Euforia Bola 2026
familuv By: Yanie Baharom January 2, 2019 @ 9:00am

Jika Anda Memiliki 8 Kriteria Ini, Bererti Anda Seorang Ibu Yang Gembira!

Seorang sukarelawan di tempat perlindungan mangsa keganasan domestik telah menulis dan mengkaji beberapa perkara tentang ibu-ibu dari tempat perlindungan dan perbezaan antara ibu gembira dan ibu pemarah.

Menurut pemerhatiannya, ini adalah beberapa perkara yang ada pada ibu gembira yang tak ada pada ibu pemarah.

8 perkara menarik yang ada pada ibu gembira dan tak ada pada ibu pemarah:

Foto: Instagram Lara Alana

Ibu gembira tak mengharapkan kesempurnaan

  • Ini juga termasuk pada diri mereka sendiri. Ibu yang gembira mengharapkan yang terbaik untuk diri dan anaknya. Tak ada orang yang sempurna. Ibu yang gembira tahu yang kita perlu belajar dari kesilapan.

Ibu gembira pentingkan kebahagiaan dan keceriaan

  • Orang yang gembira umumnya menjadi punca keseronokan. Ibu gembira bukan saja menceriakan tempat dengan sikap positif mereka, tapi mereka juga sumber terbaik untuk kasih sayang. Kegembiraan mereka mudah berjangkit.

Ibu gembira pilih perjuangan mereka dengan hati-hati

  • Ibu yang gembira tak mengecilkan atau cari gaduh dengan perkara kecil dalam kehidupan anak mereka. Ibu yang gembira tahu bila masa yang terbaik untuk masuk campur atau bertegas dan menghormati anak mereka
  • Anak-anak perlukan ruang untuk membesar dan ibu gembira akan membiarkan anak mempunyai sempadan mereka sendiri.

Ibu gembira adalah ibu yang jujur

  • Ibu yang gembira selalunya sentiasa berpegang pada janji dan mereka jujur dengan keluarga mereka.

Ibu gembira gemar bermain

  • Ibu bapa yang bermain dengan anak akan dapat masa merapatkan hubungan yang terbaik dengan anak mereka. Ibu gembira tak pernah takut atau tak mahu bermain dengan anak mereka di rumah atau di taman.

Ibu gembira adalah pendengar yang baik

  • Ibu gembira mempunyai kemampuan untuk memahami dan membantu anak-anak mereka. Bagaimana? Dengan mendengar dan ambil berat dengan masalah anak.

Ibu gembira menyampaikan kebijaksanaan mereka

  • Ibu gembira membantu anak mereka untuk mengembangkan minda mereka.
  • Mereka lakukan ini dengan belajar dengan anak mereka dan mengajar anak. Mereka tak lokek berkongsi ilmu dan bersemangat untuk belajar dengan anak mereka bagi membantu mereka.

Ibu gembira suka bergembira

  • Ibu yang gembira mahu bergembira dan mempunyai sikap yang positif. Sebab itu penting untuk ibu gembira kekal gembira kerana anak mereka akan mengikut contoh dari mereka!

Jadi,  yang mana satukah anda, ibu gembira atau ibu pemarah? Tepuk dada tanya selera!

Sumber: The Asian Parent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 21 Aug 2018

Jenis Ibu Bapa Yang Mana Satukah Anda? Let’s Check It Out!

Kaedah pendidikan autokratik memberi kesan tekanan perasaan kepada anak-anak dan boleh menjejaskan mental mereka.

familuv Wed, 28 Aug 2019
familuv Wed, 13 May 2020
familuv Fri, 15 Mar 2019

Anda bakal menjadi ibu tiri? Cuba 5 panduan ini untuk persiapkan diri

Menjadi ibu tiri memerlukan kesabaran yang tinggi.

familuv Wed, 20 Jun 2018

Kenali Kamu Jenis Ibu Bapa Yang Mana Dan Implikasinya Kepada Anak-Anak

Ada tiga pendekatan atau cara kepimpinan dalam keluarga iaitu kepimpinan autokratik, demokratik dan laissez-faire.

Drama Sat, 29 Mar 2025

Watak Ansara ‘Keluarga Itu’ Didakwa Sama Dengan Kehidupan Realiti Fattah Amin? Ini Respons Tuan Badan

Lakonan Fattah Amin, didakwa mempunyai persamaan dengan kisah peribadinya.

familuv Fri, 20 Jul 2018

Inilah Cara Untuk Wujudkan Keharmonian Di Dalam Keluarga ‘Sandwich’

Ia merujuk kepada anak yang terpaksa menjaga dua generasi iaitu anak-anak dan ibu-bapa mereka yang sudah uzur.

Cahaya Mata Thu, 2 Feb 2023
familuv Mon, 4 Mar 2019

Selamatkah produk pelindung matahari untuk bayi?

Ibu ini beri amaran kepada ibu bapa lain supaya berhati-hati.

familuv Mon, 8 Oct 2018

7 Mitos Tentang Kehamilan Yang Anda Kena Berhenti Percaya

Ada “nasihat” yang boleh diterima pakai, dan ada yang tak logik.

error: Content is protected !!