Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom December 7, 2018 @ 10:00am

Pusat Hiburan Tidak Dibenarkan Beroperasi Melabihi Jam 1 Pagi bermula 2019. Ini Berita Baik!

Kepada si kaki clubbing yang bernazar untuk menjadi manusia yang lebih baik, azam anda akan tercapai dengan pelaksanaan baru bakal dilakukan kerajaan pada 2019.

Baru-baru ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad telah menetapkan peraturan baru secara ketat yang akan dikuatkuasakan bermula Januari 2019 di mana pusat-pusat hiburan yang ada di pusat bandar tidak lagi dibenarkan untuk beroperasi selepas 1 pagi.

Peraturan ini ditetapkan kerana kebanyakan pusat hiburan yang beroperasi selepas waktu 1 pagi seringkali dikunjungi oleh penduduk tempatan bukannya pelancong asing yang datang ke Malaysia.

Walau bagaimanapun, difahamkan premis-premis yang sering dikunjungi oleh pelancong akan diberikan pengecualian dan dibenarkan beroperasi sehingga 5 pagi dengan syarat setiap pusat hiburan tersebut mempunyai kebenaran khas oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dengan pelaksanaan undang-undang baru ini, anda yang dulunya gemar menghabiskan masa di kelab malam sehingga subuh pagi,  kini boleh memanfaatkan masa terluang dengan melakukan aktiviti sihat dan perkara yang lebih berfaedah. Semoga Istiqomah!

Sumber: The Vocket

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 17 Dec 2018

Wave Rock Port Baru Buat Si Kaki Hiking!

Uniknya tentang Wave Rock ini, adalah bentuk jalurnya yang senget!

Featured Sat, 31 Jan 2026

Jadi Muse Pakaian Raya, Gandingan Sharnaaz Ahmad & Azira Shafinaz Imbau Kembali ‘Kisah Cinta’ Zaman PKP

Sharnaaz Ahmad menyorot perhatian apabila memuat naik video miliknya bersama penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz

Featured Sat, 9 Oct 2021
Featured Wed, 14 Sep 2022
Featured Thu, 22 Dec 2022
error: Content is protected !!