-bahagian yang dipenuhi neuron cermin yang mana asalnya berfungsi untuk proses pembelajaran dan kesedaran individu.

Foto: Belmarrahealth.com

Teori yang ketiga pula, melalui kajian menggunakan teknologi fMRI membuktikan, apabila seseorang melihat atau mendengar orang menguap, sesetengah kawasan dalam otaknya yang dipenuhi neuron cermin ini akan menjadi aktif dan akan membuatkan seseorang itu turut sama menguap.

Selain itu, teori yang keempat pula menjelaskan tentang penglibatan tindak balas psikologi dipanggil ’emphaty’ di mana, kita sebenarya akan lebih terdorong untuk berjangkit untuk menguap dengan orang yang kita kenali berbanding orang asing kerana tindak balas ini disokong oleh sifat empati dalam diri.

Anda boleh tonton video ini untuk lihat bukti menguap boleh berjangkit!

Cuba anda menguap sekarang sebelah rakan anda, boleh berjangkit atau tidak?

Sumber: BestLife & Wanista

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Mon, 7 Apr 2025

Marsha Milan Bawa Kesedihan Puteri Balqis Dalam Drama Keluarga Itu Menerusi ‘Tangisan Seorang Pendosa’

Dengar lagu ni pun dah rasa full of emotion. Geram ek watak Iman ni!

Featured Wed, 30 Apr 2025
Featured Tue, 27 Dec 2022
Featured Mon, 8 Sep 2025
Featured Sat, 5 Feb 2022
Featured Tue, 6 Sep 2022

Ayda Jebat Nafi Berkahwin Sebab Harta – “Isteri Tak Boleh Bergantung Pada Duit Suami Semata”

Amboii, siapa yang cakap Ayda kahwin sebab harta ni? Apapun min suka tengok pasangan bahagia ni 🥰

Featured Wed, 7 Sep 2022
Featured Wed, 23 Jul 2025

Izara Aishah Geram Tindakan ‘Kantoikan’ Siti Nurhaliza Beli Barang Random Jadi ‘Bahan’ Netizen Mulut Puaka

Izara tampil menegur tindakan netizen yang sewenang-wenangnya memberikan komen.

error: Content is protected !!