Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops December 30, 2018 @ 1:00pm

Anda Rasa Tak Produktif Di Tempat Kerja? Gunakan Teknik Pomodoro Yang Terbukti Efektif!

Anda ada banyak kerja yang perlu disiapkan tapi malangnya anda mengalami kesukaran untuk fokus. Ataupun anda kononnya bercadang nak bekerja selama 4 jam tanpa henti, tapi hasilnya taklah produktif seperti yang disangka.

Pernah tak anda lalui situasi-situasi sebegini? Jika anda ingin mencari penyelesaiannya, ada sebuah lifestyle hack yang anda boleh cuba: Pomodoro Technique.

Teknik yang telah dibuktikan menjadi ini memerlukan anda untuk pecahkan waktu bekerja anda kepada beberapa blok (setiap satunya dipanggil “Pomodoro” dan berlangsung selama 25 minit).

Sesi kerja ini diselangkan dengan waktu rehat selama 5 minit. Selepas 4 Pomodoro, anda boleh rehat selama 15 ke 20 minit.

Kesimpulannya, anda buat kerja dengan fokus 100% dalam ruang jangka masa pendek diselangi dengan waktu rehat yang membolehkan anda untuk rehatkan minda.

Jom semak bagaimana caranya dengan lebih terperinci.

Langkah-langkah Pomodoro Technique

1. Senaraikan kerja-kerja yang perlu disiapkan.

2. Gunakan timer dan tetapkan masa sebanyak 25 minit.

3. Mula buat kerja dengan penuh tumpuan. Cuba sedaya-upaya untuk elakkan sebarang kekecauan daripada menjejaskan fokus anda.

Foto: Elvindantes.com

4. Bila masa 25 minit ini sudah tamat, berhenti bekerja. (Sebuah blok waktu bekerja ini dinamakan Pomodoro)

5. Dalam satu lagi check list, tuliskan rekod progres untuk “Pomodoro #1”. Tuliskan juga nota-nota tentang pengalaman anda tadi yang boleh memperbaiki teknik bekerja anda untuk Pomodoro yang seterusnya.

6. Rehat selama 5 minit. Bangun dari tempat duduk, bergerak sedikit, minum air… apa-apa sajalah. Asalkan anda tak fikirkan tentang kerja anda tadi.

Foto: Elvindantes.com

7. Jom sambung bekerja! Ulangi langkah 2 hingga 6.

8. Selepas Pomodoro #4, rehat selama 15 ke 20 minit. Anda boleh juga buat kerja-kerja rumah yang tak rumit.

9. Ulangi teknik ini hingga anda rasa nak sambung esok pula.

Foto: Elvindantes.com

Di sini ada info menarik! “Pomodoro” bermaksud tomato dalam bahasa Itali. Teknik ini dinamakan begitu kerana penciptanya, Franceso Cirillo, telah menggunakan sebuah timer yang berbentuk tomato.

Kelebihan Promodoro Technique

Idea di sebalik teknik ini adalah timer tersebut yang mewujudkan rasa ‘cemas’ dan terdesak untuk siapkan kerja.

Selalunya anda mungkin akan fikir yang anda ada baaanyak masa dalam sehari untuk habiskan kerja anda. Selalunya juga penumpuan minda anda akan terjejas oleh macam-macam gangguan.

Anda mungkin ingat bekerja tanpa henti selama 4 jam adalah produktif. Anda mungkin ingat kekerapan berehat selama 5 minit itu adalah membuang masa.

Sebenarnya tak! Menerusi teknik Pomodoro, anda hanya ada 25 minit untuk siapkan sebanyak mana kerja yang mungkin. Dengan adanya misi ini, anda akan memaksa diri anda untuk jadi lebih fokus.

Tambahan pula, waktu rehat yang diselitkan selepas setiap sesi bekerja boleh membantu menyembuhkan rasa penat yang kita rasai menjelang hujung sesuatu hari itu.

Kadangkala kita leka bekerja sampai tak perasan pun yang masa panjang dah berlalu. Mana tak penat, kan?

Jadi jika anda nak cuba tingkatkan produktiviti, bolehlah cuba teknik ini! Semoga berjaya!

Sumber: The Muse, Elvindantes.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 17 May 2018

Menu Ala Shell Out Jadi Kelainan Bufet Ramadan Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Bertemakan “Ramadhan Chefs Out”, cara ia dipersembahkan kepada pelanggan dan tetamu juga amat istimewa di samping menyajikan lebih 300 hidangan enak yang pasti menambat selera.

Gaya Hidup Fri, 16 Nov 2018

Anugerah Haiwan Peliharaan Paling Popular Jatuh Kepada…

Untuk mendapatkan haiwan-haiwan famous ini, anda kena buat booking dulu!

Featured Sat, 30 May 2020

2 negeri dalam Zon Hijau kembali catat kes baharu positif COVID-19

Jangkitan membabitkan warganegara Malaysia

Featured Wed, 17 Aug 2022

Pemilik CrackHouse Comedy Disenarai Hitam Seumur Hidup Cetus Pelbagai Reaksi Netizen – “Tak Adil, Kesian Periuk Nasi Orang..”

Dek kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Habis periuk nasi orang lain terpaksa terima padahnya. Apa komen korang? Wajar atau tak?

Featured Fri, 17 May 2019
Featured Thu, 9 Oct 2025

“Kurang Harta Tak Apa, Jangan Kurang Ilmu”- PU Riz

PU Riz menegaskan, ramai yang kini lebih mementingkan soal harta dan kemewahan dunia hingga mengabaikan ilmu agama.

Featured Wed, 30 Apr 2025

Azlee Senario Nafi Saiful Apek Ditahan Pihak Berkuasa

Susulan penularan foto didakwa pelawak dan pelakon popular, Saiful Apek, ditahan oleh pihak berkuasa, rakan seangkatannya dalam kumpulan Senario iaitu, Azlee tampil menafikan dakwaan tersebut. Menurut Azlee, laporan berkenaan adalah tidak benar dan dia meminta […]

error: Content is protected !!