Eat Travel By: Ad Ops December 7, 2018 @ 5:00pm

10 Tip Untuk Melancong Dalam Group Yang Ramai

Yay! Musim cuti dah tiba! Pergi melancong memang syok, tak kiralah dengan rakan atau keluarga. Tapi pada masa yang sama, streslah juga.

Ini adalah kerana ada banyak perancangan yang perlu dibuat dan banyak wang yang akan dibelanjakan, terutamanya jika anda travel dengan jumlah orang yang ramai.

Tak apa, ada beberapa cara yang boleh kurangkan kadar stres anda dalam hal ini.

Di bawah ini adalah 10 tip yang anda boleh ikuti ketika melancong ramai-ramai, tak kiralah dengan 8 orang atau 20. Nescaya pengalaman anda akan lebih menyeronokkan.

1. Selalu bawa tisu basah

Walaupun kumpulan travel anda ini dah besar panjang, anda masih perlukan wet wipes untuk kekal bersih sepanjang masa. Ada banyak kegunaannya, dari mencuci muka dan tangan ke menghilangkan peluh dan kotoran sebelum anda boleh mandi.

2. Pertimbangkan kemahuan semua orang bila memilih aktiviti

Foto: Best Western Plus Forest Park Inn

Sebelum membuat itinerari, perkara pertama yang anda semua perlu buat adalah untuk duduk sama-sama dan bincang tentang apa nak buat, dan ke mana nak pergi bila anda dah sampai di destinasi.

Fikirkan tentang minat dan kemampuan semua. Dengan ini, pasti ada sesuatu yang semua orang boleh enjoy.

3. Hanya rancang satu aktiviti utama dalam sehari

Bila travel, kalau boleh anda mesti nak sumbatkan sebanyak mana aktiviti yang boleh ke dalam itinerari untuk sesuatu hari itu. Realitinya, bila anda melancong dengan ramai orang, melaksanakan lebih daripada satu aktiviti utama dalam sehari boleh rosakkan mood mereka.

Contohnya, pada waktu pagi, anda semua mengunjungi satu taman tema. Kemudian tengah hari sikit, anda kunjungi satu lagi taman tema. Pasti ada yang rasa penat.

Dengan merancang satu aktiviti utama saja untuk setiap hari, anda pasti boleh menikmati aktiviti tersebut tanpa memenatkan badan sangat.

4. Beli snek dan makanan di kedai runcit di destinasi

Foto: Alex Wong/Getty

Walaupun anda disarankan untuk membawa makanan dari rumah, jika kumpulan anda besar, pastinya anda inginkan sebanyak ruang yang ada.

Jadi jika anda sampai sana baru beli barang, anda boleh jimat ruang dan jimat wang daripada makan di restoran.

5. Senaraikan barang-barang yang perlu dibawa oleh setiap orang

Lain orang, lain keperluannya. Jadi mereka perlu ada check list dan pastikan tiada barang yang tertinggal. Dengan mengikuti cara ini, tak perlulah anda beli barang baru untuk menggantikan barang yang tertinggal bila tiba di destinasi.

6. Sediakan sedikit masa dalam itinerari untuk explore

Foto: Travel Greece Travel Europe

Memanglah bagus untuk cover sebanyak mana aktiviti yang boleh. Bila lagi, kan? Sebenarnya anda patut juga ada masa “free & easy” supaya anda boleh jalan-jalan dan terokai keistimewaan destinasi anda yang anda mungkin tak tahu pun ada.

7. Ingatkan semua orang jika mereka ingin ke tandas

Tak kiralah usia travel mate anda, mesti ada seseorang yang kata dia nak ke tandas, walaupun anda semua baru saja singgah satu! Kanak-kanak pula selalu “lupa” yang mereka perlu buang air.

Jadi bila anda tengah melawati sesuatu tempat itu, bila anda menjumpai mana-mana tandas, ingatkan teman-teman anda jika mereka ingin pergi.

8. Jika destinasinya tak begitu jauh, baik drive saja

Walaupun penerbangan menjimatkan masa, memandu lebih menjimatkan wang. Anda juga boleh bawa lebih banyak barang.

Kalau anda nak, cuba sewa dua kereta kecil daripada satu van besar. Harganya kadangkala lebih murah.

9. Selalu bawa barang extra

Foto: Flickr/Joe Shlabotnik

Walaupun ia mungkin memakan ruang dalam beg atau di dalam boot, ada sesetengah barang yang anda perlukan ekstra, seperti seluar dalam. Jika anda takut anda terbawa terlalu banyak item pakaian, pack dua helai kemeja untuk setiap seluar.

10. Bawa ubat, walaupun tiada sesiapa yang sakit

Dengan perubahan cuaca yang tak dapat dijangka, ada potensi untuk anda jatuh sakit. Oleh sebab ini, anda memang patut bawa ubat, just in case. Bawa yang basic, seperti ubat selesema atau demam.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 18 Dec 2018

Cara Mudah Nak Masak Biryani Ayam Ala India

Nak sedap lagi hidangkan bersama raita iaitu campuran yogurt bersama bawang dan tomato.

Eat Travel Thu, 8 Nov 2018

Inilah Resipi Ais Krim Biskut Oreo Macam McFlurry McDonald’s

Kalau anda rasa harga di McDonald’s mahal, jom buat sendiri.

Eat Travel Mon, 18 Mar 2019
Eat Travel Tue, 10 Mar 2020

Ini rahsia kuah laksa yang dimasak sedap!

Resipi turun temurun jadi taruhan.

Eat Travel Thu, 6 Feb 2020

Rahsia masakan bersantan lambat basi

Panduan yang sangat berguna!

Eat Travel Sun, 15 Jul 2018

Wow! Kreatifnya Design Kek Menggunakan Cupcake Ini

Memang kreatif guna kek cawan sahaja!

Eat Travel Sat, 9 Nov 2019

Nikmati juadah pulut mangga manis dalam bentuk bebola

Rasa santannya buatkan juadah ini lagi oomph!

Eat Travel Fri, 30 Nov 2018
Eat Travel Fri, 17 Aug 2018
Eat Travel Sun, 22 Jul 2018

Memang Gebu Hokkaido Chiffon Cake Ini! Anda Boleh Tiru Resepi Ini Untuk Membuatnya

Jom asah bakat memasak anda dengan membuat Hokkaido Chiffon Cake. Gerenti sedap!