Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops November 29, 2018 @ 3:00pm

Bella Hadid Kongsikan Tip Untuk Makan Pizza Tanpa Mencomotkan Lipstick

Pakai lipstick memang best. Ia menambahkan seri kepada rupa anda, terutama sekali jika warna yang anda pilih adalah yang terang.

Kalau tak pakai produk makeup lain pun tak apa, asalkan ada lipstick yang cukup mengancam untuk memberikan oomph kepada penampilan anda.

Tapi yang lecehnya, bila nak makan saja, anda mesti kena hati-hati, kerana takut lipstick anda tercomot. Spoil habis rupa anda yang kononnya menawan tadi.

Cuba bayangkan yang anda berada di majlis yang meriah. Malunya! Lainlah jika anda pakai lipstick yang jenis waterproof.

Jika anda pernah mengalami situasi sebegini, tak apa. Ramai lagi wanita di dunia ini pernah melalui benda yang sama.

Di Internet, mungkin ada banyak tip yang telah dikongsikan tapi supermodel antarabangsa Bella Hadid juga ada tip tersendiri.

Rabu lalu, dia telah memuat naik sebuah video untuk Instagram Story di mana dia mendemonstrasikan cara yang betul untuk memakan pizza tanpa mencomotkan lipstick.

Oooh, susah tu! Kalau tak pakai lipstick pun gerenti ia akan terkena pada kulit di sekeliling mulut. Tapi Bella ada trick!

Jika anda tak sempat menonton video itu, jangan risau. Tutorial mini ini boleh dibahagikan kepada 4 langkah penting.

1. Pilih lipstick berwarna terang yang nampak berkilat dan tahan lama. Pakaikan banyak lapis kalau boleh.

2. Carik-carikkan sekeping pizza itu menjadi kepingan-kepingan kecil bersaiz 1 inci supaya senang dimasukkan ke dalam mulut.

3. Kunyah dan makan pizza itu sambil memuncungkan bibir anda. Macam itik!

4. Ulang langkah 2 dan 3 hingga pizza habis dimakan.

Jom cuba!

Sumber: Popsugar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Aug 2018

Semuanya Cantik-Cantik Belaka, Anak Selebriti Tempatan Yang Mana Pilihan Hati Anda?

Berstatus anak selebriti tempatan, lapan remaja ini membesar dengan pesona diwarisi kedua ibu bapa mereka.

Oh Lawa Mon, 25 Feb 2019
Featured Fri, 25 Oct 2019
Oh Lawa Fri, 20 Apr 2018

Ini 4 Cara Pakai Foundation Cecair Mengikut Jenis Kulit Anda

Sama ada kulit anda kering atau berminyak, ada alat aplikasi serta cara yang sesuai untuk memakai foundation.

Oh Lawa Wed, 3 Oct 2018

Ini Cara Betul Pakai Shawl Bersama Subang. Barulah Stailo!

Tidak kiralah tudung bawal ataupun shawl, kedua-dua jenis tudung ini memang cantik dipadankan dengan subang.

Oh Lawa Mon, 7 May 2018

10 Selebriti Wanita Hollywood Sudah “Serik Dan Cuci Tangan” Daripada Pengambilan Suntikan Wajah

Kecantikan fizikal memainkan peranan besar dalam menentukan kerjaya kebanyakan wanita di sana sehingga memberikan tekanan kepada mereka untuk mendapatkan botox atau filler.

Oh Lawa Fri, 28 Dec 2018
error: Content is protected !!