Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom November 24, 2018 @ 5:00pm

Macam Apartment Mewah, Walhal Rumah Ini Dibina Dalam Sebuah Bas Lama. Love!

Membeli rumah merupakan pelaburan paling menguntungkan kerana nilainya yang tidak pernah susut bahkan meningkat setiap tahun. Lebih-lebih lagi jika projek perumahan itu berpusat di bandar.

Akan tetapi dengan ekonomi yang tidak menentu serta harga rumah yang melambung tinggi, ramai yang memilih untuk menyewa daripada membeli, kan?

Di luar negara, golongan berpendapatan sederhana tampil dengan banyak idea untuk membina sendiri kediaman seperti kenderaan caravan atau trak bergerak. Tapi pernah tak kamu terfikir untuk tinggal di dalam rumah mini yang dibina daripada bas lama?

Jessie Lipskin, 30, yang berasal dari New York mahu mengurangkan kos perbelanjaan di kota paling popular itu dan tampil dengan idea gila ini. Tinggal di dalam bas yang diubah suai dalamannya seperti apartment mewah!

Foto: Cosmopolitan

Jessie membeli sebuah bas lama jenis Greyhound tahun 1966 di eBay dan mengambil masa tiga tahun mengubah suai kenderaan itu. Idea itu diinspirasikan oleh sebuah filem dokumentari mengenai kitar semula barangan terpakai berjudul Garbage Warrior.

Jessie membeli bas itu dengan harga lebih kurang RM30,000 dan turut mendaftarkan ia dengan insurans. Dia kemudian mengupah seorang kontraktor dan menyewa sebuah lokasi di New Jersey untuk proses pengubahsuaian.

“Antara cabaran paling sukar adalah membina dinding, stor simpanan dan almari baju. Sekiranya cara meletak kereta tidak tepat atau sedikit lari daripada kebiasaan, mungkin terdapat sedikit masalah untuk membuka pintu, lebih kurang begitulah,” kongsi Jessie.

Rumah mini ini berjaya siap sepenuhnya pada Januari 2018 yang menelan kos sehingga RM350,000 termasuk sistem elektrik, air, dekorasi dan peralatan rumah lain.

“Ya, memang mahal untuk rumah mini seperti ini tetapi untuk hidup di kota New York, saya rasa ia berbaloi dan kamu boleh pindah sesuka hati dan di mana-mana saja,” jelasnya.

Dibina dengan peralatan rumah yang lengkap, ia termasuk sebuah sinki yang besar, kaunter dapur kayu, oven, dapur memasak, mesin basuh jimat tenaga, pengering pakaian dan pemanas mandian. Ia sebuah rumah mini yang minimal dan kemas.

“Saya suka hidup tanpa TV.  Walaupun mempunyai pilihan untuk berbuat demikian, tapi saya lebih suka bangun pagi mendengar suara kicau burung di balik jendela,” tambah Jessie.

Foto: Cosmopolitan

Foto: Cosmopolitan

Foto: Cosmopolitan

Foto: Cosmopolitan

Foto: Cosmopolitan

Sumber: Cosmopolitan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 4 Jul 2018

Ketahui Manfaat Minum Air Suam Untuk Kesihatan

Perbanyakkan minum air suam untuk kesihatan anada.

Gaya Hidup Fri, 15 Jun 2018
Gaya Hidup Wed, 10 Oct 2018

8 Sebab Kenapa Anda Tak Patut Berkongsi Katil Dengan Kucing Peliharaan Anda

Memang syok bila dapat bergomol bersama, tapi ia boleh membahayakan kesihatan anda.

Gaya Hidup Thu, 11 Oct 2018

Ketahui Risiko Bahaya Akibat Tidur Meniarap

Tidur meniarap boleh menjejaskan kesihatan diri anda.

Featured Fri, 12 Oct 2018

Isi Borang 40 Muka Surat Dulu Baru Boleh Masuk Ke Rumah Hantu McKamey Manor. OMG!!

Hampir tiada seorang pun yang mampu menghabiskan pengalaman masuk ke Mckamey Manor. Mesti seram gila!

Featured Thu, 18 Jan 2018

Kurus Tak Semestinya Sihat

Kurus itu cantik! Itu fakta yang tersemat di pemikiran ramai wanita. Namun, tahukah anda kurus itu tidak semestinya melambangkan seseorang itu 100% sihat. Ini disebabkan mereka yang kurus selalu merasakan mereka sihat lalu mengambil ringan […]

Gaya Hidup Tue, 9 Oct 2018

7 Sebab Kenapa Ramai Orang Tak Boleh Hidup Tanpa Telefon Pintar Mereka

Tidur pun wajib ada telefon pintar di sebelah!

Gaya Hidup Thu, 20 Dec 2018

Menurut Kajian, Otak Manusia Mula Berfungsi Sepenuhnya Pada Jam 10 Pagi

Tubuh badan manusia secara semula jadi bergantung kepada jam biologi badan.

Featured Sun, 3 May 2020

Lisa Surihani luah rasa rindu? Siapa gerangan yang dirindui?

Turut kongsi cara kekal hidrat dan cantik ketika Ramadan

error: Content is protected !!