Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom December 11, 2018 @ 9:35pm

Pujuk Isteri Dengan Mesej Lucu, Confirm Hati Yang Mendidih Tak Jadi Marah!

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Rajuk, selisih faham dan terasa hati dalam rumah tangga itu adalah lumrah biasa. Wanitalah yang biasanya sering makan hati.

Masakan tidak, sudahlah penat bekerja untuk membantu suami mencari rezeki, pulang ke rumah pula ada tanggungjawab lain sudah menanti, iaitu tugasan suri rumah dan ibu.

Jadinya bila suami tahu memerintah saja atau melafazkan sesuatu topik yang sensitif sama ada secara sengaja atau tidak, hati tisu wanita itu mudah terluka.

Bagaimana untuk meredakan keadaan ini sekiranya isteri mahupun teman wanita anda merajuk? Usar gusar, follow saja tip dibawah, cairlah hati si dia!

3 cara pujuk perempuan melalui SMS

1. Luahan perasaan

Pertamanya, salah satu cara pujuk perempuan melalui SMS yang paling berjaya adalah dengan membuat luahan perasaan.

Kemudian, minta si dia meluahkan apa yang terbuku di hati yang membuatnya merajuk.

Biarlah dia meluahkan perasaan tak puas hatinya itu dalam kiriman mesejnya. Yang pasti anda harus teliti satu-satu.

Kemudian, selesai saja meluahkan isi hati itu, minta dia bertenang dan anda boleh mula membalas mesejnya dengan penjelasan yang lebih jelas tentang perkara sebenar.

2. Penghargaan

Penghargaan yang macam mana nak buat, ya? Antaranya memberi kata-kata pujian, ucapan terima kasih, mengembalikan memori saat pertama kali berkenalan atau minta dia mesej barang yang disukai seperti pakaian, makanan atau apa sahaja yang diingini.

Tambah-tambah pula, pasangan anda itu seorang yang sangat menghargai anda. Tentunya anda harus menjaga hatinya dengan lebih baik.

3. Memohon maaf

Tak kira siapa pun yang bersalah, cara terbaik untuk menjernihkan suasana adalah dengan meminta maaf.

Perlu tahu dalam memujuk perempuan, lelaki harus membuang ego dan tak malu untuk memohon maaf, sekaligus mengakui kesilapan yang telah dilakukan.

Jadikan amalan untuk meminta maaf sebagai ruang untuk anda membuat penambaikan dalam diri dan hubungan.

Foto: sorrygulbul

15 cara pujuk perempuan melalui SMS 

Short Messaging Services (SMS) boleh menjadi alat yang mudah untuk menyampaikan rasa sayang dan cinta terhadap seseorang.

Malah, dengan SMS juga, ia lebih mudah untuk meluahkan perasaan dengan hanya menekan keypad telefon bimbit pesanan boleh dihantar dengan segera.

Faktanya, sebahagian besar wanita gembira bila dipujuk dengan cara ini. Bahkan, memujuk bukan dengan hanya menghantar hadiah yang mahal tetapi cukup dengan hantar SMS.

Antara pesanan dan pujukan lucu yang boleh membantu anda memujuk si dia yang sedang merajuk:

  • Sudah lama menunggu cintamu, hingga tubuh dipenuhi lumut cacing. Adakah kamu ingin menjadi orang kejam dengan membiarkan lumut cacing itu diambil si pemancing untuk dijadikan umpan?
  • Ramai orang kata aku telah menjadi gila. Tapi aku tak marah sebabnya aku memang gila. Aku gilakan kamu! Cia Cia Cia
  • Makin awak merajuk makin comel sebab tu saya suka buat awak marah. Boleh saya video call nak tengok wajah comel isteri saya?
  • Aku tak pernah menggunakan jam loceng sejak berkenalan denganmu kerana aku tak mahu ia mengganggu mimpi indah bersamamu berlalu pergi.
  • Tertawa bersamamu adalah nutrisi yang diperlukan untuk hati dan jiwaku.
  • Aku mencintaimu bukan kerana kamu cantik. Tapi kerana aku mencintaimu, maka kamu jadi cantik.
  • Tolong cari doktor gigi, sebab kamu terlalu manis.
  • Cintaku padamu bagaikan call center, selalu online sepanjang hari.
  • Hidupku tanpamu ibarat kopi tanpa gula dan teh tanpa susu.
  • Kalau boleh menyusun abjad, I nak letak U dekat dengan I.
  • U ni doktor ke, kaki I terseliuh sebab jatuh cinta dengan U
  • Dari mana datangnya cinta, dari SMS turun ke hati
  • Betapa indah pun perkataan, tak boleh sama untuk menyatakan cintaku padamu
  • Senyuman kamu lebih manis dari donut!
  • Saya salah dan saya akui kesilapan saya. Tapi kalau awak tak maafkan saya, macam mana saya nak maafkan diri sendiri.
  • Tak apalah, saya kasi awak menang. Jom kita amik trofi KLCC!

