Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 20, 2025 @ 12:38pm

“Tak Mungkin” – Fikry Ibrahim Tepis Dakwaan Isu Rumah Tangga Hanya Gimik

Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim enggan terlalu mengendahkan kritikan netizen yang mendakwa dirinya mempermainkan isu rumah tangga bersama isteri, Siti Khalizah Alizan.

Ketika ditemui usai mengacarakan program Melodi TV3 pada malam Khamis, Fikry atau nama sebenarnya, Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 31, enggan mengulas sebaliknya hanya mengucap kata syukur.

“Alhamdulillah. Apapun, Terima kasih banyak-banyak kepada media datang. Cuma biasalah, saya dah beri kenyataan di Melodi sebentar tadi,”katanya ringkas.

Dalam pada itu, Fikry juga tidak memberi sebarang respons mengenai kenyataan di program siaran langsung Melodi TV3 yang bercanggah dengan peguam syarie mewakili isterinya, Wan Muhammad Afiq Mod Razib yang memaklumkan Khalizah memfailkan cerai atas tiada persefaman dengan suami.

“Saya tak cakap apa sebab saya pun pelajar komunikasi dan pengajian media,” katanya.

Sementara itu, Fikry turut menepis dakwaan mengatakan isu perceraian rumah tangganya sekadar gimik, malah turut menegaskan dia hadir ke Balai Berita Bangsar bersama isteri.

“Saya datang dengan isteri, tak mungkin gimik,” tuturrnya.

@xtra_my

Bagus Fikry Ibrahim walaupun sedang diuji dengan isu rumah tangga tetap komited datang kerja… siap berlari ke sana sini #xtramy #xtratonton #fikryibrahim #meloditv3 #fikryibrahimcerai

♬ original sound – XTRA – XTRA

Sebelum ini, Fikry menjelaskan tujuan isterinya, Siti Khalizah Alizan ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada pagi Khamis adalah bagi menarik semula kes tuntutan perceraian.

Menerusi temu bual bersama program Melodi TV3 yang dikendalikan olehnya bersama selebriti, Ain Edruce, Fikry berkata, dia masih menyayangi isterinya dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.

Pada pagi Khamis, isterinya, Siti Khalizah Alihan difahamkan telah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan yang dipercayai atas alasan tiada lagi persefahaman.

Peguam syarie Wan Muhammad Afiq Mohd Razib yang mewakilinya memaklumkan, anak guamnya itu memfailkan perceraian terhadap aktor itu pada Mei lalu selepas empat bulan mendirikan rumah tangga.

Artikel Berkaitan: Tiada Konflik Rumah Tangga, Fikry Ibrahim Perjelas Isteri Hadir Mahkamah Untuk Tarik Semula Kes

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 21 Oct 2020

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Sepanjang PKPB

Ini mungkin berguna untuk korang!

Hiburan Fri, 15 Jun 2018

Fattah Teruja Bawa Fazura Balik Kampung

Kesempatan ini akan saya gunakan untuk memperkenalkan isteri kepada saudara-mara yang belum pernah bertemu Fazura. Wah, mesti best kan, pertama kali bawa isteri round kampung!

Hiburan Fri, 19 Sep 2025

“Berbakti Kepada Ibu Bapa Walau Nampak Kecil, Nilainya Besar” – Amira Othman

Amira Othman kongsi sebab pilih doa ibu bapa iringi majlis nikah

Trending Wed, 24 Jan 2018

阿伯鼻插氧气管硬要抽烟「一秒变包公」

来自中国武汉市58岁的陈大伯是一名烟不离手的“老烟枪”,1月初突然感到呼吸困难,被送到武汉市肺科医院进行住院治疗。日前这位大伯还是改不掉这个习惯,趁病房无人偷吸烟,结果引燃氧气管,烧伤了面部。

Featured Thu, 15 Sep 2022
Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Tiada Hos Utama, Tiga Kategori Baharu Dipertandingkan Antara Kelainan ASK 2018

Acara karpet merah akan dihoskan oleh Aaron Al- Fateh dan Ain Edruce di mana ia akan bersiaran langsung menerusi Pop TV pada pukul 8.30 malam sehingga 9 malam di NTV7. Penonton juga boleh menyaksikan acara ini secara siaran langsung di Facebook ntv7 Malaysia.

Trending Thu, 21 Jan 2021

36 Calon Bakal Duduki SPM, STPM Dijangkiti Covid-19 Di…

Kesiannya. Harapnya pelajar-pelajar tersebut cepat sembuh..

Hiburan Sat, 4 Aug 2018

Erma Fatima Impi Mak Cun Ke Layar Lebar

Saya juga memasang impian untuk membawa drama Mak Cun ke filem atau animasi pula selepas ini. Doakan, semuanya masih dalam perancangan. Insha Allah, kalau ada rezeki boleh kita tengok Mak Cun di panggung wayang pula!

error: Content is protected !!