Euforia Bola 2026
Sihat By: tex_admin November 22, 2018 @ 4:00pm

4 Masalah Kesihatan Yang Kebanyakan Wanita Malu Untuk Berjumpa Doktor

Masalah kesihatan berkaitan wanita sebenarnya meluas. Tapi, pernah tak anda alami masalah kesihatan yang buat anda rasa malu untuk berjumpa dengan doktor? 

Jika pernah alami, anda tidaklah bersendirian kerana ramai lagi kaum wanita yang lain mengalami masalah yang sama dan mereka juga berasa malu untuk merujuk doktor. 

Tapi, masalah-masalah kesihatan ini perlu mendapatkan rawatan supaya ianya tidak melarat sekaligus membahayakan kesihatan anda. Jadi, penulis senaraikan beberapa masalah kesihatan wanita yang dikatakan boleh membuatkan tuan punya badan berasa malu untuk berjumpa doktor. Jom semak!

1. Sentiasa berpeluh sepanjang hari

Mungkin ada dalam kalangan anda yang sentiasa berpeluh setiap hari sehingga menyebabkan rasa tidak selesa melakukan aktiviti seharian. Keadaan ini adalah disebabkan kelenjar peluh anda menghasilkan tindak balas yang berlebihan terhadap rangsangan (panas, hormon, emosi) dan menyebabkan sentiasa mengeluarkan peluh. 

Perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan yang diambil atau gejala daripada keadaan lain seperti diabetis.

2. Susu terkeluar

Masalah kesihatan wanita jenis ini pula adalah disebabkan oleh kelenjar pituitary yang mengeluarkan lebihan prolaktin atau hormon yang akan merangsang kelenjar susu untuk menghasilkan susu.

Dalam pada keadaan anda yang tidak hamil atau menyusukan bayi, anda mungkin memiliki keadaan yang disebut hiperprolaktinemia yang boleh menyebabkan menstruasi yang tidak teratur, infertility dan risiko yang lebih tinggi daripada osteoporosis.

3. Miss V mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan

Pastinya, ramai dalam kalangan wanita yang mengalami masalah ini dan malu untuk berjumpa doktor! Masalah ini berlaku kerana pH vagina anda terlalu tinggi yang menyebabkan bakteria jahat semakin membiak. Vaginitis bakteria ini boleh sahaja berpunca daripada darah menstuasi, melepuh, gatal dan sebagainya.

4. Tidak tertarik pada seks

Keadaan ini boleh disebabkan oleh masalah kesihatan wanita yang rumit kerana masalah fizikal dan psikologi. Ramai wanita mengalami tahap kesuburan yang rendah selama pra menopause. Sungguhpun begitu, depresi adalah penyebab utama masalah ini berlaku.

Kesimpulannya, janganlah malu untuk berjumpa doktor untuk menyatakan masalah kesihatan ‘sulit’ yang anda alami. Jika malu, jumpalah doktor wanita supaya masalah kesihatan anda dapat dirawat supaya tidak menjadi lebih teruk.

Sumber: WOM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 9 Oct 2019

Bilakah waktu sesuai untuk minum teh hijau?

Dapat menurunkan berat badan jika diminum pada waktu yang sesuai!

Sihat Sun, 27 Jan 2019
Sihat Thu, 4 Apr 2019

Tangani masalah obesiti kanak-kanak melalui pengambilan makanan

Masalah ini boleh akibatkan penyakit yang lebih serius apabila dia besar.

Sihat Fri, 12 Jun 2020
Sihat Thu, 14 Mar 2019

Pencemaran udara jejaskan sistem aliran darah janin wanita mengandung

Wanita hamil patut jauhi tempat dengan kualiti udara yang teruk.

Sihat Thu, 30 Aug 2018

Adakah Ibu Bapa Anda Menunjukkan Kesukaran Untuk Menahan Kencing? Inilah Apa Yang Anda Perlu Tahu

TENA lancarkan kempen kesedaran supaya anak-anak warga tua lebih prihatin terhadap kesihatan ibu bapa mereka.

Sihat Fri, 22 Mar 2019
Featured Wed, 6 May 2020

KKM pantau 3 kumpulan sasar termasuk warga asing

Pemantauan elak penularan baharu

Sihat Thu, 14 Nov 2019
Sihat Wed, 5 Sep 2018

Amalkan Petua Ini, Tak Payah Risau Batuk Sebab Makan Banyak Rambutan!

Yang suka makan rambutan, bolehlah guna petua ini.

error: Content is protected !!