Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops January 5, 2019 @ 10:00am

Resipi Burger Ayam Goreng Buttermilk Ini Gerenti Memuaskan Hati & Perut

Bagi anda yang pernah merasai buttermilk, mesti anda tahu betapa berkrim rasanya. Pada masa yang sama, ada kemasaman sedikit, tapi sedap!

Ramuan yang boleh digunakan untuk cooking dan juga baking ini terhasil dalam proses penghasilan mentega. Apabila heavy cream dikacau, ia akan terbahagi kepada dua: lemak mentega keras, yang akan diproses lagi hingga menjadi mentega; dan buttermilk yang berasa sedikit berasid.

Ia kaya dengan vitamin, potasium dan kalsium, dan kandungan lemaknya adalah lebih rendah daripada susu.

Apa-apa pun, jangan terkejut kerana rasanya memang padan dengan rasa ayam. Salah satu hidangan yang popular adalah Buttermilk Fried Chicken yang dah lama popular. Serious sedap!

Kini dah ada banyak variasi yang anda boleh cuba. Jika berminat, jom cuba masak resipi Buttermilk Fried Chicken Burger!

Ia menggunakan sos dressing yang mengandungi ramuan yogurt serta daun dill. Bila digabungkan, memang kena. Bila dimakan dengan ayam, lagilah sedap!

Bahan-Bahan untuk 8 hidangan

1. Perap

  • 2 cawan buttermilk (480 ml)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada cayenne
  • 8 peha ayam yang dibuang kulit dan tulang

2. Dressing dill

  • 1 ½ cawan yogurt Greek kosong (360 gram)
  • 3 sudu besar daun dill segar, dicincang
  • 2 sudu besar jus lemon
  • ¼ cawan keju Parmesan disagat (30 gram)
  • 1 sudu kecil serbuk bawang putih

3. Tepung berperencah

  • 2 cawan tepung serba guna (250 gram)
  • 1 sudu besar garam
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 ½ sudu kecil serbuk lada cayenne
  • 1 sudu besar serbuk bawang putih
  • Minyak kacang atau sayuran, untuk goreng

4. Hidangan

  • Mentega lembut, untuk roti
  • 8 roti ban burger
  • 1 biji daun salad
  • 2 biji tomato, dihiris

Cara Penyediaan

  1. Untuk membancuh sos perapan: campurkan buttermilk, garam, lada hitam dan cayenne di dalam mangkuk sederhana.
  2. Masukkan kepingan ayam dan pastikan mereka tersalut. Biar perap selama sekurang-kurangnya sejam di dalam peti sejuk, atau semalaman.
  3. Untuk membancuh dressing dill: di dalam mangkuk kecil, campurkan yogurt, dill, serbuk bawang putih, jus lemon dan keju Parmesan. Tutupkan mangkuk itu dan biarkan selama sekurang-kurangnya sejam di dalam peti sejuk.
  4. Untuk membuat tepung salut: di dalam mangkuk sederhana, campurkan tepung, garam, lada hitam, cayenne dan serbuk bawang putih.
  5. Celupkan ayam yang dah diperap ke dalam campuran tepung ini hingga ayam tadi betul-betul disalut.
  6. Panaskan minyak di dalam kuali atau pan dalam hingga ke suhu 180˚C. Dengan hati-hati, goreng ayam tadi selama 7 minit, atau hingga dah cukup masak dan berwarna keperangan serta rangup. Keringkan minyaknya pada kertas tisu.
  7. Panaskan pan besar di atas api sederhana. Sapukan mentega pada rori ban dan bakar di dalam pan hingga perang dan garing.
  8. “Susun” burger dengan ramuan daun salad, kepingan tomato, dressing dill serta ayam goreng.

Enjoy!

Sumber: Tasty

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 18 Oct 2018
Featured Fri, 11 Jun 2021

Kini Berusia 15 Tahun, Penampilan Putera Sultan Brunei Ini Curi Tumpuan Ramai

Penampilan Pengiran Muda Abdul Wakeel, anaknda kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkian semakin mencuri tumpuan ramai. Rupa paras putera raja yang kini berusia 15 tahun itu ternyata menjadi perbincangan hangat orang ramai. Walaupun jarang dilihat […]

Featured Mon, 13 Sep 2021
Featured Thu, 7 May 2026

“Jiwa Sudah Lama Menyerah, Tapi Raga Tetap Berjuang” – Jalani Rawatan Kitaran Kemoterapi Ke-8, Elyana Luah Perasaan

Elyana sekali lagi menyorot perhatian selepas dia berkongsi foto dan luahan hati menerusi hantaran di media sosial miliknya.

Featured Thu, 1 Sep 2022
Featured Tue, 9 Jul 2019
error: Content is protected !!