Selamat mencuba!

Sumber: The Asian Parent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sun, 15 Apr 2018

Belajar Cara Mudah Untuk Mengikat Tali Leher, Boleh Pikat Encik Suami!

Mungkin si suami dah tahu cara ikatannya, tapi apa salahnya kalau si isteri ingin menunjukkan perasaan sayangnya melalui aksi intim itu?

Gaya Hidup Tue, 6 Mar 2018

Malunya Kasut Berbau Hapak! Ikuti 7 Cara Mudah Ini Untuk Hilangkan Bau Itu

Kaki anda kuat berpeluh? Sebab itulah bakteria boleh membiak di dalam kasut dan menyebabkan kasut berbau.

Gaya Hidup Tue, 17 Apr 2018

Ini Sebab Kenapa Anda Tak Patut Biarkan Handphone Anda Dicas Semalaman

Anda pernah dengarkan, yang kita tak patut biarkan telefon kita dicas berlebihan? Kononnya lama-lama kuasa bateri itu akan berkurangan.

Gaya Hidup Tue, 14 Aug 2018

Cuaca Panas Kembali Melanda Malaysia, Ini Tip Untuk Anda Bersiap Siaga!

Fenomena ini berlaku akibat fasa monsun Barat Daya yang mendominasi keadaan cuaca negara.

Cahaya Mata Wed, 18 Jan 2023

Syaikhul Islam Cium Tangan Puteri Sarah, Netizen Komen: “Dia Faham, Tapi Tak Nak Meluahkan”

Tular sebuah video anak sulung pelakon Puteri Sarah Liyana, Syaikhul Islam mencium tangan ibunya. @uqaylakidswear Replying to @NZ HOME Anak itu seperti dapat merasakan betapa beratnya ujian ditanggung ibu tersayang..💔 #puterisarahliyana #puterisarah ♬ suara asli […]

Gaya Hidup Wed, 10 Oct 2018

8 Sebab Kenapa Anda Tak Patut Berkongsi Katil Dengan Kucing Peliharaan Anda

Memang syok bila dapat bergomol bersama, tapi ia boleh membahayakan kesihatan anda.

Gaya Hidup Wed, 12 Sep 2018
Featured Wed, 1 Dec 2021

“Tak Semput Ke Motor Bang?” – Pengalaman Pasangan Ini Ke Kota Paris Naik Motor Honda RS150R Mengujakan Netizen

Boleh ke kita mengembara ke kota Paris dengan hanya menaiki motosikal? Sepasang suami isteri ini membuktikan mengembara ke negara Eropah dengan menaiki motosikal bukanlah perkara yang mustahil. Baru-baru ini seorang pengguna TikTok dibawah nama pengguna […]

Gaya Hidup Thu, 14 Nov 2019

10 makanan yang tidak patut dimakan ketika perut kosong

Ketahui juga 10 makanan yang selamat untuk dimakan.

Gaya Hidup Thu, 2 Aug 2018

6 Kesilapan Yang Anda Tidak Tahu Ketika Guna Tisu Pembersih Wajah

Penggunaan tisu pembersih wajah boleh mendatangkan kerosakan serius pada kulit wajah jika ia tidak digunakan dengan teknik yang betul.

error: Content is protected !!