Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom April 10, 2020 @ 6:00pm

Tidur mengiring posisi selamat mengelakkan kematian bayi dalam kandungan

Hampir semua ibu yang sedang hamil, mengalami masalah ini – sukar untuk tidur!

Oleh kerana gangguan tidur ini dianggap perkara biasa, ramai bakal ibu tidak sedar ia boleh menjejaskan kesihatan mereka dan bayi dalam kandungan.

Ibu hamil yang kurang tidur boleh mendapat komplikasi kehamilan seperti preeklampsia, iaitu keadaan serius yang menjejaskan tekanan darah dan buah pinggang, serta menyebabkan kelahiran pramatang. Oleh itu, jangan ambil mudah jika anda tidak cukup tidur.

Ibu hamil sukar tidur lena mungkin mempunyai kaitan dengan masalah keselesaan, kerap ke tandas, nafas pendek, sakit badan dan pedih ulu hati kerana perubahan hormon juga faktor pemakanan.

Cara untuk ibu hamil menikmati tidur yang nyenyak, sekali gus menjamin keselesaan bayi dalam kandungan, adalah dengan mengiring.

Foto: Dr Diane

Kajian perubatan mendapati, posisi tidur secara mengiring dapat menyelamatkan bayi dan mengurangkan risiko kehilangan nyawa.

Laporan diterbitkan BJOG, sebuah Jurnal Antarabangsa Obstetrik dan Ginekologi, ada menjelaskan wanita berisiko mengalami kematian bayi ketika tidur 2.3 kali lebih tinggi sewaktu usia kandungan memasuki 28 minggu.

Hal ini terjadi apabila bahagian punggung dan badan akan memberi tekanan terhadap kandungan ketika anda sedang nyenyak tidur.

Kajian itu mendapati sebanyak 291 kes kehamilan berakhir dengan kematian dan hampir 735 wanita berjaya melahirkan bayi, mengakui tidur secara berbaring lebih cenderung kehilangan bayi dalam kandungan.

Sementara satu lagi kajian yang dilakukan secara berasingan dan diterbitkan jurnal PLOS One, mendapati kedudukan tidur secara terlentang pula memberi risiko kematian kelahiran sebanyak 3.7 kali lebih tinggi.

Foto: Parents

Ini kerana, ibu yang berbaring secara terlentang ketika berada dalam trimester ketiga, menyebabkan berat badan dan rahim akan memberi tekanan terhadap saluran darah yang membekalkan oksigen kepada bayi. Dapatan ini disokong oleh beberapa teori yang dikeluarkan oleh pengkaji.

Cara tidur seperti itu juga mengganggu bekalan oksigen optimum yang diperlukan oleh bayi, lebih-lebih lagi sekiranya si ibu menghidap asma.

Bagi ibu yang bakal memasuki kandungan trimester ketiga, adalah penting untuk anda mengamalkan posisi tidur mengiring selain membiasakan diri berehat pada siang hari.

Walaupun secara umumnya doktor menyarankan untuk ibu tidur hanya pada sebelah kiri, kajian terbaru menunjukkan bahawa kedua-dua bahagian adalah selamat.

Bagi ibu-ibu yang beragama Islam, sebaiknya tidur mengiring ke kanan kerana itu adalah sunah Rasulullah SAW.

Khafiat atau kebaikan yang kita peroleh daripada tidur mengiring sebelah kanan antaranya mengurangkan tekanan jantung, merehatkan otak kiri, merehatkan organ esofagus, mempercepatkan sistem pencernaan membuang air besar, melindungi kesihatan paru-paru dan merehatkan kaki kiri.

Justeru itu, jika ada ibu hamil yang sukar untuk tidur, cuba praktikkan kaedah tidur mengiring ini. Semoga sepanjang malam anda nyaman!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 Jan 2023

Rindu Suasana Makkah, Syafiqah Aina Dedah Penting Rakaman Video Biarpun Sibuk Beribadah

Usahawan serta pempengaruh, Syafiqah Aina mengakui betapa penting merekod video dalam mengabadikan momen terindah untuk diingati. @syafiqahainaofficialBila tengok balik video yg ada masyaAllah, mengalir air mata sbb terlalu rindu. Orang cakap “tkpayahla buat video, focus […]

Featured Mon, 9 Jan 2023

[VIDEO] Aeril Zafrel, Wawa Zainal Komen Isu Kahwin Lagi – “Jangan Kau Mengundang, Nanti Penyondol Datang..”

Alamakk, isu sensitif ni. Bak kata Wawa semua orang tengah emo isu kahwin dua, tak pepasal kan dah kena marah tuu 🤣🤣🤪

Featured Mon, 17 Feb 2025

Lagu ‘Hening Rindu’ Marsha Milan Sentuh Jiwa Thalita, Shuib Dedah Punca Anak Menangis

Saya pun nak nangis sebab teringat arwah Sarah pernah beraksi di stage itu.

Featured Mon, 24 Feb 2025

Penyanyi Sambilan Dipercayai Mati Dib*nuh Teman Lelaki

Polis menemukan mayat wanita yang berlumuran darah di atas katil,

Featured Sat, 28 Jun 2025

Feby Putri Kembali Ke Kuala Lumpur Untuk Konsert ‘Vol.3: Hitam Putih’ 19 Julai Ini

Feby Putri Vol.3: Hitam Putih Live in Kuala Lumpur kembali!

Drama Sat, 10 Dec 2022

Jangan Lepas Tanganku Nafas Baru Buat Sufi Rashid Selepas Setahun Menghilang

Penyanyi bersuara merdu, Sufi Rashid kembali menghiai industri muzik dengan mempertaruhkan lagu terbarunya berjudul Jangan Lepas Tanganku. Amar Habir bersama kugiran Faris Fuad dan Jad Lobo adalah komposer yang dipertanggungjawabkan dalam penghasilan lagu unik Sufi […]

error: Content is protected !!