Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops February 17, 2020 @ 2:38pm

Siput sedut keju, shell food asam pedas buat air liur meleleh

Pening memikirkan lokasi kedai makanan yang menyajikan menu unik dan sedap pada harga berpatutan? Apa kata singgah di Restoran Izi Stesen yang terletak di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor.

siput sedut cheese izi stesen

Restoran Izi Stesen menawarkan menu signature siput sedut cheese dan shell food asam pedas pertama di Malaysia. Kredit gambar: Facebook Izi Stesen

Restoran yang mula beroperasi sejak September 2016 itu menyajikan variasi hidangan enak yang lain daripada lain dan pastinya menerkam deria rasa semua.

Dengan tagline, Rare Seafood Dishes, Izi Stesen yang diusahakan pasangan suami isteri, Nur Syairah Zainal Abidin dan Mohd Izzudin Samsudin itu cukup popular dengan menu Siput sedut cheese.

siput sedut cheese

Cairan keju yang memberi kepuasan maksima kepada penggemar keju. Kredit gambar: Facebook Izi Stesen

Mungkin ada yang merasakan siput sedut yang kaya dengan limpahan lelehan keju akan memberi rasa muak, namun tanggapan itu silap sama sekali.

Kombinasi sos istimewa serta rasa lemak keju dan mentega yang diseimbangkan dengan rasa pedas cili padi, taburan serbuk cili, aroma daun kari serta perahan lemon ternyata memberi cita rasa tersendiri yang sangat unik untuk dinikmati.

siput sedut cheese

Kombinasi rasa yang seimbang dan memikat selera. Kredit gambar: Facebook Izi Stesen

Pelanggan yang pertama kali mengunjung ke restoran tersebut wajib pesan menu istimewa tersebut. Selain menu signature siput sedut cheese, Izi Stesen yang semakin mendapat tempat di hati penggemar makanan laut turut menawarkan menu unik lain iaitu Shell food asam pedas.

shell food asam pedas izi stesen

Penggemar asam pedas wajib cuba menu shell food asam pedas Izi Stesen. Kredit gambar: Facebook Izi Stesen

Rasanya memberi nikmat dan sesuai untuk penggemar asam pedas yang inginkan sesuatu yang unik serta berbeza. Menu shell food didatangkan dengan dua pilihan set iaitu Set Pasangan (untuk dua orang) berharga serendah RM35 dan Set Keluarga (tiga hingga empat orang makan) serendah RM60.

Selain asam pedas, pelanggan juga mempunyai pilihan perasa lain iaitu Buttermilk atau Black Pepper. Setiap set hidangan shell food diberi nasi secara percuma atau pelanggan boleh memilih untuk membuat pesanan sajian berupa pasta.

Restoran Izi Stesen yang merupakan syarikat 100 peratus hak milik bumiputera turut menawarkan menu unik lain yang wajib dicuba seperti kerang bakar saiz XL, brokoli goreng, baby crab, udang keju mentega dan banyak lagi.

kerang bakar sedap

Kerang bakar saiz XL antara menu yang terdapat di Izi Stesen. Kredit gambar: Facebook Izi Stesen

brokoli goreng

Brokoli goreng sedap dinikmati panas-panas. Kredit gambar: Facebook Izi Stesen

Justeru, jika anda mencari restoran makanan laut yang menyajikan menu lain daripada yang lain di sekitar Lembah Klang, jangan lupa datang ke Restoran Izi Stesen yang terletak di Lot 3,4,5 Gerai MBSA, Jalan Kuala Selangor/Sungai Buloh, Seksyen U19, 47000 Sungai Buloh, Selangor. Waze sahaja Izi Stesen!

asam pedas shell food

Kredit gambar: Facebook Izi Stesen

Restoran Izi Stesen dibuka setiap Isnin hingga Ahad (Selasa tutup) dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam. Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan boleh hubungi atau Whatsapp talian 016-2932345.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 18 Jan 2019

Hoping to visit an Indonesian reef that’s less-travelled than Bali and Lombok? Try Gili Islands!

There are three so pick one that’s perfect for your planned activities.

Eat Travel Sat, 9 Nov 2019

Nikmati juadah pulut mangga manis dalam bentuk bebola

Rasa santannya buatkan juadah ini lagi oomph!

Eat Travel Thu, 16 Aug 2018

14 Lokasi Makan-Makan Terbaik Di Taiping, Perak

Memang berbaloi untuk anda kunjungi.

Eat Travel Sun, 7 Oct 2018

Imaginasi Hidangan Timur-Barat, Meet & Dine Kafe Wajib Anda Singgah!

Meet & Dine menjanjikan hidangan yang super hebat!

Eat Travel Tue, 4 Dec 2018
Eat Travel Thu, 18 Oct 2018
Eat Travel Wed, 26 Dec 2018

Grilled Chicken Caesar Salad, Menu Diet Yang Sihat Lagi Lazat!

Semoga perancangan diet anda mencapai target!

Eat Travel Mon, 2 Jul 2018

Buat 4 Jenis Kek Di Dalam Mug Dengan Menggunakan Microwave, 3 Minit Dah Siap!

Sesuai untuk orang-orang yang malas buat kek tapi teringin.

Eat Travel Tue, 29 Oct 2019
Eat Travel Mon, 17 Dec 2018

Cuba Resipi Nasi Goreng Ini Yang Gerenti Berkhasiat Untuk Anak Anda

Rasanya cukup sedap untuk menambat seleranya!

error: Content is protected !!