Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom January 10, 2019 @ 4:05pm

Rasa yang memikat, strawberi juga bikin wajah anda semanis gula!

Pilih antara makan atau menjadikan ia pupur wajah, cara yang mana satukah dimanfaatkan anda saat melihat buah 
strawberi terhidang di depan mata?

Secara logik, tentulah ramai yang memilih untuk menikmati kelazatannya. Apa tah lagi rasa buah strawberi bukan saja enak, bahkan harganya yang agak mahal, terasa rugi jika tidak dijamah.

Sejak berkurun lalu, buah berwarna merah menggoda ini digunakan sebagai penambah rasa dalam makanan seperti aiskrim, susu kocak dan coklat, selain dijadikan jem kerana tekstur dan rasa masam manisnya.

Foto: Pinterest

Tapi tahukah anda, strawberi mempunyai kebaikan semula jadi dan kaya dengan nutrien, vitamin, mineral 
serta antioksidan yang memberi manfaat kepada penjagaan kecantikan kulit serta rambut?

Ekstrak strawberi boleh digunakan untuk dijadikan pupur, penyental (scrub) dan penyegar kulit, seterusnya menjadikan kulit lebih sihat, bersih dan berseri.

1. Pencuci muka

Strawberi mempunyai bahan yang mampu membersihkan kulit dengan baik, malah disebabkan kebaikannya itu, ia banyak digunakan dalam pembersih, sabun mandian dan pulur komersial di pasaran.

Buah strawberi boleh dilenyek dan dijadikan pupur untuk menyihatkan kulit kerana ia kaya dengan vitamin C, asid salisilik dan antioksidan yang mampu menyingkirkan kulit mati serta mengecilkan liang roma.

Asid elagik iaitu sejenis antioksidan dalam strawberi mampu menangani kerosakan kulit dan mengekalkan keremajaannya. 

Strawberi juga membersihkan wajah daripada kekotoran dan memberi lapisan perlindungan daripada pencemaran sekeliling.

Foto: kiinvoice.com

2. Memperbaiki  kulit wajah

Jus strawberi mempunyai bahan pencerah kulit yang berkesan, sekali gus memudarkan tanda penuaan dan jeragat. Ia boleh dipicit untuk mendapatkan jusnya. 

Gunakan kapas muka bagi menyapukan jus ini ke seluruh muka, biarkan selama 10 hingga 15 minit sebelum dibilas dengan air suam bagi mendapatkan kulit berseri.

3. Penyegar kulit

Kisar strawberi untuk mendapatkan ekstraknya sebelum dicampur dengan sedikit air mawar dan simpan di dalam peti sejuk.
Ia boleh disimpan kira-kira seminggu dan digunakan selepas wajah dibersihkan untuk mendapat kulit yang bebas garis halus, jerawat dan lebih segar.

4. Pelindung selaran matahari

Ekstrak strawberi boleh disapu pada kulit untuk melindungi kulit daripada sinaran ultraungu (UV) yang merosakkan kulit, 
sekali gus menyumbang kepada masalah penuaan pramatang.

5. Menghilangkan mata ‘panda’

Sifat astringen semula jadi yang ada pada strawberi boleh mengurangkan masalah sembab pada mata. Hanya potong nipis strawberi dan letakkan di bahagian bawah mata selama 10 hingga 12 minit bagi mendapat mata yang segar.

Foto: Shutterstock

6. Bahan antipenuaan

Vitamin C dan antioksidan lain yang terdapat dalam strawberi mampu melawan radikal bebas yang menjadi penyumbang utama kerosakan kulit dan mempercepatkan penuaan kulit.

Campuran strawberi lenyek, satu sudu teh madu dan dua sudu teh susu boleh dijadikan pupur bagi merawat kulit wajah.

7. Rawatan jerawat

Kandungan vitamin C, asid alfa hidroksil (AHA), asid salisilik dan flavonoid dalam strawberi membantu merawat jerawat selain mengurangkan masalah kulit berminyak dan kulit kusam

8. Merawat jeragat

Strawberi kaya dengan asid elagik, masalah kulit tidak sekata yang disebabkan selaran matahari boleh dikurangkan dan pengeluaran melanin dapat dikawal.

9. Memperbaiki kulit

Kandungan vitamin C yang banyak dalam strawberi membantu tubuh merawat tisu dan membantu penghasilan kolagen. Kolagen bersumberkan makanan dan pengambilan strawberi boleh membantu mencantikkan dan menganjalkan kulit.

10. Penyental tapak kaki

Kalau ada strawberi yang sudah benyek atau hampir busuk, jangan dibuang kerana ia masih ada manfaatnya. Ia boleh digunakan untuk merawat tumit kaki yang merekah.

Tumit kaki yang merekah boleh mencacatkan penampilan selain berisiko mengalami jangkitan. Strawberi yang dilecek boleh digabungkan bersama serbuk oat dan gliserin sebelum digosok pada kaki.

Rendamkan kaki dalam air suam terlebih dulu sebelum menggosoknya dengan bahan tadi bagi menanggalkan sel kulit mati dan kulit kasar.

Foto: Femina.in

Wah! banyaknya manfaat buah strawberi ini. Untuk menguji sejauh mana keberkesanan buah ini, apa kata anda cuba pupur strawberi bagi mendapatkan kulit wajah mempersona!

Selamat mencuba!

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 20 Dec 2022

Imran Bard Bangga Miliki Kancil Turbo – “Kalau Kat Highway Aku Kanan Je!”

Pempengaruh media sosial, Imran Bard sekali lagi berjaya mencuri tumpuan warganet dengan gelagat dan kata-katanya yang sering menyelar tohmahan orang luar terhadap dirinya. @kucengnanges hidup kancil! 🚙 #anakkirimansyurga #imerang #imranbard #anaqkirimanheaven #kancilturbo ♬ original sound […]

Featured Thu, 31 May 2018

Kalau Nak Kereta Sentiasa Bau Wangi, Anda Perlu Cuba Tip Ini

Kini masalah bau busuk kereta anda boleh diatasi dengan hanya menggunakan kopi sahaja!

Cahaya Mata Fri, 2 Jun 2023
Eat Travel Sat, 28 Mar 2020

Manfaatkan kebaikan telur dengan resipi pantas ini

Beri nilai tambah dengan sayur atau salad

Featured Sat, 24 May 2025

“Kalau Wanita Fail Cerai Mesti Ada Sebabnya” – Zehra Zambri 

Zehra Zamri menolak dakwaan kononnya wanita mudah memfailkan penceraian.

Oh Lawa Tue, 10 Mar 2020
Oh Lawa Wed, 3 Apr 2019

Tiada berus untuk meratakan bedak asas pada wajah? Guna jari pun boleh!

Penggunaan jari menjimatkan masa dan hasilnya lebih menawan.

Featured Wed, 24 Dec 2025

“Peminat Ini Adalah Kekuatan” – Siti Nurhaliza Ziarah Peminat Setia Di ICU, Titip Doa Ada Keajaiban

Fadzil adalah antara peminat yang sangat setia dan sentiasa memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi termasuk mengikuti beliau ke mana sahaja.

error: Content is protected !!