Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 3, 2023 @ 4:52pm

Bekas Isteri Terpalit Kontroversi Sondol Suami Orang, Fizi Ali Akui Tak Berkawan Dengan Shakilla Khoriri – ‘Suka Hati Dia Nak Buat Apa”

Penyampai radio dan pelakon, Fizi Ali mengakui tidak terkesan terhadap kontroversi melanda bekas isteri, aktres Shakilla Khoriri yang disyaki menjadi peruntuh rumah tangga.

Memetik temubual bersama mStar, Fizi berkata hubungannya dan Shakilla hanya sekadar ibu bapa kepada puteri tercinta mereka, Nur Ameena Sofia.

Tambah Fizi lagi, mereka langsung tidak berkawan atau bertanya khabar masing-masing malah hanya berkomunikasi perkara penting tentang anaknya itu.

“Saya dengan dia tak berkawan, tak bersapa, tiada apa-apa. Lebih kepada saya adalah ayah kepada Ameena, dan dia adalah ibu kepada Ameena.

“Kalau bersembang pun tak lebih berapa perkataan dan hanya berkaitan Ameena saja. Tak ada lebih tanya khabar ke, memang tak pernah langsung.

“Tentang isu kontroversi dia, bagi saya adalah saya dengan dia dah ada kehidupan masing-masing, dia nak buat apa suka hati dia. So apa-apa terjadi dengan dia tak ada kena mengena dengan saya,” katanya.

Fizi Ali

Sementara itu, Fizi meluahkan rasa syukur apabila rezekinya semakin bertambah berkat daripada membesarkan anak ciliknya itu.

“Tak mudah tak susah, yang penting hati dan niat nak menjaga anak. Saya tak sangka rezeki anak itu luah, berkongsi rezeki dengan anak.

“Pernah terjadi satu peristiwa masa tu duit memang hujung-hujung lepas tu Ameena nak mainan. Kira-kira memang tak cukup tapi sebabkan anak, kita beli juga.

“Alhamdulillah, selepas beberapa jam ada duit yang masuk. Bila bahagiakan orang tersayang, keluarga kita, anak, Insya-Allah Allah akan perluaskan lagi rezeki kita,” ujarnya.

Sebelum ini, nama Shakilla menjadi buah mulut ramai pihak selepas didakwa menjadi penyondol rumah tangga.

Artikel Berkaitan: “Tak Ada Kesan Apa Pun Pada Saya” – Nama Shakilla Khoriri Dipetik Pelakon Status Janda ‘Sondol’ Suami Orang, Ini Respons Tuan Empunya Badan

Artikel Berkaitan: “Stop Judging Me!” – Kesal Digelar Wanita ‘Tak Baik’, Shakilla Khoriri Minta Jangan Kaitkan Isu Peribadi Dengan Cara Jaga Anak

Sumber/Kredit: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 7 Apr 2025

Badan Kelihatan Makin Berisi, Netizen Spekulasi Marissa Dania Kini Hamil?

Tahniah! Ramai yang cakap dah nampak babybump.

Hiburan Tue, 14 Aug 2018

Terbaik! Ini Cara Kris Dayanti Bantu Mangsa Gempa Bumi Lombok

Difahamkan, penyanyi ini telah melelong sepasang kasut jenama Christian Louboutin miliknya pada harga 6 juta rupiah (RM1,600).

Hiburan Mon, 23 Jul 2018

“Sudah Lama Mengidam, Akhirnya…” – Niena Baharun

Sejak berbadan dua, pelakon Niena Baharun ini teringin untuk menjamah ‘raja buah’. Akhirnya…..

Trending Wed, 1 Nov 2023

Tampil Bersuara Leraikan Spekulasi Rumah Tangga Goyah, Aliff Teega Baik-Baik Saja Dengan Aisyah Hijanah

Jangan cakap bukan-bukan tau geng! Lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri…doa yang baik baik saja buat Alif dan Aisyah❤️❤️🫶🏻

Featured Wed, 4 Jan 2023
Hiburan Sun, 19 Nov 2023
Hiburan Fri, 5 Dec 2025

Bung Moktar Radin Meninggal Dunia, Zizie Ezette Kongsi Khabar Duka Di IGS

Suami kepada aktres Datin Seri Zizie Ezette, Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia.

error: Content is protected !!