Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 19, 2025 @ 3:17pm

“Berbakti Kepada Ibu Bapa Walau Nampak Kecil, Nilainya Besar” – Amira Othman

Penyanyi dan pelakon, Amira Othman tampil berkongsi pilihannya untuk menjadikan bacaan doa ibu bapa sebagai pengiring ketika masuk bersama ibunya pada majlis akad nikah, Ahad lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 32, doa itu cukup istimewa kerana sarat makna dan menjadi pegangan hidupnya sejak kecil.

“Kalau bercerita tentang ibu bapa memang takkan pernah habis. Sampai mati pun mereka tetap syurga buat anak-anak. Mama sentiasa mendoakan saya dalam setiap perkara, walau sekecil zarah sekali pun.

“Saya yakin doa ibu tiada hijab, malah banyak keajaiban datang daripadanya,” katanya.

Amira yang kini bergelar isteri kepada pelakon popular, Fattah Amin, turut berkongsi pesanan bapanya yang sentiasa diingati.

“Abah selalu ajar saya supaya bersangka baik dan menjadi orang yang baik. Walaupun saya tak lari daripada melakukan silap, saya percaya jika ibu bapa reda, Allah juga akan reda. Itu pegangan saya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by اميرا عثمان (@amiraaothman)

Perkongsian penyanyi lagu Dalam Sujudmu itu menarik perhatian ramai kerana sarat dengan nilai kekeluargaan dan kasih sayang.

Menurut Amira lagi, sebagai anak, berbakti kepada ibu bapa adalah satu tanggungjawab yang wajar dilakukan tanpa berkira.

“Usahalah walaupun nampak leceh. Jangan risau, Allah ambil kira setiap bakti kita. Kadang benda nampak kecil, tapi sebenarnya sangat besar nilainya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 12 Oct 2023
Featured Thu, 23 May 2024
Trending Tue, 28 Jan 2020

‘Virus Nipah’, Ramai Tak Tahu Malaysia Pernah Diserang Virus Paling Berbahaya 22 Tahun Lalu

Virus Nipah pernah meragut nyawa, virus ini rupanya berpunca dari..

Featured Mon, 29 Aug 2022

[VIDEO] Acap Kali Diaju Gelaran ‘Nista’, Shila Amzah Tempelak Netizen Mulut Celupar – “Kenapa Kena Cakap Macam Hidup Saya Terhutang Pada…”

Tu la gais sebelum cakap apa apa fikir dulu ya ☺️ Dengar ni pesanan Shila, jangan sesuka hati label orang lain yang bukan bukan ya 😌

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

Bakal Bergelar Ibu, Tahniah Ummi Nazeera!

“ Ya, saya hamil empat bulan satu minggu,” kata Ummi di Majlis Pelantikannya sebagai Duta Adavecosmetics di Suka Sucre Bistro, sebentar tadi.

error: Content is protected !!