Euforia Bola 2026
Sihat By: tex_admin December 24, 2018 @ 4:00pm

Ini Yang Wajib Anda Tahu Tentang Penyakit Influenza A (H1N1) Yang Boleh Dijangkiti Oleh Anak

Anda pernah ada pengalaman anak dijangkiti Influenza A (H1N1)? Jika tidak pernah, anda perlu tahu bagaimana penyakit ini boleh dijangkiti oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa. 

Untuk pengetahuan anda, Influenza A (H1N1) merupakan sejenis demam selesema yang sangat mudah berjangkit. Simptom selesema ini juga hampir sama seperti selesema bermusim biasa. Sebab itulah ramai yang keliru!

Penyakit ini juga dinamakan sebagai selesema babi kerana ia adalah satu bentuk virus baru yang dikatakan berasal daripada babi. Selain itu, penyakit ini juga sangat mudah berjangkit melalui batuk dan bersin oleh individu yang dijangkiti. 

Lagi-lagi jika anda berada di dalam ruang rumah yang tertutup bersama individu yang dijangkiti, pastinya sangat mudah virus ini merebak. Jom ketahui simpton-simpton apabila anak anda dijangkiti Influenza A.

Simpton-simpton Influenza A 

Simpton penyakit ini adalah berbeza dalam setiap individu. Sesetengah individu yang dijangkiti virus ini ahnya mengalami simpton yang sederhana sahaja. Tetapi, terdapat juga individu yang boleh mengalami komplikasi seperti penyahhidratan, pneumonia (radang paru-paru) atau kesukaran untuk bernafas.

Selain itu, simptom-simptom selesema H1N1 adalah hampir sama dengan simptom selsema biasa iaitu:

  • Demam dengan mengejut
  • Keletihan 
  • Sakit tekak
  • Hidung berhingus
  • Batuk
  • Sakit kepala
  • Sakit otot dan sendi 
  • Cirit-birit
  • Muntah
  • Sakit pada abdomen

Bayi & Influenza A

Foto: Health Foundations Birth Center

Sekiranya bayi anda menghidap selesema ‘biasa’, kadar suhu badannya ketika demam selalunya tidak melebihi 39 darjah Celcius. Tapi, sekiranya, bayi anda menghidap Influenza ini, suhu badannya boleh mencecah lebih daripada 39 darjah Celcius atau lebih tinggi daripada suhu badan normal.

Bawalah bayi anda berjumpa doktor, sekiranya bayi menunjukkan tanda-tanda seperti berikut:

  • Demam panas
  • Mengantuk
  • Tidak mahu berinteraksi
  • Telah kehilangan selera makan

Kanak-kanak & Influenza A

Foto: Medscape

Bagi kanak-kanak yang menghidapi jangkitan Influenza A yang teruk kadangkala menunjukkan simpton seperti ini:

  • Kegelisahan yang ekstrim
  • Kesukaran bernafas
  • Perubahan warna kulit atau kulit berkedut
  • Sawan

Sekiranya, anak anda disahkan dijangkiti Influenza A ini, anda perlu menjaganya di rumah. Pastikan anak anda mendapat rehat yang mencukupi dan memberinya banyak minum air putih untuk memastikan dia terhidrasi dengan baik. 

Anda juga perlu mengawal suhu anak dengan menggunakan kipas angin atau span basah. Anda juga boleh memberikannya paracatemol untuk kanak-kanak bagi mengurangkan suhu badannya. Apapun, dapatkan khidmat nasihat daripada doktor untuk merawat penyakit ini. 

Semoga bermanfaat!

Sumber: Babycenter

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 21 Dec 2018

Rahsia Kebaikan Herba-Herba Yang Mungkin Anda Tak Tahu!

Bukan saja membangkitkan aroma yang menyelerakan dan membuatkan hidangan lebih enak tetapi herba jugak baik untuk kesihatan.

Featured Thu, 29 Nov 2018

Lambat Datang Haid? Ini Sebab Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Salah satu sebabnya adalah kerana terlalu aktif bersenam.

Featured Fri, 10 Apr 2020

Tidur mengiring posisi selamat mengelakkan kematian bayi dalam kandungan

Tidur mengiring juga bantu ibu hamil lebih lena

Sihat Fri, 27 Sep 2019

Anda penghidap gout? Elakkan jenis makanan ini

Ambil langkah berjaga sebelum ia menjadi lebih teruk!

Featured Sun, 14 Oct 2018

12 Jenis Makanan Yang Tidak Sesuai Dimakan Penghidap Kanser

Pesakit kanser harus lebih berhati-hati dengan pengambilan makanan berbanding mereka yang bukan penghidap kanser.

Sihat Wed, 8 Apr 2020
Sihat Fri, 15 Mar 2019
Featured Tue, 8 Oct 2019
Featured Fri, 20 Sep 2019
error: Content is protected !!