Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin November 28, 2018 @ 11:00am

Wanita Ini Cirit-Birit Selepas Terminum Susu Kotak Dutch Lady Yang Dah Berkulat!

Baru-baru ini, seorang wanita Mohana Priyah telah berkongsikan pengalamannya di Facebook apabila dia telah terminum susu yang sudah berkulat! 

Untuk pengetahuan anda, susu yang berkulat itu adalah susu kotak jenama Dutch Lady berperisa strawberi yang dibeli di sebuah kedai di Flora Damansara, Damansara Perdana. 

Pada mulanya, dia tidak perasan ada kulat dalam kotak susu tersebut dan meminumnya seperti biasa saja. Tapi, dia berasa pelik kerana rasa susu tersebut lain macam! Rasanya seperti maggi goreng yang pedas.

Apabila dia melihat pada tarikh tamat tempoh, masih belum expired lagi iaitu pada tahun 2019, dan dia terus menghabiskan susu tersebut.

Foto: Facebook

Namun, apabila dia ingin membuang kotak susu tersebut, kelihatan ada beberapa cendawan di atas kotak susu dan segera membukanya. 

Susu tidak berwarna merah jambu dan bahagian dalam kotak dipenuhi kulat!

“Saya jarang minum susu, sebab itulah saya tak tahu susu tersebut telah tercemar”

Untuk pengetahuan anda, Mohana mengalami muntah dan cirit-birit selepas minum susu kotak tersebut. Menurutnya lagi, dia telah menghubungi pihak syarikat untuk mendapatkan penjelasan.

Foto: Facebook

Berikutan itu pihak syarikat tersebut telah mengambil sampel kulat dari susu kotak itu yang akan dihantar ke makmal untuk melalui ujian. Keputusan ujian akan dilakukan pada hari Isnin depan (3 Disember) kerana prosedur tersebut memerlukan 5 hari untuk diselesaikan. 

Kepada anda, berhati-hatilah apabila makan atau minum makanan di dalam kotak. Periksa terlebih dahulu sebelum memakannya. 

Sumber: World Of Buzz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 1 Dec 2020
Trending Sat, 30 Jun 2018

Yang Saya Marah, Dia Kahwin Dengan Kawan Sepermainan Anak Saya…

Namun saya tak sangka perkara itu benar-benar terjadi. Kalau dengan anak dara atau wanita yang lebih berusia saya boleh terima.

Featured Tue, 29 Apr 2025

“Benda Baik Kita Kena Cepatlah ” – Mr. E Impi ‘Pengakhiran Istimewa’ Dengan Erra Fazira

Kata Ezwan, dia dan Erra kini menjalani hubungan dengan matang dan terbuka.

Featured Sat, 18 Apr 2026

Busana Unik Diperbuat Dari 150 Helai Tuala ‘Legend’, Aina Abdul Terkilan Persembahan Di AJL40 Separuh Akhir Alami Masalah Teknikal

Aina Abdul terkilan apabila persembahannya di pentas separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40 SA) tidak berjalan seperti dirancang.

Featured Thu, 12 Sep 2024
Featured Tue, 7 May 2024
error: Content is protected !!