Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 25, 2025 @ 6:58pm

Isu ‘T*lur Masam’, Fahrin Ahmad ‘Kutuk’ Tindakan Pempengaruh Buka Aib Suami – “Terdesak Cipta Content To A Level Yang Tak Ada Rasa Malu & Adab”

Pelakon dan pengacara terkenal, Fahrin Ahmad, tampil menyuarakan pandangannya terhadap tindakan seorang pempengaruh wanita yang tular selepas memuat naik video menyentuh hal peribadi suami termasuk mendakwa ‘telur suami masam’ secara terbuka di media sosial.

Kata Fahrin, 46, tindakan yang dilakukan usahawan terbabit sebagai satu tindakan terdesak bagi mencipta kandungan video yang tidak mempunyai rasa malu dan adab.

Malah, ia juga disifatkan sebagai bahana menggunakan platform ini tanpa ilmu, etika dan adab sopan.

“Ini lah bahana bila platform media sosial diguna tanpa ilmu, etika, adab sopan dan rasa malu.

“Kita faham keperluan dan idea untuk buat kandungan video, tapi zaman sekarang ini desperation to create content to a level yang tak ada rasa malu dan adab,” katanya.

Dalam pada itu, Fahrin juga beranggapan tindakan menyebarkan aib suami pada khalayak adalah satu penyakit lapar perhatian (attention seeker).

Justeru, dia meminta agar orang ramai tidak mengikuti individu ini di media sosial termasuklah tidak memberi ruang dan peluang untuk mereka terus mencipta publisiti murahan.

“Ini dah jadi satu penyakit seiring juga dengan penyakit ‘attention seeking’.

“Saya rasa masyarakat kena stop follow individu begini. Tidak payah komen, tak payah highlight.

Sebelum ini, pengarah dan penerbit tersohor, Michael Ang juga tampil menegur tindakan jijik pempengaruh itu menerusi muat naik di Instagram miliknya.

Terdahulu, pada Ahad, Kieda Crepe mendedahkan, dia mengalami jangkitan herpes simplex selepas bibirnya dipenuhi bintik kecil.

Menerusi video tular, Kieda berseloroh mengaitkan jangkitan tersebut dengan kebersihan alat kelamin suaminya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Jul 2022
Featured Thu, 14 Nov 2024

Tular Foto Bergari, Alif Satar Mohon Netizen Tak Terpedaya Dengan Berita Palsu – “Pelik Betul Zaman Sekarang”

Alif berharap agar orang ramai melaksanakan tanggungjawab dengan melaporkan berita palsu tersebut sekiranya ia melibatkan dirinya dan ahli keluarga mangsa.

Hiburan Fri, 20 Jun 2025

“Tak Mungkin” – Fikry Ibrahim Tepis Dakwaan Isu Rumah Tangga Hanya Gimik

Fikry Ibrahim enggan ulas kenyataan bercanggah dengan peguam mewakili isterinya

Fab Foodies! Wed, 27 Nov 2019

Edisi Terhad! Oreo Keluarkan Biskuit Sandwich Flavor Red Velvet Pula

Siapa fans Red Velvet dekat sini memang kena grab cepat!

Trending Wed, 11 Jul 2018

Jho Low Tidak Lagi Di Macau

PDRM menerima emel daripada pihak berkuasa negara berkenaan dua hari lalu memaklumkan mengenai status serta lokasi terkini Jho Low.

Featured Wed, 7 Sep 2022

[VIDEO] “Inai Tersepit Pintu” – Netizen Terhibur Neelofa Buat Trend ‘Abang Bomba Selamatkan Saya’

Wow, abang Bomba yang tolong Lofa ni rare eh, special! 🤣 Hanya dia saja buah hati pengarang jantung Lofa 🥰Gitewww 🤪

Featured Tue, 12 Apr 2022
error: Content is protected !!